yeah yeah air takde 1 UniSZA

salam~~


entri ringkas malam ni...seperti tajuk diatas, ceritanya mesti la pasal air....takde air 1 UniSZA!!!! yeah yeah!!! jangan bersedih....jom bergembira ok!! insyallah ada la air tu esok....baru 2 hari kat sini...adeh....masalah air ni memang perkara biasa sejak zaman UDM lagi....kalau dulu di blok asrama lama, memang selalu takde air....sekarang kat apartment pun air takde juga....masalahnya bagi pelajar perempuan la....kalau yang uzur tu memang teruk la jawabnya....

yang syu dengar cerita, ada perkhabaran yang menyatakan yang sarjan dah buat pengumuman cakap air takde....jadi para pelajar dikehendaki berjimat cermat menggunakan air....dengar cerita, ada masalah tangki air di kawasan Gong Badak....ini bermakna seluruh Gong Badak la kena berjimat guna air sementara tangki siap diperbaiki....

rasanya, UniSZA tutup air pada waktu malam dan akan dibuka pada awal pagi esoknya....selalunya kalau ada masalah tangki air, pihak universiti akan ambil tindakan yang macam ni....air ditutup pada waktu malam dan akan dibuka semula pada awal pagi...tapi takde dengar pun pengumuman kat blok ni???? terkilan sikit....kalau tahu, syu dah g tadah air dalam baldi....masak la syu lepas ni kalau air takde...

P/S : sama-samalah kita berdoa pagi esok ada air....kalau takde, pelajar perempuan khususnya akan jawab, "lec, kami tak masuk kelas bukan sebab tengok bola...tapi sebab takde air"

No comments:

Post a Comment