Bermula Semester Baru~

salam blogger~~

Pejam celik pejam celik dah masuk semester ke 4 dah. Kalau orang lain, dah dikira masuk semester akhir, tapi syu masih ada lagi 2 semester untuk diharungi. Maklumlah, pelajar prasyarat. Belajar kena lebih sikit, baru dapat ilmu pun lebih (^_^).

So semester ni memang kena all out la. 5 subjek kena tempuh. Orang lain sambung Master relaks je, ambil subjek sikit setiap semester. Syu dengan kawan-kawan prasyarat lain 5 subjek setiap semester. Ditambah pula dengan tesis yang dah kena mula buat semester ni. Semester depan boleh fokus untuk praktikal je. Pengurusan masa kena tepat. Kalau tak nak buat apa pun tak sempat. Yang paling penting masa untuk berfoya-foya pun kena ada juga. Baru tak stress belajar =)

Ijazah Sarjana Sains Sosial Psikologi Kaunseling 
Semester 2 Sesi 2012/2013

Penaksiran Individu
Kaunseling Kerjaya dan Perkembangan Personel
Kaunseling Kelompok
Teknik Kaunseling
Isu, Etika dalam Kaunseling
Tesis

Kena persiapkan mental dan fizikal untuk mengharungi cabaran assignment yang memang dah tentu menggamit perasaan, jiwa dan raga sepanjang semester ni. HuHuHu. Bak kata Prof Rohany Nasir, enjoy kehidupan sebagai pelajar master, nanti dah sambung PHD, memang lone ranger dah.

Pantun Memujuk Pasangan

salam blogger~~

Khas untuk sidia yang tengah merajuk =)



Makan kuaci dengan Tini,
Kenapa dengan awak ni??

Main guli tepi buaya,
Apa salah saya??

Anak ikan anak biawak,
Saya SUKA awak…

Sungai penuh ikan Yu,
I LOVE U...

Lepak kat sungai tangkap katak,
Awak SAYANG saya tak???

Main lumpur tepi paya,
Awak SAYANG Saya???

Sambil lepak makan mee,
U MISS ME??

Ari jadi sambut sakan,
Awak CINTA saya kn? Kn? Kn?

Main pasir baling batu,
Nape senyum-senyum tu??

Pergi kedai beli belacan,
Awak TAK MARAH saya lagi kan?

Pergi pasar beli tempe,
Saya mintak maaf owkey?

Tengok muka macam tersinggung,
Janganlah bingung….

Misai lentik macam A.Galak,
Saya rasa macam nak tergelak...


credit to DDC ZONE

Hari-hari makan lada,
Pantun lawak dah habis daaaaa (^_^)