Trip Balik Kampung

salam 1 MALAYSIA....

Happy Chinese New Year terutamanya kepada kaum Cina di Malaysia, kepada rakyat Malaysia dan penghuni dunia....belum terlambat lagi kan (^_^)


cuti-cuti ni semua adik beradik syu ada kat rumah....jadi balik kampung la...dah lama tak balik kampung sebelah mak kat bandar baharu...dari highway pun boleh nampak kampung syu tu (^_^)...tapi tak lama la duk kat sana...sebab berniaga ni tak boleh tinggal...kesian kat orang yang nak amik barang nanti...kami bertolak lepas sembahyang jumaat....sampai sana dalam pukul 6 macam tu sebab berhenti makan dulu....kira semalam adik mak syu pun balik kampung juga...jadi penuh la rumah tok tu dengan sepupu-sepupu kecik syu...lama giler syu tak jumpa...rasanya last raya puasa hari tu....balik kampung ni pun sebab nak ajak tok dengan tokwan mai duduk kat rumah syu...tokwan pun tak sihat sikit...dok kat sini ramai..senang sikit..takde la bosan duk kat kampung tu dua orang depa ja...

so kelmarin dulu balik dalam pukul 12 tengahari tadi...singgah kat dusun tokwan jap kat tepi lebuhraya lepas tok keluar bandar baharu....p tengok kot-kot la da durian dah luruh....ary, abah dengan kaklong je yang turun p masuk dusun....dusun tu pun penuh lalang....sejak tokwan tak sihat ni, dah takde orang jaga dusun tu....tapi pokok tetap berbuah banyak..pokok durian, rambutan, cempedak.....

~kaklong, abah dan ary...baru keluar dari dusun~

~ni je la yang tinggal....yang lain hilang ntah kemana~

sepanjang perjalanan, traffic ok je...cuma jam masa kat tok juru je....kalu tengok dari Seberang Perai nak ke Ipoh memang sesak la...biasa la tu...orang dah mula nak balik ke selatan kan....kami semua naik van...dah lama kot van tak jalan jauh....temperature plak naik...padahal dah cek dulu air sebelum bertolak...ntah kenapa la cepat pulak kering....nak kata bocor, takde pun...hmmm...apa-apa pun kami selamat sampai ke destinasi walaupun 2 kali berhenti di tepi jalan sebab temperature naik.....

p/s : van oh van...jangan merajuk dah...pas ni kita p jalan-jalan lagi ea (^_^)

No comments:

Post a Comment