LEMBU PUNYA TALI
Hujan lebat berserta kilat telah membuat kami berempat basah kuyup. Tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah joran kami. Kami pulang ketika hari hampir gelap. Kami singgah dan berehat untuk mengeringkan pakaian di kaki lima kedai yang sudah tutup. "Black Out" telah menyebabkan suasana malam dan persekitarannyabertambah gelap .Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu berhampiran kami . Seorang rakan segera menyiasat .Laaaaaaa .... ada seekor anak lembu yg terlepas dari ikatan sedang makan rumput. Aku segera ambil hujung talinya lalu mengikatnya dikaki bangku panjang yang kami duduki. Tujuannya agar anak lembu tak boleh lari jauh ..
Tidak lama kemudian seorang rakan kami Abu namanya singgah untuk berteduh. Dia pun berehat sama di bangku tersebut. Selang seketika dia terasa bangku itu bergerak-gerak .... bingkas dia bangun ....
ABU : Weiiii ... korang rasa tak sesuatu ??
AKU & ALI : Eh .. mana ada ... tak adalah !
HARUN : Alahhh Abu .... kami ikattt...(aku segera cuit peha rakan itu supaya diam)
REMY : Ko ni abu ... penakutlah .. mana ada apa-apa !
ABU : Iya.. betulllll.. aku rasa tadi ! Bangku nie bergerak-gerak ...
AKU : (sambil bangun) Ko jangan main-main Abu ... ni malam jumaat ni .. hujan gerimis + kilat lagi ... (akumula buat cerekarama)
ALI : (bangun jugak) Kitaorang dari tadi kat sini ...takde apa-apa pun yang berlaku.. (mula main wayang)
Tiba-tiba bangku bergerak lagi. Aku dan Ali buat-buat terperanjat. Harun terus bangun konon terkejut. Bangku bergerak agak lama. Remy buat-buat melompat . Kami berempat bangun buat-buat terperanjat !! Tiba-tiba ...si Abu ....
ABU : (spontan & kuat ) ALLAHUAKBAR. .. ALLAHUAKBAR. .ALLAHHHHH ... ALLAHUAKBAR ALLAHHHU... AKBAR..(laungan azan)
Kami berempat punyalah sakit perut dengan AKSI spontansi ABU tuu ... lalu kami tunjukkan dia tali lembu yang kami ikat kat bangku tuu ... so ... bangku gerak-gerak pasal anak lembu tu tarik ! Si Abu .. terus gi tengok anak lembu tu .. lepas tu dia BELAH ghitu ajer meninggalkan kami yang tergolek-golek ketawa !!!
Mengharungi Alam Kehidupan Realiti | Perkongsian Ilmu | Info Kesihatan | Alam Rumahtangga | Santai | Kehidupan | Lagu |
Teka -Teki
Renungan
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? "
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pastiakan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akandapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hariini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuaidengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsukita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
Imam Ghazli =" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, danmalaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifahpemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebutmenyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke nerakakerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atauurusan dunia, kita tinggalkan solat"
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnyamenyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
"sampaikanlah walau satu ayat"..

15 Perkara Yang Mungkin Kita Tidak Perasan...
Assalamualaikum wahai sahabatku;
Sesuatu yang kita tidak perasan atau tidak terfikir langsung....
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti diri anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang
meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang
mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untukmemberitahunya yang dia
adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam
untukmenghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Aku Terima Nikahnya...

wah3...sapa yang nak nikah ni...hurm...xde kena mengena dgn orang nak nikah...ni pasal ceramah gerbang perkahwinan yang bertajuk Aku Terima Nikahnya yang diadakan pada 7 April 2009 bertempat di Cafe Baru, UDM...lepas tension dgn assignment, ni kira nak release tension la ni...datang dengar ceramah pasal topik yang cukup menarik lagi hot!! of course la bab kahwin!!! sapa yang x berminat kalu bercerita pasal bab ni...
hurm...memang berbaloi la p dengar ceramah ni...banyak input yang dapat...ceramah ni berkisarkan mengenai bab pemilihan pasangan hidup, pertunangan, perkahwinan & penceraian...memilih pasangan hidup digalakkan memilih yang lebih tua...x kira la lelaki yang tua @ perempuan...

bab bertunang ni masa yang diperuntukkan sebaiknya-baiknya selama 3 bulan...bertujuan untuk saling lebih memahami antara pasangan...bila bertunang lama ni banyak dugaan... memang betul pun...ada sesetengah orang bila pernah putus tunang, ada yang sampai fobia nak bertunang atas sebab "takut pisang berbuah dua kali"....bertunang ni merupakan satu ikatan perjanjian untuk berkahwin...selalunya orang akan anggap bila kita bertunang pasti kesudahannya ke jinjang pelamin...tapi x semua macam 2...orang yang putus tunang sudah semestinya mempunyai sebab yang kukuh kenapa pertunangan dibatalkan...mungkin disebabkan sikap pasangan masing-masing...walaupun kita cuba untuk mendidik pasangan kita supaya berubah menjadi baik tapi dia masih x berubah...hurmm...so lepas ni x yah la tunang lama-lama...kawen je terus ea...hehehe...
bab perkahwinan plak banyak kita dengar mengenai remaja-remaja yang berkahwin kemudian bercerai, remaja-remaja yang ber"couple"...eloknya kawen je terus...tapi nak kawen pun kena ada pitih juga..mengenai hantaran, mas kawen...kalu perempuan 2 jangan la minta tinggi2...kesian ke bakal suami plak nak cekau duit nak kawen...tapi kalu bakal suami mampu, apa salahnya minta lebih sket...ye x...hehehe..bagi sesiapa yang ingin berkahwin time belajar, boleh tapi mesti pandai uruskan rumahtangga...bahagikan masa antara pelajaran dgn keluarga...huh...berat 2...macam mana ni ea???
bab penceraian plak bab sensitif ni...hanya orang yang pernah lalui je yang tau soal ni....kenapa & bagaimana benda ni terjadi...mintak-mintak dijauhkan la...ntah apa la syu melalut...panjang la plak...hehehe...kalu bab kawen ni sedap je bercakap...tanggungjawab yang perlu dipikul 2 berat...jadi sama-samalah berganding bahu, bertolak ansur, saling bersepakat supaya kita dapat merasai kemanisan berumahtangga...
Subscribe to:
Posts (Atom)