Anda Selsema??

Salam blogger~~

tajuk kali ni selsema. Sebab apa?? Sebab syu tengah selsema sekarang ni. sob3. Baru 10 hari jaga kedai 12 jam sehari, masuk hari kesebelas dah demam selsema. Stamina tak kuat ni. Apa yang syu nak kongsi kat sini sebenarnya, apa yang syu tengok, bila seseorang tu didatangi penyakit yang pelik-pelik atau penyakit yang berat, ataupun nama penyakit yang tak reti nak sebut, mesti kita akan buka Google, cari maklumat dan tengok apa benda sebenarnya penyakit tu kan. Haaa, samalah kat sini. Disebabkan syu kena selsema, jadi tergerak la hati nak tau serba sikit pasal selsema ni. Jom kita kongsi ilmu bersama =)

gambar sumbangan Google

Selsema disebabkan oleh virus terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Kalau korang nak tahu, ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang menyebabkan selsema. Jadi tak hairan la kalau kita boleh kena selsema kerap kan. Secara puratanya, orang dewasa mengalami selsema 4 kali setahun, berbeza dengan budak kecil yang lebih kerap mengalami selsema.

Antara banyak-banyak virus tu, virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ni boleh menjangkiti kita melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin. Sebab tu orang yang selsema ni digalakkan untuk pakai topeng muka untuk mengelakkan penyebaran virus kepada orang lain.

virus rhinovirus - sumber Google

Tanda-tanda selsema : 

1) sakit tekak
2) sakit kepala dan sakit badan
3) mata berair
4) demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)
5) hidung berair
6) hidung tersumbat
7) batuk, selalunya tanpa kahak

Rawatan : 

Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Cuma perlu banyak rehat dan pengambilan air yang banyak.

Macam syu, syu tak ajar diri syu bergantung pada ubat. Selsema ke, sakit kepala ke, sakit apa sekalipun tapi yang ringan-ringan la, memang takkan ambil panadol. Biar sembuh sendiri. Setakat ini alhamdulillah, antibodi syu masih mampu untuk melawan virus =)

Sekian cerita mengenai selsema. Hehehe.

No comments:

Post a Comment