Tips Pengambilan Sarapan Yang Sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Blogger~~

Sarapan sangat penting untuk kesihatan kita. Orang selalu akan kata, "aku brunch terus. Tak breakfast dah." Sama la juga dengan syu. Huhuhu. Sebab tu rasa tak bertenaga je. Mudah penat. Rupanya cara pemakanan tak betul. Peringatan pada diri sendiri dan blogger lain. Dah sedia nak breakfast semua???


Sedikit perkongsian tips pengambilan sarapan yang sihat di bawah ye untuk tatapan bersama..


1)  Masa terbaik untuk sarapan adalah antara jam 6 hingga 9 pagi. Tiada istilah Brunch.



2) Ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan, dan elakkan mengambil sarapan yang lewat.

3) Makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama.


4) Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam omelette.

5) Elakkan mengambil pastri, makan makanan manis seperti donut dan muffin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita berasa cepat lapar.

 

6) Banyakkan juga minum air kosong setiap hari.


1 comment:

  1. Setuju, sarapan sangat penting untuk ada kehidupan yang sihat dan bertenaga kann ^o^)// suka post ni, ringkas tapi padat. lapar jap tengok gambar 16 makanan tu.

    ReplyDelete