Adakah Cinta Perlu Bersebab???

salam~~

dah lama syu tak update...last pasal isu marah geram....semua ada kena mengena dengan cinta, kasih, sayang, rindu dan sewaktu dengannya....

gambar hiasan

kita sebagai manusia selalu inginkan sebab musabab...mengapa ini...mengapa itu.....bagi pasangan yang bercinta selalu akan tanya, "kenapa awak cintakan kite??", "kenapa sayang cintakan ana??", "kenapa B cintakan sayang???", "why u love me???".....tipulah kalau kita tak pernah tanya pada pasangan kita kan...syu pun seringkali tanya soalan ini :)

baru-baru ni, syu terbaca di majalah MASKULIN....eheheh....ni majalah lelaki kan....betul pun...memang majalah lelaki...tapi tak salah kan perempuan baca...sama la majalah wanita, lelaki baca juga kan :)

ada kat satu slot CINTA...syu nak kongsi artikel ni bukan saja sebagai peringatan kepada diri syu, tapi juga kepada korang semua.....
korang nak tau tak apa yang sesetengah pasangan yang bercinta diluar sana akan jawab jika pasangan diorang tanya soalan ni???

ALASAN KAUM ADAM

~ "I cintakan you kerana you cantik!"
(dalam hati) ~"Sebab you banyak duit, boleh I 'pau' nanti...."

~ "I cintakan you kerana you matang dan bijak!"

(dalam hati) ~ "Sebab karier you stabil, so tak perlu I kerja teruk-teruk lepas ni..."

~ "I cintakan you keran you independent, I tak perlu susah-susah ke sana ke sini menghantar you!"
(dalam hati) ~ "sebab you cantik, seksi dan orang akan cemburu tengok you sebagai teman istimewa I..."

ALASAN KAUM HAWA
~ "I cintakan you kerana you kacak, segak dan bergaya..."

(dalam hati) ~ "I cintakan you kerana apa saja yang I minta, you boleh bagi...."

~ "I cintakan you kerana you romantik dan kelakar..."

(dalam hati) ~ "I cintakan you kerana you kerana harta you..."


~ "I cintakan you kerana you lah satu-satunya lelaki yang boleh membahagiakan I..."

(dalam hati) ~ "I cintakan you kerana I perlukan lelaki untuk kahwin dan anak....."

kesimpulannya, adakah kita mempunyai alasan yang positif atau negatif??? tepuk dada tanya hati (^_^)

RINGKASAN KISAH SUAMI MEMERLUKAN SEBAB
Semasa suami dalam keadaan sihat, dia bertanyakan apakah sebab isterinya mencintainya...si isteri menjawab "I tak tahu sebabnya"....si suami memaksa juga si isteri memberi sebab, lalu si isteri berkata....


"I cintakan you sebab you kacak, penyayang, romantik kerana selalu nyanyikan lagu cinta untuk I dan ingat I selalu. I juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak you melangkah, disitulah cinta I bersama you!"

Selang beberapa hari, si suami terlibat dalam kemalangan dan koma....si isteri menulis surat kepada si suami...suratnya berbunyi....


"Abang! jika disebabkan suara aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu."


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu...sekarang bolehkan engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu....sekarang bolehkan engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab."

Kesimpulannya.....adakah cinta memerlukan sebab??? cinta perasaan yang kita tak dapat lihat, sentuh tetapi kita masih boleh merasai kenikmatan cinta.....

4 comments:

  1. cinta itu adalah cinta..
    subjektif sebenarnya bab ini..
    tapi kalu kita benar2 mencintai seseorang pasti tak akan ada sebab kan...
    salam kenal =)

    ReplyDelete
  2. ye betul tu cheqna...cinta ni memang subjektif...kita tak boleh lihat, pegang...boleh rasa je....bergantung pada diri individu sendiri untuk menilai apakah itu cinta....

    ReplyDelete
  3. cinta xmungkin perlukan sebab
    begitu gak ngan bencikan??
    tapi kite perlukan sebab tuk rindu,sayang,minat..
    dengan sume 2 hadirlah cinta

    ReplyDelete