Trip Balik Kampung

salam 1 MALAYSIA....

Happy Chinese New Year terutamanya kepada kaum Cina di Malaysia, kepada rakyat Malaysia dan penghuni dunia....belum terlambat lagi kan (^_^)


cuti-cuti ni semua adik beradik syu ada kat rumah....jadi balik kampung la...dah lama tak balik kampung sebelah mak kat bandar baharu...dari highway pun boleh nampak kampung syu tu (^_^)...tapi tak lama la duk kat sana...sebab berniaga ni tak boleh tinggal...kesian kat orang yang nak amik barang nanti...kami bertolak lepas sembahyang jumaat....sampai sana dalam pukul 6 macam tu sebab berhenti makan dulu....kira semalam adik mak syu pun balik kampung juga...jadi penuh la rumah tok tu dengan sepupu-sepupu kecik syu...lama giler syu tak jumpa...rasanya last raya puasa hari tu....balik kampung ni pun sebab nak ajak tok dengan tokwan mai duduk kat rumah syu...tokwan pun tak sihat sikit...dok kat sini ramai..senang sikit..takde la bosan duk kat kampung tu dua orang depa ja...

so kelmarin dulu balik dalam pukul 12 tengahari tadi...singgah kat dusun tokwan jap kat tepi lebuhraya lepas tok keluar bandar baharu....p tengok kot-kot la da durian dah luruh....ary, abah dengan kaklong je yang turun p masuk dusun....dusun tu pun penuh lalang....sejak tokwan tak sihat ni, dah takde orang jaga dusun tu....tapi pokok tetap berbuah banyak..pokok durian, rambutan, cempedak.....

~kaklong, abah dan ary...baru keluar dari dusun~

~ni je la yang tinggal....yang lain hilang ntah kemana~

sepanjang perjalanan, traffic ok je...cuma jam masa kat tok juru je....kalu tengok dari Seberang Perai nak ke Ipoh memang sesak la...biasa la tu...orang dah mula nak balik ke selatan kan....kami semua naik van...dah lama kot van tak jalan jauh....temperature plak naik...padahal dah cek dulu air sebelum bertolak...ntah kenapa la cepat pulak kering....nak kata bocor, takde pun...hmmm...apa-apa pun kami selamat sampai ke destinasi walaupun 2 kali berhenti di tepi jalan sebab temperature naik.....

p/s : van oh van...jangan merajuk dah...pas ni kita p jalan-jalan lagi ea (^_^)

Makan Petang Pizza Hut...

salam 1 MALAYSIA...

harini cuti memang tak kemana-mana pun...just stay rehat kat rumah je....petang esok baru nak balik kampung kejap...cuti-cuti ni baru la berkesempatan nak baca novel...minggu lepas syu dengan kaklong keluar g beli novel...4 buah sekali beli...adehhh...gian la...dah setahun lebih tak beli novel baru...sekali beli 4 terus...mentang-mentang la duit baru masuk time tu...hehehe....no shopping baju or kasut k!! syu jenis shopping novel jer (^_^)

ok stop pasal novel...nak citer pasal Pizza Hut plak...tengahari tadi abah balik cakap nak turun laut....ada la member ayah syu ni ajak turun laut memancing...diorang memang ada bot sendiri...so tengahari tadi abah balik packing barang, siap-siap, makan nasi pastu keluar g sana....tengah malam ni juga la kot balik....so tinggal la kami 4 beranak....so apa lagi...plan nak keluar makan kat luar....lepas je hantar barang kat stadium, terus g makan Pizza kat bandar kat bangunan Cathay yang dulu....


ramai la juga makan Pizza kat situ...KFC tak ramai sangat...haa lupa plak...Pizza Hut ni berkembar dengan KFC...boleh tengok kat gambar atas tu....korang nak makan dua-dua pun boleh....disebabkan kami ni 4 orang, jadi kami order Set Meal 4, Pizza Super Supreme dan Pizza Island Supreme...Air dia dah ditukar kepada Ice Lemon Tea bukan Pepsi...stok habis kot...tak kisah la...janji tak kena cas...sebab syu yang kena belanja...(kedekut betul aku ni)


sementara menunggu pizza sampai, kami bergambar la dulu...biasa la snap gambar ni memang wajibbb....hehehe.....

me and adik

mak and kaklong

ni la ruang dalam Pizza Hut kat situ....luas juga berbanding tempat sebelum ni...lagi selesa la...boleh la nak datang ramai-ramai serbu tempat ni....

Kedah Amal Hijrah Festival 2011 (Part 2)

salam 1 MALAYSIA...

Karnival Amal Hijrah Kedah 2011 bertempat di Stadium Darulaman, Alor Setar Kedah.

Pemasangan banner,streamer dan hebahan media bermula. Banner dan streamer di pasang seluruh jalan raya utama dan pusat membeli belah di Alor Star dan bandar-bandar di Negeri Kedah.


Pemasangan khemah dan persiapan tempat dan pentas utama di jalankan dengan bantuan bahagian logistik. Seterusnya raptai pada hari kedua. Peserta gerai membawa masuk barang.


TENTATIF PROGRAM


Hari Pertama


9.00pagi : Program bermula dengan senam robik.

11.00pagi : Pameran kereta volkswagon

Aktiviti pameran, pertunjukkan dan penjualan gerai bermula.

2.00petang : Pertandingan skuter cantik

3.00petang : Program keraian anak-anak OKU

5.00petang : Permulaan pertandingan fotografi



Hari Kedua


8.00pagi : *Pendaftaran sukan paintball

8.30pagi : *Aktiviti pameran, pertunjukkan dan penjualan gerai bermula.

*Sukan paintball bermula

2.00petang : *Pertandingan deklamasi sajak

*Pertandingan sepak raga

5.00petang : *Konvoi kembara motosikal berkuasa tinggi

8.45malam : *Forum

11.00malam : *Bersurai



Hari Ketiga


9.00pagi : *Pertandingan bolajaring

*Aktiviti pameran, pertunjukkan dan penjualan gerai bermula.

10.00pagi : *Pertandingan gubahan buah-buahan

3.30petang : *Pertandingan mewarna[sekolah rendah]

*Pertandingan ‘Spell It Right(tulisan Jawi)’

*Pertunjukkan cara-cara keselamatan dari agensi Bomba

3.30petang *Ketibaan dif-dif terhormat dan kenamaan

3.35petang *Ketibaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri

3.40petang *Ketibaan yang amat berhormat Dato Seri menteri besar kedah

3.45petang *Keberangkatan tiba YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

3.50petang *Keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Sultanah

*Ucapan YAB menteri besar

*Perasmian oleh KDYMM Tuanku Sultan

*Pertunjukan pancaragam

*Lawatan KDYMM Tuanku Sultan dan YAB menteri besar serta dif-dif terhormat ke gerai pameran.

6.00petang : *Keberangkatan pulang KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Sultanah.

6.05petang : *Keberangkatan pulang YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

10.45malam : *YAB Menteri Besar dan dif-dif terhormat meninggalkan majlis.

11.00malam : *Bersurai



Hari Keempat


9.00pagi : *Senam Robik

*Pertandingan hafazan

2.00petang : *Pertandingan tarannum

*Pertandingan khat

8.30malam : *Pertandingan nasyid

*Persembahan artis undangan

11.00malam : *Bersurai



Hari Kelima


9.00pagi : *Kempen kesihatan

*Kempen derma darah

2.00petang : *Pertandingan mencari harta karun(sekolah rendah)

5.00petang : *Pertandingan menghias pasangan(keluarga)

8.30malam : *Persembahan artis jemputan

*Pengumuman pengunjung bertuah/cabutan bertuah

*Pengumuman pemenang teka kacang dalam tong

*Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian

*Penyampaian hadiah kepada gerai tercantik sepanjang hari carnival.

*Penyampaian hadiah kepada pemenang fotografi


credit to Karnival Amal Hijrah 2011