Keputusan Anugerah Juara Lagu 25 memberi kejutan!!!!

salam 1 MALAYSIA....

semalam masing-masing terkejut dengan keputusan AJL 25 yang mengumumkan pemenang AJL 25 disandang oleh Ana Raffali menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku...Keputusan yang memang tidak dijangka oleh ramai orang termasuk syu sendiri...TAHNIAH buat ANNA RAFFALI atas kejayaan sulung beliau walaupun baru setahun jagung dalam industri seni...

ANNA RAFFALI

bagi lagu kedua terbaik berjaya disandang oleh Black dan Meet Uncle Hussain menerusi lagu Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain...tempat ketiga pula disandang oleh Hafiz AF7 menerusi lagu Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7....Hafiz juga turut memenangi kategori vokal terbaik menerusi lagu yang sama....bagi persembahan terbaik, tak lain dan tak bukan Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut....persembahan yang memang tidak mengecewakan dari Faizal Tahir...cukup-cukup mengagumkan!!! TAHNIAH buat para pemenang...

FINALIS AJL 25

walaupun 11 lagu lain tidak berjaya meraih apa-apa kemenangan, tetapi yang pasti semua lagu yang bertanding pada malam tu memang terbaik!!!!! persembahan sepenuh hati diberikan oleh penyanyi untuk semua peminat muzik tanah air...

teruskanlah memperjuangkan industri muzik tanah air kita......


No comments:

Post a Comment