Tahniah China! Tahniah Korea! Tahniah Kota Setar! Tahniah Syuzana!

TAHNIAH CHINA!!
Tahniah kepada CHINA kerana sekali lagi telah berjaya membawa pulang PIALA THOMAS ke CHINA....corak permainan pemain badminton pasukan CHINA memang mantap! wajarlah mereka sekali lagi menang dalam perlawanan kali ini...setiap perlawanan diantara CHINA - MALAYSIA, menang ketiga-tiga set...begitu juga dengan perlawanan diantara CHINA - INDONESIA....TAHNIAH sekali lagi kepada kontinjen CHINA!!

kepada kontinjen MALAYSIA, jangan berputus asa....masih ada peluang di masa hadapan...teruskan berusaha dan lebih fokus untuk mencapai matlamat MALAYSIA untuk membawa pulang PIALA THOMAS ke MALAYSIA...


TAHNIAH KOREA SELATAN!!
Tahniah kepada KOREA SELATAN kerana buat pertama kalinya dapat membawa pulang PIALA UBER ke KOREA SELATAN!!


Kali pertama raih Piala Uber selepas lima percubaan pada saingan final

KOREA Selatan mematahkan ego China selepas membuat kejutan besar menewaskan juara bertahan itu 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Uber yang penuh dramatik di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Pengurus pasukan, Kim Jong-soo dan anak anak didiknya berjaya melesetkan ramalan awal betapa China terlalu unggul untuk dijinakkan apabila menukar tempelak itu menjadi satu semangat menumbangkan keangkuhan lawan untuk membawa pulang Piala Uber buat kali pertama selepas lima percubaan serta memastikan mereka menyertai kelab elit empat negara trofi keagungan berpasukan wanita itu. Kejayaan itu sekali gus memaksa Li Yongbo menelan kata-katanya sendiri selepas ketua jurulatih China itu sebelum ini dengan angkuhnya bernada yakin bahawa Korea Selatan akan tetap berputih mata pada pertemuan final keenam kedua-dua pasukan berkenaan.

Keputusan:
Bae Seung Hee mn Wang Yihan 23-21, 21-11
Lee Hyo Jung-Kim Min Jung mn Ma Jin-Wang Xiaoli 18-21, 21-12, 21-15
Sung Ji Hyun kk Wang Xin 14-21, 21-16, 7-21
Lee Kyung Won Won-Ha Jung Eun mn Du Jing-Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19.
* kredit kepada Berita Harian


TAHNIAH KOTA SETAR!!
TAHNIAH kepada Daerah Kota Setar kerana telah berjaya mendapat JOHAN PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 15 TAHUN peringkat daerah pada 15 Mei 2010 yang lalu!!! Seterusnya antara kesemua pemain yang bermain pada hari itu telah dinilai dan akan dipilih untuk ke perlawanan peringkat negeri iaitu mewakili NEGERI KEDAH DARUL AMAN....antaranya adik syu sendiri...syuzaini aka syu(WD)...

Barisan Pemain Kota Setar Bawah 15 tahun...Dari kanan:
Aifa(GS), Pain(GA), Nani(WA), Syikin(C), Syu(WD), Alia(GD), Azi(GK), Ku, Birin, Zaheerah

Keputusan:
Kota Setar lwn Kulim Bandar Bharu 22-13
Kota Setar lwn Kuala Muda Yan 14-19
Kota Setar lwn Padang Terap 27-13
Kota Setar lwn Kubang Pasu 31-19

Final : Kota Setar lwn Kuala Muda Yan 29-14


TAHNIAH SYUZANA!!
Tahniah kepada cik syuzana aka syu :) ni nak tumpang kegembiraan juga..hahaha...sebabnya, syu dah berjaya mendapatkan lesen memandu L...bagi sesetengah orang apalah sangat setakat dapat lesen L..bangga sangat dah..itu mungkin orang lain....tapi bagi syu, ni pertama kali dapat lesen wooo...orang lain dah pernah dapat lesen L untuk motor...tapi syu takde...terus kereta...selepas 5 tahun baru ada keberanian nak amik lesen kereta...itu pun sebab hujung tahun ni nak g praktikal...

Apapun TAHNIAH untuk diri syu...cikgu puji syu cepat belajar...masa teori(3jam), praktikal(3jam)...masa praktikal tadi, alhamdulillah...syu berjaya mendapat ilmu baru untuk memandu di INSTITUT MEMANDU ILMU BARU SDN BHD...sebab syu dah lepas naik bukit, berhenti diatas bukit dan parking...mula-mula tengok diorang buat ujian JPJ pagi tadi, masa naik bukit turun balik, memang takut tak lepas...tapi bila dah bawa, tau teknik, taklah sesusah yang kita tengok...cuma kena sentiasa beringat je...lepas ni mudah la bagi syu untuk belajar dan mudah untuk cikgu yang bakal mengajar syu nanti...tapi untuk 8jam seterusnya lebih mencabar sebab bawa di jalan raya...bahaya lagi di jalan raya berbanding di litar...

p/s: kepada semua pemandu-pemandu di Malaysia terutama penunggang motosikal....berlumbalah di litar, bukan di jalan raya...PANDU CERMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!!

4 comments:

  1. tahniah buat syu.
    berusaha!=)

    ReplyDelete
  2. tahniah juga buat saya
    ...berjaya membaca entry ni sampai habis dan faham segala isi kandungannya

    hahaha - kalau ada ujian mesti lulus!

    ReplyDelete
  3. kacang: terima kasih kacang :)

    tehr: tahniah buat tehr sebab faham sega isi kandungan :) nanti komen entri lagi ea

    ReplyDelete