Obsesiku terhadap KAMU ~~

salam blogger~~

kepada sesiapa yang ikuti kisah Gemersik Kalbu di TV3 tau kan, telah berakhirlah kisah kehidupan Sufian dan Raihana (^_^) .... sweet citer ni...walaupun syu tak tengok sangat citer ni, tengok-tengok kejap gitu-gitu jer... sebab syu bab drama-drama melayu ni kurang sikit...hehehe...lagi satu sebab dah baca novel kan.... jadi rasa baca novel lagi puas dari tengok kat televisyen... lambat nak tunggu habis kottt....

kat sini yang syu nak kongsinya mengenai lagu dalam kisah Gemersik Kalbu ni....sapa setuju yang lagu Obsesiku oleh Aqasha ni sweettttt !!! lirik dia sangatlahhhhh.... errr... sweeett dan nakallll.... rasanya sesuai untuk para suami nak tujukan lagu kat para isteri kot....hehehe...


syu pun baru usha-usha kat youtube lagu ni....so terjumpa satu video lagu obsesiku nyanyian Aqasha...rupa-rupanya, lagu ni dah wujud sejak tahun 2009 lagi (cari la video aqasha nyanyi masa weeding ted dan dura).... baru sekarang popular... dah jadi lagu tema Gemersik Kalbu kan.... bagi syu lirik lagu ni memang sesuai dengan watak Sufian nak tackle Raihana walaupun diorang dah kawen (^_^).... kalau dengar lagu ni, memang syu akan terbayang orang yang tujukan lagu ni buat isteri atau kekasih dia, memang jenis nakallll, manjaaa, romantikk dan sangat sayangkan isteri/kekasih dia....

p/s : thanks to AS... I tau u pun sama juga kannn ~_~

Untuk Para Lelaki

salam blogger~~

untuk PARA LELAKI ...

-Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

-Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

-Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

-Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.....?

*credit to DBH(AN)

Moral of The Story

salam blogger~~

Dunia ni kecik je... bak kata orang utara, pi mai pi mai tang tu juga.... kadang-kadang orang yang kita baru kenal pun ada bau-bau bacang sikit-sikit dengan kita... member kerja satu pejabat, tup tup dapat tau kata kenalan family kita.... tup tup dapat tau adik beradik kita.... tup tup dapat tau ada affair dengan someone yang kita kenal.... tup tup tunggu meletup la kalau yang tu.... hehehe... ada satu story nak kongsi ni... jom layannnnn (^_^)


Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Wakakaka... .sampai bila nak habis ni~ :P