Kedah Amal Hijrah Festival 2011

salam 1 MALAYSIA....

kalau korang perasan blog AURA KASIH ni telah pun bertukar wajah...masih lagi dalam proses pembaikpulih....bagi semua yang berkunjung ke blog ini, baik yang baru atau yang lama, SELAMAT DATANG syu ucapkan dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog syu yang tak seberapa ni....insyallah, syu pasti akan melawat blog korang semua jika berkesempatan (^_^)...

ok...berbalik pada tajuk kita....sebenarnya syu nak promote sikit KEDAH AMAL HIJRAH FESTIVAL 2011 yang bakal berlangsung pada 18 Januari 2011 sehingga 20 Januari 2011 bertempat di Perkarangan Stadium Darulaman, Alor Setar Kedah. Festival ini diadakan bersempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang disambut pada hari ini iaitu 16 Januari 2011....

"DAULAT TUANKU"
semoga Tuanku dilanjutkan usia dan dirahmati Allah.....

syu secara tak langsung terlibat juga dengan festival ni...sebab tu yang tolong promote sikit ni....ok...sesiapa yang duduk di kedah, perlis, perak, pulau pinang dan yang berdekatan dengan kedah tu, boleh la berkunjung ke tapak festival ni....tak rugi...sambil berhibur kita beramal...Festival ini diadakan untuk merealisasikan rancangan bagi membina sebuah Pusat Al-Quran Higher Learning untuk para Huffaz yang lulus dari sekolah tahfiz di Malaysia dan seluruh dunia...untuk maklumat lanjut korang boleh layari website ini ye..




No comments:

Post a Comment