Result Exam dah Keluar!!

salam~~

syu agak terkejut sebenarnya....pagi tadi kat shoutbox, member syu cakap result dah keluar....result apa???? rupa-rupanya result exam....memang awal giler....selalunya result exam keluar lagi lambat dari U lain.....emmm...adakah sistem pentadbiran UDM dah makin meningkat??? kalau betul, alhamdulillah....lepas ni tunggu plak untuk penentuan kediaman asrama....akan ada juga ke pelajar yang tercicir nama untuk tinggal di asrama atau semuanya dah sistematik......cek je terus tau duduk kat asrama mana...emm...kita tunggu....

macam mana dengan result syu???? Alhamdulillah....lebih baik dari sem yang sebelumnya.....subjek killer pun dapat ok la....result tinggi sikit dari jangkaan....kalau rendah dari jangkaan alamatnya frust menonggeng la syu....


ada lagi 2 sem nak pulun....final year projek sem depan dan sem akhir praktikal.....chaiyok! chaiyok!

.:My First Giveaway:.

salam~~

kali ni Izz-Ann buat 1st giveaway.....sekarang ini tuan punya giveaway masih kat Cameron Highland......so...hadiahnya mestilah ole-ole dari Cameron Highland :)


ada 8 ketul FM yang berlainan jenis untuk diberikan kepada peserta bertuah.....

tunggu apa lagi????


klik SINI...

seminggu je ni....tarikh tutup 6 JUN 2010

KATEGORI 3 : AYU IDRIS BIRTHDAY GIVEAWAY!!

salam~~


Ayu Idris buat giveaway :)
bulan ni ada 3 peristiwa penting bagi Ayu Idris....
Hari Ibu....Hari Guru...dan Hari Lahirnya yang ke 32 tahun.....


SELAMAT HARI LAHIR

SEMOGA PANJANG UMUR DAN BERBAHAGIA DISAMPING KELUARGA TERCINTA

so akan ada 3 giveaway berlansung serentak

syu join KATEGORI 3....

tarikh tutup :
31 MEI 2010
jam 3.00petang


klik SINI...

The HP Mini 5102 Touchscreen Netbook


Use the promo code "YS" and get RM50 off the hottest HP Mini 5102, a lightweight mini executive that’s packed with the latest multi-touch touchscreen and touchpad technology. RM50 off if you buy before 2nd June!

And have you seen the RED color? You can only get it via this online store! Have a look...


what are you waiting for???

CLICK HERE

Ilhanryan Mother's Day Lucky Draw till 30th May 2010

salam~~

sempena bulan mei ni, ilhanryan.blogspot.com mengadakan giveaway or lucky draw kepada semua bloggers.....istimewanya kerana bulan ni hari ibu :)



Tajuk : Ilhanryan Mother's Day Lucky Draw
Tarikh : Bermula dari 7-30 May 2010



JOM..CEPAT....KLIK LINK DI ATAS :)

CoretanMaya 1st Giveaway

Salam~~

sempena meraikan ulang tahun blog coretanmaya.blogspot.com....
tuan punya blog anjurkan 1st giveaway ni...


JOM ramai-ramai join untuk memeriahkan lagi pemilihan :)

tarikh tutup pada 30 JUN 2010

klik SINI @ banner yer ;)

Eynda Nak Bagi Hadiah!!

salam~~

syu nak join lagi giveaway ni....

kali ni Eynda's Diary Nak Bagi Hadiah!!



nak join contest ni, syu kena bagi komen positif ke komen negatif ke mengenai blog Eynda's Diary....masa syu mula-mula jumpa blog ni, tengok nama blog pun dah menarik Eynda's Diary...so memang dah agak la mesti tentang kehidupan seharian kan...syu memang suka baca blog yang tentang family ni.maknanya blogger yang dah berkahwin la....sebab mesti akan ada cerita kerenah anak-anak mereka....sama macam kat blog Eynda ni...anak-anak Endya, Adam dan Hannah....macam-macam kerenah..nama pun budak-budak...tapi hannah memang comel sangat :)

kat blog ni juga ada banyak cerita....tentang keadaan dalam rumah, luar rumah, cuti-cuti malaysia...cerita yang best-best kat tv...semua ada...bak kata Astro "macam-macam ada"...banyak entri yang tuan punya blog tulis...susunan blog kemas...simple....warna pink dan putih kat bahagian post...memang santai...

Eynda Nak Bagi Hadiah ni dekat bloggers.....


JOM join....tarikh tutup 31 May 2010...

Klik SINI ye ;)


Menjadi Diriku

MENJADI DIRIKU
by Edcoustic

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

edCoustic ~ Menjadi Diriku









Get more songs & code at www.stafaband.info

Selipar Jepun Pink Giveaway

salam~~

cantik...menarik...comel...
membuatkan syu tertarik untuk join giveaway ni....

nak tau kenapa??

sebab plushies ini......

comelll kan =)



hadiahnya adalah......

ini dia 2 plushies untuk 2 orang peserta yang bertuah

boleh buat tidur atau letak dalam kereta..comelllnya...

Jom ramai-ramai join giveaway ni....kalu nak tempah pun boleh...

klik SINI yer...

tarikh tamat : 30 JUN 2010

cepat!!!!

Hadiah dah sampai

salam~~

hadiah yang ditunggu telah sampai pagi kelmarin...terlambat buat entri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...

hadiah ni datangnya daripada IMANINA CUTE GIVEAWAY yang berupa PERFUME yang cukup wangi...syu dah try pakai pagi tadi masa nak g kelas memandu :) terima kasih ye kak ema :)


inilah perfumenya ......

~gambar kabur sebab amik dengan hp~


antara perfume yang ada untuk dijual


harganya murah sebab diambil terus dari DUBAI...

sesiapa yang berminat nak membeli atau nak menengok-nengok...

silalah ke klik SINI ye...


Blue Van Giveaway

salam~~

giveaway kali ni menarik....apa yang menariknya???
ini haaa....banner BLUE VAN GIVEAWAY ni....


lain dari yang lain....sebab apa??
kalau sekali kita tengok, mesti kita tak dapat teka giveaway ni mengenai apa kan...
inilah yang menariknya...

nak tau tak???
nak tau klik SINI....

syaratnya mudah....menarik...JOM join ramai-ramai :)

cepat!!!!

tentang diri tuan punya blog - 23

salam~~

hari ini hari menjawab tag je ye :)

tag ini ditag oleh miss kacang...baru nak buat hari ni...boring-boring....apa kisahnya tag kali ni???

........jom kita skodeng.......

(a) tulis 23 perkara rawak wak wak ( random dem dom ) tentang diri awak(tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever laa .)

banyaknya 23...emmmm

1) rendah
2) mata lain dari yang lain
3) ambil masa lama nak pakai tudung
4) makin sensatif
5) suka buat moist chocolate cake
6) suka dengar piano instrumental song
7) suka feeling romantic
8) nak sangat menjejakkan kaki ke jepun, korea, taiwan
9) sangat meminati cerita, jepun, korea, taiwan (chinese)
10) suka anime
11) pengumpul novel
12) pengumpul komik
13) sekarang dah suka POOH
14) suka main game
15) game kereta best3..
16) tak suka keluar rumah merayau kat shopping complex
17) lebih selesa berada di rumah
18) nak p tengok wayang..jom
19) nak p main bowling..sapa nak ikut??
20) suka SMS je
21) tak suka sangat cakap telefon
22) makan sikit...tak leh banyak-banyak
23) last skali.....emm....hari-hari mengadap laptop ler :)

(b) tag pulak bende ni kepada rakan blog anda (sekurang-kurangnya 5 orang)

1) evilolyta
2) iniAku
3) rainbowcloudy
4) eskremgoreng
5) madihah87
6) nikotin untuk zombie
7) ainMasturah
8) auniez

(c) kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" niyh
ikutlah peraturan jalan raya (tak de kena mengena)


20 Soalan

Salam~~

hari ni syu nak jawab tag yang dah berminggu tertangguh....sebab panjang sangat...hahaha

Tag kali ini datangnya dari pada cik EskremGoreng yang jauh berada diperantauan :)


JOM LAYANZZZZ

Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
emmm....memang tengah hot sangat ni....takde elektrik plak lagi HOTTT...

Soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.


Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.
wallpaper ni adalah gambar kaklong a.k.a kakak syu sebab ini laptop dia..hehehe..byk

Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?
masa makan dengan eda, madi, kak ira...kat ri-yaz heritage & spa

Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.
tak dengar lagu la plak....emmm lagu kat iklan tadi kat ntv7....

Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

tengok cerita kartun WINX kat NTV7 sambil SMS....

Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
nama apa ea...emm...suzanne...jiran sebelah rumah panggil :)

Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.

Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
sahabat syu yang sangat memahami....saling berkongsi rahsia :)

Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5

sangat mencintai gafil :)

Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?
er...complicated....banyak skandal...hahaha

Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?
berpangkat adik umur beza setahun, tapi umurnya beza 3 bulan dari syu....ada faham ka???

Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no.6

sila jaga datin elok-elok ye dato :P

Soalan ke-empat belas : kata2 cinta untuk orang no. 2.
er...mana boleh....perempuan tu.....

Soalan ke-lima belas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
alamak....tak pasti la plak...ntah diorang dua kenal ke ntah tak

Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
-namanya chavinee(betul ke tak ea ejaan??)
-sama umur dengan syu
-belajar di laval, france
-amik kos Aeronautical Engineering
-duk kat france 7 tahun sambung Master...besttnnyaaa :)

Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
sedikit blur...bila nak habis ni

Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal
hah???razman mana plak ni???

Soalan ke-duapuluh : gay or less?
geles :P (sebut betul2)

TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY

salam~~

kepada semua peminat beg..pengumpul beg...terutama wanita aka perempuan...TOTE BOUTIQUE telah mengadakan satu giveaway untuk memperkenalkan blog butik online ini kepada bloggers di luar sana...

nak tau apa hadiah giveaway tote boutique ni????

~~~~~~
~~~~~
~~~~
~~~
~~
~

tadaaaaaa.....

~sebiji TAS SYAWAL untuk dihadiahkan kepada salah seorang pelawat blog Tote-Boutique~

Nak join???? Nak tau macam mana nak sertai giveaway ni???

klik SINI


EH...EH...EH...EH

NANTI DULU....

ada lagi satu hadiah untuk diberikan kepada sesiapa yang buat posting cantik :)

hadiahnya......


tunggu apa lagi????

klik SINI cepat.....

Pemenang 'Di Mana Saya'

salam~~

sukanya...gembiranya...hehehe...makin bertuah ni...rezeki syu lagi :)

syu baru cek pemenang untuk peserta contest 'Di Mana Saya' dan......




syu merupakan salah seorang pemenang contest ni :) kali kedua menang contest...alhamdulillah.....

dalam banyak-banyak peserta, hanya 3 orang je yang berjaya meneka dengan betul....

TAHNIAH kepada yang berjaya :)

tengah tunggu 2 hadiah ni...hehehe

Pertama Kali

salam~~

syu nak kongsi pengalaman pertama kali syu ni...pertama kali apa??? PERTAMA KALI syu memenangi giveaway yang syu join...hahahaha....

IMANINA CUTE GIVEAWAY


diantara ramai-ramai peserta IMANINA CUTE GIVEAWAY, syu antara peserta bertuah bersama-sama dengan 2 lagi peserta lain yang telah dipilih oleh imanina melalui cabutan undi nama blog masing-masing :) syu ni tak la selalu bertuah bila join acara cabutan ni...tapi rezeki syu kali ni...alhamdulillah :)

~imanina yang comel cabut nama blog syu :)~
~thanks imanina....pada ibu imanina terima kasih anjurkan giveaway ni~

tak sabar nak tunggu hadiah sampai :)


yang keduanya....PERTAMA KALI syu memandu di jalan raya....petang kelmarin, bermulalah sesi belajar memandu untuk 8jam...sesi kelmarin selama 2 jam...first time bawa kat jalan, of course la 3 tangan yang pegang stereng bukan 2 tangan...hahaha...alhamdulillah semua berjalan lancar...best-best memandu kereta....mintak-mintak la syu berjaya dapatkan lesen P before masuk next sem bulan 7 ni :)

yang ketiganya....PERTAMA KALI syu sampai ke GUA KELAM di Perlis Darul Sunnah....bukan Perlis Indera Kayangan dah ye :) walaupun Perlis tu sebelah Kedah je...tapi syu tak pernah sampai sana lagi...huhuhu...dalam kedah sendiri pun tak habis berjalan lagi :( cerita pasal Gua Kelam ni dalam next entri ye....sehari jalan-jalan di Perlis....

Pertandingan Teka Berat Zara Maryam

salam~~
jeng jeng jeng....

JOM teka berat baby Zara Maryam...gambar diatas...comeikan...umur Maryam baru nak masuk 6week...so, sempena Zara nak dibawa oleh mamanya pada 26 May ni untuk berjumpa GP di hospital untuk check her physical development (umur Maryam 6 weeks masa ni) termasuklah berat Maryam, dianjurkan PERTANDINGAN TEKA BERAT ZARA MARYAM pada 26May ni...

jawapan syu : 3.96kg


nak tahu hadiahnya....menarik bagi wanita :)



~inilah hadiahnya~

******
*****
***
**
*

tadaaaaa.....


~tunggu apa lagi....KLIK SINI CEPAT~

tarikh tamat pada 28 Mei 2010

Award Creative Blogger

salam~~


Terima kasih ye eddyboyz86 sebab bagi syu award creative blogger ni...syu ni tak la sekreatif mana....terima kasih pada semua yang bagi sokongan dan menghargai blog syu yang tak seberapa ni :)

sebelum ni memang pernah dapat award...tapi tak tahu makna disebalik penghasilan sesuatu award...bagi award kali ni, setiap gambar yang terdapat pada award ni, mempunyai makna yang tersendiri...award kreatif, mesti la orang yang membuatnya pun seorang yang kreatif kan :)

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang yang betul-betul layak menerima AWARD ini. Anda juga boleh meletakkan AWARD ini di sidebar atau dimana-mana yang bersesuaian. Tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

-THE END-


AWARD yang penuh bermakna.....Terima kasih kepada EDDYBOYZ86 :)

kredit to EDDYBOYZ86*


Is Your Blog Working???

salam~~

tadi masa syu menjengah member-member blogger, singgah dekat blog iezmierah.....kodek-kodek entri dia jumpa la satu entri ni....mengenai adakah blog kita berfungsi??? tengok result blog iezmierah, "YOUR BLOG IS BROKEN"...dia tulis kat situ blog dia kena hacked...emmm tak tau nak tolong macam mana iezmeirah...syu pun nak try la juga tengok apa result untuk blog syu....

Hasilnya.......


sesiapa nak cek blog dia berfungsi ke tak...kena hacked ke tak...
tekan SINI....

p/s: blog syu ni tak la popular sampai beribu-ribu orang search kat google.....apapun syukur sangat sebab ini bermaksud takde orang la nak hacked blog syu (~_*)

3 Nights. 3 Concerts. 1 Venue

About:

28-30 May, 2010, Putra World Trade Center, Kuala Lumpur.

YOUTH'10 presents you 3 nights with 3 concerts with awesome performances:

SUKI LOW
Suki was the first winner of One in a Million competition at the age of 16, Malaysia's first ever reality singing competition.

AZLAN & THE TYPEWRITER
Led by Azlan, former frontman of meetUncleHussain led them to win the 'Best Song Award' at Anugerah Juara Lagu in 2008 and 'Best New Artist' at the 16th Anugerah Industri Muzik in 2009. Azlan & the Typewriter is currently holding the No.2 spot in Fly FM's top 10 Original Malaysian Music.

BITTERSWEET
Malaysia's Top Local Rock Indie Band. Bittersweet have been featured on MTV Asia and were the #2 Most Popular Band Polled by Indie Lovers since 2007.

LAPSAP
Malaysia's top DJ duo - DJ Goldfish and DJ Blink. Lapsap recently performed alongside Steve Aoki at UOX Play Finale, Heineken Green Room and more.

CAPRICE
At 22, Caprice is Malaysia's fastest rising urban youth icons, a rapper and an entrepreneur. Dj Ken Feat Caprice "In Love with Radio" is currently holding the No.1 spot on the Malaysian English Music Chart.

P/S: Special Performance by YUNA

YUNA who also performed at the Fly FM Campur Chart at YOUTH'09 will be coming back to YOUTH'10 again! Yuna was a huge winner at the recent prestigious Anugerah Industri Muzik (AIM) 2010 awards, bagging four major honours - "Best Song", "Best Pop Song", "Best New Artiste" and "Best Local English Song".

Also will be performing: TILU, KAY, SHARPSHOOTER, JOANNE & CO, FRIENDZ

MORE INFO...

KLIK LINK DI BAWAH

3 Nights. 3 Concerts. 1 Venue


JOM ramai-ramai memeriahkan lagi malam anda dengan

3 nights, 3 concerts, 1 venue...


Tahniah China! Tahniah Korea! Tahniah Kota Setar! Tahniah Syuzana!

TAHNIAH CHINA!!
Tahniah kepada CHINA kerana sekali lagi telah berjaya membawa pulang PIALA THOMAS ke CHINA....corak permainan pemain badminton pasukan CHINA memang mantap! wajarlah mereka sekali lagi menang dalam perlawanan kali ini...setiap perlawanan diantara CHINA - MALAYSIA, menang ketiga-tiga set...begitu juga dengan perlawanan diantara CHINA - INDONESIA....TAHNIAH sekali lagi kepada kontinjen CHINA!!

kepada kontinjen MALAYSIA, jangan berputus asa....masih ada peluang di masa hadapan...teruskan berusaha dan lebih fokus untuk mencapai matlamat MALAYSIA untuk membawa pulang PIALA THOMAS ke MALAYSIA...


TAHNIAH KOREA SELATAN!!
Tahniah kepada KOREA SELATAN kerana buat pertama kalinya dapat membawa pulang PIALA UBER ke KOREA SELATAN!!


Kali pertama raih Piala Uber selepas lima percubaan pada saingan final

KOREA Selatan mematahkan ego China selepas membuat kejutan besar menewaskan juara bertahan itu 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Uber yang penuh dramatik di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Pengurus pasukan, Kim Jong-soo dan anak anak didiknya berjaya melesetkan ramalan awal betapa China terlalu unggul untuk dijinakkan apabila menukar tempelak itu menjadi satu semangat menumbangkan keangkuhan lawan untuk membawa pulang Piala Uber buat kali pertama selepas lima percubaan serta memastikan mereka menyertai kelab elit empat negara trofi keagungan berpasukan wanita itu. Kejayaan itu sekali gus memaksa Li Yongbo menelan kata-katanya sendiri selepas ketua jurulatih China itu sebelum ini dengan angkuhnya bernada yakin bahawa Korea Selatan akan tetap berputih mata pada pertemuan final keenam kedua-dua pasukan berkenaan.

Keputusan:
Bae Seung Hee mn Wang Yihan 23-21, 21-11
Lee Hyo Jung-Kim Min Jung mn Ma Jin-Wang Xiaoli 18-21, 21-12, 21-15
Sung Ji Hyun kk Wang Xin 14-21, 21-16, 7-21
Lee Kyung Won Won-Ha Jung Eun mn Du Jing-Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19.
* kredit kepada Berita Harian


TAHNIAH KOTA SETAR!!
TAHNIAH kepada Daerah Kota Setar kerana telah berjaya mendapat JOHAN PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 15 TAHUN peringkat daerah pada 15 Mei 2010 yang lalu!!! Seterusnya antara kesemua pemain yang bermain pada hari itu telah dinilai dan akan dipilih untuk ke perlawanan peringkat negeri iaitu mewakili NEGERI KEDAH DARUL AMAN....antaranya adik syu sendiri...syuzaini aka syu(WD)...

Barisan Pemain Kota Setar Bawah 15 tahun...Dari kanan:
Aifa(GS), Pain(GA), Nani(WA), Syikin(C), Syu(WD), Alia(GD), Azi(GK), Ku, Birin, Zaheerah

Keputusan:
Kota Setar lwn Kulim Bandar Bharu 22-13
Kota Setar lwn Kuala Muda Yan 14-19
Kota Setar lwn Padang Terap 27-13
Kota Setar lwn Kubang Pasu 31-19

Final : Kota Setar lwn Kuala Muda Yan 29-14


TAHNIAH SYUZANA!!
Tahniah kepada cik syuzana aka syu :) ni nak tumpang kegembiraan juga..hahaha...sebabnya, syu dah berjaya mendapatkan lesen memandu L...bagi sesetengah orang apalah sangat setakat dapat lesen L..bangga sangat dah..itu mungkin orang lain....tapi bagi syu, ni pertama kali dapat lesen wooo...orang lain dah pernah dapat lesen L untuk motor...tapi syu takde...terus kereta...selepas 5 tahun baru ada keberanian nak amik lesen kereta...itu pun sebab hujung tahun ni nak g praktikal...

Apapun TAHNIAH untuk diri syu...cikgu puji syu cepat belajar...masa teori(3jam), praktikal(3jam)...masa praktikal tadi, alhamdulillah...syu berjaya mendapat ilmu baru untuk memandu di INSTITUT MEMANDU ILMU BARU SDN BHD...sebab syu dah lepas naik bukit, berhenti diatas bukit dan parking...mula-mula tengok diorang buat ujian JPJ pagi tadi, masa naik bukit turun balik, memang takut tak lepas...tapi bila dah bawa, tau teknik, taklah sesusah yang kita tengok...cuma kena sentiasa beringat je...lepas ni mudah la bagi syu untuk belajar dan mudah untuk cikgu yang bakal mengajar syu nanti...tapi untuk 8jam seterusnya lebih mencabar sebab bawa di jalan raya...bahaya lagi di jalan raya berbanding di litar...

p/s: kepada semua pemandu-pemandu di Malaysia terutama penunggang motosikal....berlumbalah di litar, bukan di jalan raya...PANDU CERMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!!

GIVEAWAY 'DI MANA SAYA?'


salam semua~~


syu nak teka nama tempat ni plak dalam giveaway kali ni...
ni kira main tembak-tembak je la...mana la nak tau tempat ni kat mana....

jawapan syu : Beijing, China

jom join ramai-ramai :)

lebih lanjut klik >>>>>SINI

i'm so happy and i'll be giving away thisss

salam~~

"STEAM IT - by TUPPERWARE"




SYARAT-SYARAT :

1) jadi follower azdra-azdra

2) teka harga cadar ni


menurut tekaan syu dan mak syu, emmm...cadar ini berharga RM250.00

harap-harap betul la ye...nak bagi hadiah kat mak ni :)

nak join??? klik SINI

GIVEAWAY - Besday PapaZakwan!

salam semua~~


giveaway ni bersempena menyambut besday PapaZakwan pada bulan depan 21/06/2010...

....KLIK SINI...

SO...APA TUNGGU LAGI...JOM RAMAI-RAMAI JOIN ;)

TARIKH TUTUP : 03/06/2010 Pukul 3.00 petang

PEMENANG : 5 orang yang bertuah (guna sistem cabut undi)

HADIAH : buah tangan dari Vietnam :)


Rutin Harian + Sepupu Baru

salam~~

dah lama tak update cerita syu kan...biasa la...syu balik rumah ni tak g mana-mana pun...duduk je dalam rumah tapi rumah tak kemas-kemas juga...hehehe....rutin syu hari-hari...

1) sidai kain
2) basuh pinggan
3) sapu rumah
4) lipat baju
5) buat makanan tengahari untuk diri sendiri (sebab tinggal syu sorang kat rumah)
6) mengadap laptop
7) tengok tv
8) calling calling ;)

syu tunggu nak g ceramah kedua kereta, teori 3jam, praktikal 3jam hari ahad ni...esok majlis perkahwinan kak ratu syahadah....tak boleh nak g sana...tak sempat...kat kelantan...apapun diucapkan selamat pengantin baru untuk kak elia...kepada cik ratu syahadah, sibukkan diri anda dengan persiapan majlis ye :)

hari ni macam biasa, hari cuti kemas rumah dengan mak...lepas tu syu kena bungkus marjerin...ni tugas syu setiap kali balik bercuti di rumah....sekotak 18kilogram....syu amik masa 1jam 30minit nak bungkus marjerin ni menjadi paket kecik...ni la hasilnya...

~gambar dizoom...tak elok sikit...~

lagi satu cerita pasal syu dapat sepupu baru....baru dilahirkan pada 05.05.2010...tarikh ni dipilih oleh maksu masa nak bersalinkan anak ketiga...nak bersalin pun boleh pilih tarikh ea...ingatkan tunggu air ketuban pecah baru bersalin...tak cukup ilmu lagi rupanya syu ni :) nama sepupu baru syu ni ERYNA AIMY...anak perempuan...sebelum ni dah dapat 2 hero...ALHAMDULILLAH....tengok maksu sihat...kuat....tengah bersalin pun boleh lagi maksu snap gambar...hehehe...comel-comel.....nak upload gambar baby....tapi tengah dalam proses minta kebenaran tuan punya gambar....kalau macam tu syu letak link je la...sapa-sapa yang nak tengok proses bersalin, boleh g kat link ni ye...

(butik online...murah-murah...lawa-lawa...tak rugi tengok)

rasanya tahun depan baru syu boleh g umah maksu ni...tunggu kaklong grad....jangan hari graduation kaklong sama dengan syu dah la....tahun depan, syu, kaklong dengan ary akan grad skali....hehehe...tiga-tiga anak pak cik halim dengan mak cik noraini akan grad pertengahan tahun depan...insyaAllah...kira abah kena susun la hari amik cuti nak p suma majlis graduasi anak-anak dia :)

p/s: takpe ke ni maksu, syu linkkan blog maksu ni....

Imanina Cute Give Away

salam~~

giveaway lagi :) syu makin rajin join giveaway ni..hehe...dapat ramai kenalan....

IMANINA CUTE GIVEAWAY


JOM ramai-ramai join giveaway ni.....hadiahnya PERFUME....
tunggu apa lagi......
klik SINI untuk tahu lebih lanjut......

~5 orang yang ditag ~
1. ratu syahadah
2. iniAKU
3.nikotin untuk zombie
4. AKSARA CINTA ILAHI
5. miss kacang

******************************************************************

ni la gambar family syu...


gambar ni masa raya tahun 2008...pagi raya sebelum bertolak balik kampung....sempat la amik gambar family....dah lama tak amik gambar 1 family....tak payah susah-suasah g amik kat kedai gambar....kat rumah je ni pun....

Farrihin's 2nd Birthday Giveaway

salam~~




JOM ramai-ramai sertai giveaway untuk meraikan hari jadi Farrihin yang ke-2 pada 21 Mei 2010...klik SINI...

....SELAMAT HARI LAHIR FARRIHIN....
...jangan nakal-nakal ea..jadi anak yang baik untuk ibu bapa farrihin ye :)...

Ujian Teori Berkomputer

salam~~

sihat ke semua hari ni?? syu sihat cuma selsema tak hilang lagi...adeh...dah dekat seminggu dah ni....alkisahnya entri kali ni mesti la mengenai Ujian Teori Berkomputer yang syu baru je selesai amik tadi.....semalam memang tak online sangat...buka kejap-kejap je internet sebab syu tak study habis pun untuk exam hari ni...kalau buka blog alamatnya memang tak membaca dah la....

syu memang malas sikit bab membaca ni...sebab tu terus jawab soalan....500 soalan dalam buku....buat sampai tertido-tido...yela dengan keadaan cuaca panas lagi cepat syu mengantok...sampai petang tak habis lagi jawab...dalam kepala dah rasa malas dah ni...so, syu langkau la terus jawab yang belakang sampai soalan ke 500 tutup buku :)

lepas magrib, syu cuba jawab soalan guna cd yang syu beli....kan nak jawab guna komputer kan..kira nak familiar la dengan soalan...masa syu jawab, dalam hati "awat suma yang aku baca tak masuk pun"....jawab lagi 4 kali....pun sama juga....adeh....sampai tengah malam....syu sebab tak baca buku sebab tu tak rasa selamat....nak cuba buat lagi soalan tu...bancuh milo ais, sambil buat soalan sampai kul berapa ntah, rasanya dalam kul 2 kot...tertido....bangun da subuh...makkkk....tak habis buat lagi...huhu...

pagi tadi mak p hantar kat cawangan institut memandu ILMU BARU SDN. BHD....so diorang la p hantar syu p tempat exam kat MYSPEED kat Jalan Teluk Wanjah...sampai pukul 8am, tak buka lagi tempat tu....syu memang bawa buku soalan....baca balik soalan yang syu tak jawab semalam....tengok sekali imbas...pukul 8.30am pintu dibuka...syu terus masuk amik nombor...no 1....awal gila...duduk tak sampai seminit no syu dipanggil....bagi ic amik gambar bayar RM10, pastu terus dia suruh masuk jawab....tak sedia lagi la oiii...adehh......

tunggu apa lagi....kena la masuk juga....tapi serius tak rasa apa pun...berdebar pun tak, takut pun tak...no feeling at all! kenapa ea??? padahal tak baca pun...jawab punya jawab punya jawab, akhirnya selepas 22minit 34saat...syu menamatkan peperiksaan syu....soalan yang keluar semua yang syu baru imbas tadi....nasib baik tengok soalan tu....agak-agak korang syu dapat berapa????? teka dalam hati je ye....

emm...perasaan tengok keputusan ni sama dengan perasaan syu masa amik result PMR...tak berperasaan....tak dak feel nak suka ke nak sedih ke....awat la aku ni....emmm...so the result is???? ALHAMDULILLAH LULUS!! syu tanya mak syu, mak syu teka 45...abah teka 47 (abah kata sebab syu pandai sikit...hehehe)....sampai rumah kaklong plak kol...dia teka 50 kira full mark.....agak-agak tekaan sapa yang mengena???? syu tak nak buat contest....nak teka suka-suki je....

meh syu nak kongsi sikit....excited sebenarnya...ada tak orang dapat full mark untuk exam ni??? ada tak?? sapa dapat 50/50 sila angkat tangan anda :)


SAYA...
~ini kucing baru lepas amik lesen berjalan dua kaki~

SAYA...
~eheh....adik dapat markah penuh sebab tu dapat no 1~

dah panjang lebar syu mengarut ni..markah syu berapa???? emm...boleh la dikatakan lulus dengan cemerlang...50/50 markah penuh..percaya ke tak???? hahaha....esok atau lusa mungkin dah boleh mula kelas praktikal...wish me all the best ye :D

p/s: kepada sesiapa yang amik lesen memandu...bacalah buku soalan anda..jangan tak baca ye