Jenis makanan yang boleh diambil sepanjang bulan Ramadan tidak terhad kepada jenis makanan tertentu sahaja. Kebanyakan jenis makanan dibenarkan diambil dalam kuantiti yang tertentu. Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, setiap individu itu perlu mengambil makanan dari setiap kumpulan makanan utama iaitu : | ||
Kumpulan ini membekalkan, vitamin, mineral serat diet (dietary fiber) dan protein. Ia dapat membekalkan tenaga untuk fungsi tubuh dan aktiviti harian.
Kumpulan ini juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink. Kekacang dan kacang juga merupakan sumber serat diet. Protein penting untuk proses penyembuhan tisu dan pembinaan otot.
Kalsium susu lebih mudah untuk diserap. Ia juga sumber protein yang baik.
Buah-buahan seperti jambu batu, kiwi dan sitrus merupakan sumber vitamin C yang baik. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak amat berguna untuk mengelakkan penyakit seperti kanser, jantung dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Ianya akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada paras kolesterol darah. Contoh lemak yang tidak tepu (lemak yang cair pada suhu bilik) adalah seperti minyak kanola, bunga matahari dan juga soya. | ||
Walau bagaimanapun, pengambilan minyak masih penting kerana ianya adalah penyumbang tenaga (kalori) yang paling tinggi berbanding karbohidrat atau protein serta membekal asid lemak perlu dan berguna untuk penyerapan vitamin larut lemak. Gula pula hanya membekalkan karbohidrat ringkas tetapi tidak mempunyai nilai zat makanan yang lain. Setiap makanan di dalam kumpulan makanan yang sama akan mengandungi tahap kepadatan dan jenis nutrien (zat makanan) yang berbeza-beza. Oleh itu, pengambilan jenis-jenis makanan di dalam kumpulan tertentu perlu dipelbagaikan untuk membekalkan semua zat yang diperlukan dan mendapat manfaat yang sebaik mungkin. | ||
Sumber Maklumat : Utusan Malaysia, 2 Oktober 2005 |
Mengharungi Alam Kehidupan Realiti | Perkongsian Ilmu | Info Kesihatan | Alam Rumahtangga | Santai | Kehidupan | Lagu |
Diet Seimbang Di Bulan Puasa
salam ramadan~~
selalunya orang akan perkatakan bulan puasa ni la masanya nak berdiet....yang mana kuat makan tu, boleh berdiet masa bulan puasa....boleh turunkan berat badan sebab tak makan seharian kan...
~gambar hiasan dari en google~
tapi kena la beringat, jangan disebabkan seharian tak berpuasa tapi bila berbuka melantak makanan....semua nak disapu...tak guna la juga kalau niat nak turunkan berat badan atau diet kan kan kannn....meh syu nak kongsi sikit diet di bulan ramadan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat diet
ReplyDeletehuhuhu.... ape2 pon niat kene betul... hikhikhik
ReplyDeleteamir aizat : syu dah tak diet ni...kalu diet kang tinggal tulang je...hehehe
ReplyDeletesyazwani : betul3...niat tu yg penting..berazam dan disiplin...
Hi..jalan2 sini..www.mysufisecret.blogspot.com
ReplyDelete