salam blogger~~
hari ni 19/8/10, tamat sudah sesi pembentangan kertas cadangan projek akhir bagi SMSKPP 7.....rata-rata komen dan cadangan yang diberikan oleh para penilai sangat membina, boleh diperbaiki....ada juga yang kena bincang semula dengan supervisor masing-masing....termasuklah syu sendiri....sebab projek syu tu macam susah je nak buat.....pensyarah yang menilai ragu-ragu dengan kemampuan syu.....adakah syu sendiri meragui kemampuan syu????
jawapannya memang YA!! syu sendiri tak pasti dengan apa yang syu buat sekarang ni....bukan hanya dalam perlaksanaan projek akhir, juga dalam perkara-perkara lain.....yang pasti, syu meragui apa sahaja perkara yang syu buat dalam hidup syu samada dalam membuat keputusan dalam pelajaran, dalam hidup, tentang masa sekarang, tentang masa depan....memang semua orang hadapi dugaan yang sama...masalah yang sama dengan syu bila dikaitkan dengan hidup....tapi tidak bagi orang yang mempunyai matlamat hidup sendiri....mereka tak akan rasa hidup mereka terumbang-ambing....berbeza bagi orang yang tiada matlamat hidup, sentiasa bergantung pada orang lain, tidak mahu mengubah sikap negatif, tidak belajar untuk mendisiplinkan diri....semuanya boleh membawa kepada kegagalan bukan sahaja semasa belajar, lebih teruk lagi kegagalan dalam hidup....
ada yang mengatakan gagal lebih teruk dari tidak berjaya...apa beza gagal dengan tidak berjaya??? Gagal ialah apabila kita ingin membuat sesuatu perkara tapi berhenti separuh jalan kerana berputus asa....Tidak berjaya ialah apabila kita ingin membuat sesuatu perkara dan berusaha sehingga ke akhirnya, tapi hasilnya tidak seperti yang kita inginkan...terbukti jika kita tidak berjaya lebih baik dari kita gagal kerana jika kita tidak berjaya, kita masih lagi ingin memcuba....tapi jika kita gagal akan membawa pengaruh yang lebih besar dalam kehidupan kita kelak....
perasaan syu petang ni terasa lain sangat-sangat...adakah disebabkan hasil pembentangan tadi yang kurang memuaskan atau disebabkan kehidupan syu sekarang??? syu tahu orang yang baca entri syu sampai ayat ini tak faham apa yang syu bebelkan....sememangnya syu sendiri tak faham.....just terasa hati sayu, dan nak luahkan...tak tahu nak luahkan macam mana dan tak tahu apa masalah yang sebenarnya membuatkan syu rasa perasaan yang sebegini rupa.....hanya boleh taip ayat merapu kat blog je la....
terasa ingin menjerit di tengah lautan....
tiada sesiapa yang mendengar....
melepaskan segala rasa yang tersimpan....
mengharap agar segala kesayuan menghilang....
datang kembali segala ketenangan...
memberi kekuatan dalam menempuh kehidupan....
~ketenangan dalam percintaan~
YA ALLAH...KAU BERILAH KETENANGAN KEPADA HAMBAMU INI
p/s : syu cakap memang susah orang nak faham...tak pandai nak luahkan rasa hati....jadi pemendam.....asalkan tak jadi pendendam sudah (^_^)
No comments:
Post a Comment