Earth Hour 2010


semalam 27 Mac 2010, bersempena Earth Hour, dimana semua lampu dan peralatan elektrik perlu ditutup..Ini bertujuan untuk menyokong kempen Earth Hour yang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2009..Earth Hour bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan isu pemanasan global..

Earth Hour bermula di bandaraya Sydney pada 2007 apabila sejumlah 2.2 juta buah rumah dan premis perniaagaan telah memadamkan lampu selama sejam..Pada tahun2008, kempen ini mula diterima ramai apabila 50juta orang diseluruh dunia menyertainya.

Menarik kan~~bayangkan 50juta orang dimana berkemungkinan lebih 50juta buah rumah dimuka bumi ni menutup bekalan elektrik selama sejam..sedikit sebanyak memberi kesan pada isu pemanasan global kan walaupun kita tak dapat lihat secara kasarnya..paling tidak pun sekadar menutup lampu selama sejam..bekalan eletrik lain guna je kan..situasi ini yang berlaku semalam di UDM..hanya setempat je yang tutup lampu..kalau tahun lepas, 1 blok akan ditutup suis utama selama sejam..tapi kali ni takde pun..semua lampu dalam bilik terpasang..sama je kan..

pendapat syu la kan, kalau negara kita nak menyokong sepenuhnya kempen Earth Hour ni, sepatutnya Tenaga Nasional Berhad kena putuskan bekalan elektrik satu Malaysia...1 Malaysia..selama sejam..kalau tak, memang rakyat yang kurang prihatin ni takkan tutup lampu..makin banyak guna bekalan eletrik ada la :) apapun kita tak boleh nak kerajaan je ambil tindakan..kita sebagai rakyat kena ada kesedaran masing-masing..baru boleh hidup aman damai..

Apapun kepada rakyat Malaysia lain yang prihatin terhadap alam sekitar, TAHNIAH untuk diri anda sendiri..Teruskan Cintailah Alam Sekitar..(dah lama tak nampak iklan ni)

p/s: lambat post entri ni sebab semalam tak dapat internet..huhuhu...server ditutup kot sempena Earth Hour..hehehe

2 comments:

  1. byk benda kena fikir klau nak tnb putuskan bekalan elektrik 1 malaysia selama sejam...salah satunya mungkin akan meningkatnya kadar jenayah..sejam, agak lama untuk buat jenayah...

    mcm mana aku buat asignment klau gelap? assignment tgh byk ni =(

    ReplyDelete
  2. betul juga..bukan kadar jenayah je, kadar sosial pun meningkat...kita kena ada kesedaran masing2 la..x tutup lampu sejam pun xpe asalkan jimat penggunaan elektrik...

    sama la..assignment mang tgh byk ni....

    ReplyDelete