Showing posts with label Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Hikmah. Show all posts

Rezaki Ramadan Kali Ni....

salam ramadan~

assalamualaikum para blogger....macam mana hari-hari sepanjang menyambut ramadan tahun ni??? ada perkara baik berlaku ke ramadan kali ni??? semoga korang semua diberkati dan dianugerahkan segala kebaikan dan kebahagiaan bersama insan tersayang (^_^)

rezeki ramadan kali ni...terima kasih kepada NUFFNANG bermurah hati bagi 7 BUFFERED EARNING pada blog syu sepanjang bulan ramadan ni...AURA KASIH dan AURA LUCKY....terima kasih pada para blogger yang sudi menjengah ke blog syu ni...sedikit sebanyak membantu syu dapat BE dari nuffy (^_^)....disebabkan itu juga, syu ada buat LUCKY DRAW DUIT RAYA di blog AURA LUCKY khas buat para blogger semua....sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, serta beberapa berita baik yang syu terima sepanjang bulan ramadan kali ni (^_^)

ramadan kali ni memang sebulan bersama dengan keluarga berbanding tahun-tahun lepas sebab tengah belajarkan...jadi tahun ni, syu dengan kakak syu dapat sambut ramadan penuh bersama keluarga la....berita baik dalam bulan ramadan ni, kakak syu dapat tawaran untuk menyambung pelajaran di UKM, dalam jurusan Sarjana Ekonomi....manakala syu pula tengah tunggu posmen datang hantar surat tawaran untuk sambung belajar di UKM juga, jurusan Sarjana Psikologi dan Kaunseling....berita gembira bagi mak dengan abah sebab dua-dua anak dia serentak dapat sambung belajar di UKM (^_^)....rezeki bulan ramadan kali ni....ni pun syu puas kol pihak UKM...sebab nama syu tercicir pada awalnya...alhamdulillah...permohonan syu berjaya pegawai ukm tu cakap...just tunggu surat tawaran sampai je....


~syukur alhamdulillah~

tibanya peluang baik, pasti akan ada juga peluang untuk diuji....kalau nak diikutkan, syu ni setiap kali nak masuk pusat pengajian je, mesti diuji dengan sakit....masa syu form 5 nak dekat SPM, syu masuk hospital sebab gastrik....syu ni kurang sikit makan...padahal duduk kat rumah bukan asrama....nurse tu cakap tekanan darah rendah sangat....tapi pelik gak sebab syu tak pengsan...syu memang tak pernah ada pengalaman pengsan....tapi rasa nak pengsan pernah la....sebab tak sarapan, lepas tu ada perhimpunan pagi pulak kat sekolah...huhuhu

masa di Matrikulasi Changlun pula, gastrik + terlebih oksigen sampai badan jadi kebas....kena tahan kat hospital seminggu la juga...time tu pu tengah ada mid term...huhuhu....doktor cakap kurang kalsium....sebab tangan kejang...terlalu tahan sakit sampai kejang habis tangan badan....masa kat hospital, doktor pesan kalau rasa muka, kaki tangan, badan mula rasa kebas....cepat-cepat ambil beg plastik bersih kecik, tekup pada hidung dan mulut....bernafas dalam beg plastik tu....tujuan dia untuk sedut balik karbon dioksida....jadi balance la balik kandungan oksigen dalam badan kita (^_^)....

~sehingga di matrik, mak syu la yang dok tunggu syu kat hospital....
terima kasih mak, jaga cheq~

masa kat UDM, pernah terjadi 2 kali insiden tu...muka mula kebas...nafas dah makin laju...sekali masa tahan sakit masa ambil exam silat untuk naik tali pinggang....sekali lagi masa tengah marah giler-giler kat someone...time sakit ni syu elakkan dari masuk hospital...sebab takmau mak dengan abah risau....kalau diorang tahu, memang terus sampai terengganu dah hari tu...jadi syu sorang-sorang je la...ditemani roomate syu dan my best frenz....thanks ye cik evi....

syu kurang bergaul dengan orang lain...bukan bermakna syu sombong...syu tak tahu macam mana nak mula bertegur sapa dengan orang...syu ni pemalu sikit...hehehe....tapi kalau dah mula rapat, memang syu jadi mulut murai la...syu cuma kenal kawan-kawan yang pernah belajar sekali dengan syu je...syu cuba jaga hati kawan-kawan syu sebaik mungkin....gaduh-gaduh manja tu ada la juga...hehehe....tapi sebolehnya syu elakkan dari ada musuh...masa tu, syu pakwe pun takdak lagi....jadi syu tak pernah diuji perkara berkaitan dengan soal kehidupan sangat....hubungan dengan kawan-kawan pun baik je...THANKS TO ALL MY FRIENDS!!


syu banyak diuji dengan didatangi sakit....sesungguhnya ALLAH menguji kita mengikut tahap kemampuan kita....hanya DIA yang tahu sejauh mana kita dapat bertahan...

Adakah Cinta Perlu Bersebab???

salam~~

dah lama syu tak update...last pasal isu marah geram....semua ada kena mengena dengan cinta, kasih, sayang, rindu dan sewaktu dengannya....

gambar hiasan

kita sebagai manusia selalu inginkan sebab musabab...mengapa ini...mengapa itu.....bagi pasangan yang bercinta selalu akan tanya, "kenapa awak cintakan kite??", "kenapa sayang cintakan ana??", "kenapa B cintakan sayang???", "why u love me???".....tipulah kalau kita tak pernah tanya pada pasangan kita kan...syu pun seringkali tanya soalan ini :)

baru-baru ni, syu terbaca di majalah MASKULIN....eheheh....ni majalah lelaki kan....betul pun...memang majalah lelaki...tapi tak salah kan perempuan baca...sama la majalah wanita, lelaki baca juga kan :)

ada kat satu slot CINTA...syu nak kongsi artikel ni bukan saja sebagai peringatan kepada diri syu, tapi juga kepada korang semua.....
korang nak tau tak apa yang sesetengah pasangan yang bercinta diluar sana akan jawab jika pasangan diorang tanya soalan ni???

ALASAN KAUM ADAM

~ "I cintakan you kerana you cantik!"
(dalam hati) ~"Sebab you banyak duit, boleh I 'pau' nanti...."

~ "I cintakan you kerana you matang dan bijak!"

(dalam hati) ~ "Sebab karier you stabil, so tak perlu I kerja teruk-teruk lepas ni..."

~ "I cintakan you keran you independent, I tak perlu susah-susah ke sana ke sini menghantar you!"
(dalam hati) ~ "sebab you cantik, seksi dan orang akan cemburu tengok you sebagai teman istimewa I..."

ALASAN KAUM HAWA
~ "I cintakan you kerana you kacak, segak dan bergaya..."

(dalam hati) ~ "I cintakan you kerana apa saja yang I minta, you boleh bagi...."

~ "I cintakan you kerana you romantik dan kelakar..."

(dalam hati) ~ "I cintakan you kerana you kerana harta you..."


~ "I cintakan you kerana you lah satu-satunya lelaki yang boleh membahagiakan I..."

(dalam hati) ~ "I cintakan you kerana I perlukan lelaki untuk kahwin dan anak....."

kesimpulannya, adakah kita mempunyai alasan yang positif atau negatif??? tepuk dada tanya hati (^_^)

RINGKASAN KISAH SUAMI MEMERLUKAN SEBAB
Semasa suami dalam keadaan sihat, dia bertanyakan apakah sebab isterinya mencintainya...si isteri menjawab "I tak tahu sebabnya"....si suami memaksa juga si isteri memberi sebab, lalu si isteri berkata....


"I cintakan you sebab you kacak, penyayang, romantik kerana selalu nyanyikan lagu cinta untuk I dan ingat I selalu. I juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak you melangkah, disitulah cinta I bersama you!"

Selang beberapa hari, si suami terlibat dalam kemalangan dan koma....si isteri menulis surat kepada si suami...suratnya berbunyi....


"Abang! jika disebabkan suara aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu."


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu...sekarang bolehkan engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu....sekarang bolehkan engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab."

Kesimpulannya.....adakah cinta memerlukan sebab??? cinta perasaan yang kita tak dapat lihat, sentuh tetapi kita masih boleh merasai kenikmatan cinta.....

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak
keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah
sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf
di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja
itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Suka-suki~

"Ketahuilah bahawa dalam hidup setiap kesusahan dan kepayahan yang anda tempuhi itu ada tersembunyi nasihat-nasihat kebijaksanaan"



"Rasulullah s.a.w bersabda: Di kala datangnya bulan Ramadhan, maka dibuka pintu syurga dan dikunci pintu neraka serta dibelenggu syaitan"


"Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mati diatasnya puasa (masih ada puasa yang tidak dikerjakannya), maka walinya hendaklah berpuasa untuknya"

"Tahan derita itu adalah pangkal kebahagiaan. Kesenangan menjadikan manusia mudah lupa, manakala kemegahan pula membawa ke arah kehancuran"



Mutiara Kata Buat Semua....

Assalamualaikum...kepada semua sahabat-sahabat syu....

Syu memohon jutaan kemaafan kepada semua andai ada salah silap selama ini...

Keikhlasan Hati Untuk Saling Memaafkan,
Memberi Makna Berharga Dalam Kehidupan,
Andai Jemari Tak Mampu Berjabat,
Langkah Kaki Tak Mampu Untuk Bertemu,
Setidaknya Kata Masih Terungkap Setulus Hati,
Memohon Keampunan Andai Diri Pernah Menyakiti Hati.


Pesanan kepada sahabat-sahabat sekalian...

Senyuman itu kemanisan wajah,
Hati itu kejujuran jiwa,
Kunci kejayaan ialah jujur pada tiap perkara,
Biar pahit,
tapi harga sebuah kejujuran dan keikhlasan,
mampu membuat kita takluki dunia...


Dengarlah sahabat-sahabatku....

Hidup ini indah selagi kita tahu menghargai dan sanggup berkorban...
Jadikan diri kita genap bila berada dalam satu...
Dan ganjil bila kita keluar dari satu kelompok...
Itulah sebaik-baik insan...
Yang mana perjalanan hidup penuh makna pada yang lain...


"Allah maha mengetahui niat kita
Jadi allah bagi kita ganjaran atas apa yang kita buat"





Rakan, Kawan, Teman @ Sahabat????



Apa beza between rakan,kawan, teman or sahabat????
ada org cakap teman tu sekadar untuk temankan kita bila kita sunyi...betol ker??

ada plak org ckp sahabat tuh adalah kawan yg sejati utk kita...jadi,apa plak makna kawan?kawan tue sahabat ker?
sebabnyer aku dgr "senang utk dapatkan kawan,tapi sgt susah utk dptkan sahabat yg benar2 sejati???
erm...so,ape beza antara semua definition2 yg aku bagi kt atas tue?
or,kita nih main sental jer without knowing ape makne or fungsi teman,shabat, rakan n kawan utk kita...
Dalam dunia nih kita jumpa ramai org...org besar,org kecik,org tinggi,org pendek,pemarah, penyayang, penyabar, penyangak n mcm2 `pe` lg la...
So,dr mcm2 `pe` tue kita akan pick few peoples utk jadi kawan kita...or utk jadi sahabat kita tapi,org yg kita pick tue btol2 ker memenuhi kriteria rakan kita?

mayb few people from the choosen yg btol2 memenuhi kriteria rakan kita...yg btol2 `ngam` dgn diri kita...yg btol2 buatkan kita selesa dgn dia...So,the rest ape jadik???
juz sbg teman jerla kn...teman kita shopping...teman kita makan...teman tengok movie...teman kita gelak...btol tk??

then,bila kita sedih kita akan balik kat sahabat yg btol2 buatkan kita selesa...yg bole bagi support kat kita...yg boleh menangis utk kita...



Untuk dapatkan sahabat kita memerlukan masa yg cukup lama....bukan boleh jadi dgn sekelip mata sj..

tapi,untuk kita kehilangan sahabat cuma memerlukan masa 1 minit saje that time kita akan sedih..akan menangis mcm kita dah kehilangan something precious dlm hidup kita...

tentu kita tak nak kehilangan sahabat kita kn??
So,jagalah sahabat kita...sahabat tue mcm deria rasa utk diri kita...without deria rasa kita still bole hidup tapi hidup kita tawar jerla...tkder masam,tkder manis,tkder pahit n tkder masin...seronok ker mcm tuh???
Senang citer terima kasih pada kau orang semua kerana benar2 menjadi sahabatku. Di masa suka mau pun duka....



kepada suma sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan, serta kawan-kawan syu...




"Elokkan Inspirasi Jagai Amali:
~sesungguhnya kemenangan itu akan terhasil sesudah kesabaran, dan kelapangan pula akan muncul sesudah kesusahan, insyaAllah~"