Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Rezaki Ramadan Kali Ni....

salam ramadan~

assalamualaikum para blogger....macam mana hari-hari sepanjang menyambut ramadan tahun ni??? ada perkara baik berlaku ke ramadan kali ni??? semoga korang semua diberkati dan dianugerahkan segala kebaikan dan kebahagiaan bersama insan tersayang (^_^)

rezeki ramadan kali ni...terima kasih kepada NUFFNANG bermurah hati bagi 7 BUFFERED EARNING pada blog syu sepanjang bulan ramadan ni...AURA KASIH dan AURA LUCKY....terima kasih pada para blogger yang sudi menjengah ke blog syu ni...sedikit sebanyak membantu syu dapat BE dari nuffy (^_^)....disebabkan itu juga, syu ada buat LUCKY DRAW DUIT RAYA di blog AURA LUCKY khas buat para blogger semua....sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, serta beberapa berita baik yang syu terima sepanjang bulan ramadan kali ni (^_^)

ramadan kali ni memang sebulan bersama dengan keluarga berbanding tahun-tahun lepas sebab tengah belajarkan...jadi tahun ni, syu dengan kakak syu dapat sambut ramadan penuh bersama keluarga la....berita baik dalam bulan ramadan ni, kakak syu dapat tawaran untuk menyambung pelajaran di UKM, dalam jurusan Sarjana Ekonomi....manakala syu pula tengah tunggu posmen datang hantar surat tawaran untuk sambung belajar di UKM juga, jurusan Sarjana Psikologi dan Kaunseling....berita gembira bagi mak dengan abah sebab dua-dua anak dia serentak dapat sambung belajar di UKM (^_^)....rezeki bulan ramadan kali ni....ni pun syu puas kol pihak UKM...sebab nama syu tercicir pada awalnya...alhamdulillah...permohonan syu berjaya pegawai ukm tu cakap...just tunggu surat tawaran sampai je....


~syukur alhamdulillah~

tibanya peluang baik, pasti akan ada juga peluang untuk diuji....kalau nak diikutkan, syu ni setiap kali nak masuk pusat pengajian je, mesti diuji dengan sakit....masa syu form 5 nak dekat SPM, syu masuk hospital sebab gastrik....syu ni kurang sikit makan...padahal duduk kat rumah bukan asrama....nurse tu cakap tekanan darah rendah sangat....tapi pelik gak sebab syu tak pengsan...syu memang tak pernah ada pengalaman pengsan....tapi rasa nak pengsan pernah la....sebab tak sarapan, lepas tu ada perhimpunan pagi pulak kat sekolah...huhuhu

masa di Matrikulasi Changlun pula, gastrik + terlebih oksigen sampai badan jadi kebas....kena tahan kat hospital seminggu la juga...time tu pu tengah ada mid term...huhuhu....doktor cakap kurang kalsium....sebab tangan kejang...terlalu tahan sakit sampai kejang habis tangan badan....masa kat hospital, doktor pesan kalau rasa muka, kaki tangan, badan mula rasa kebas....cepat-cepat ambil beg plastik bersih kecik, tekup pada hidung dan mulut....bernafas dalam beg plastik tu....tujuan dia untuk sedut balik karbon dioksida....jadi balance la balik kandungan oksigen dalam badan kita (^_^)....

~sehingga di matrik, mak syu la yang dok tunggu syu kat hospital....
terima kasih mak, jaga cheq~

masa kat UDM, pernah terjadi 2 kali insiden tu...muka mula kebas...nafas dah makin laju...sekali masa tahan sakit masa ambil exam silat untuk naik tali pinggang....sekali lagi masa tengah marah giler-giler kat someone...time sakit ni syu elakkan dari masuk hospital...sebab takmau mak dengan abah risau....kalau diorang tahu, memang terus sampai terengganu dah hari tu...jadi syu sorang-sorang je la...ditemani roomate syu dan my best frenz....thanks ye cik evi....

syu kurang bergaul dengan orang lain...bukan bermakna syu sombong...syu tak tahu macam mana nak mula bertegur sapa dengan orang...syu ni pemalu sikit...hehehe....tapi kalau dah mula rapat, memang syu jadi mulut murai la...syu cuma kenal kawan-kawan yang pernah belajar sekali dengan syu je...syu cuba jaga hati kawan-kawan syu sebaik mungkin....gaduh-gaduh manja tu ada la juga...hehehe....tapi sebolehnya syu elakkan dari ada musuh...masa tu, syu pakwe pun takdak lagi....jadi syu tak pernah diuji perkara berkaitan dengan soal kehidupan sangat....hubungan dengan kawan-kawan pun baik je...THANKS TO ALL MY FRIENDS!!


syu banyak diuji dengan didatangi sakit....sesungguhnya ALLAH menguji kita mengikut tahap kemampuan kita....hanya DIA yang tahu sejauh mana kita dapat bertahan...

Shopping lagi di GIANT

salam ramadan~~

dah masuk ramadan ke 6 dah kita....masing-masing dah ada mood shopping raya ker?? ke masih awal lagi...syu kira ni shopping nampak barang buat kuih raya dengan kek je....mood nak buat ada, tapi ntah sapa la nak makan tu...seronok buat, tapi tak larat nak habiskan plak...

hari ni syu pegi shopping lagi kat GIANT ALOR SETAR....harini pagi-pagi lagi syu dah pegi kedai...sebab kaklong dengan abah nak pegi beli barang....tapi tadi buka surat khabar harian metro....tengok ada jualan murah lagi kat GIANT...apa lagi....gtau kat abah, terus la pegi GIANT.....bukan shopping raya, tapi shopping untuk stok barang kat kedai ler....shopping raya lambat lagi (^_^)

barang shopping tadi....beras 2 kali trip kami 3 orang je yang pegi...syu, kaklong dengan mak...dapat la 12 kampit beras...seorang dihadkan 3 kampit je....minggu lepas borong beras cap rambutan....kali ni beras Jati plak....memang murah laaa....cepat cepat cepat...JUALAN MURAH DI GIANT DARI 6 OGOS HINGGA 7 OGOS....

~BERAS JATI SUPER SPESIAL TEMPATAN~

~SUSU IDEAL, BISKUT GOLDEN CRACKERS~

P/S : minggu lepas jumpa En Jawaher kat GIANT....harini jumpa Puan Nooraida dengan abg syahrizal pula kat GIANT....memang kecik Alor Setar ni...kena tegur lagi.."banyaknya beli beras"...errkkkk

Kelebihan Ramadan

salam ramadan~~

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) :

Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Amalan Bulan Ramadan

salam~~


kedatangan bulan ramadan amatlah dinanti-nantikan oleh kita umat Islam....di bulan inilah kita berlumba-lumba membuat amal jariah...menyucikan hati....sama-samalah kita beramal di bulan ramadan yang mulia ini...bukan setakat menahan lapar dahaga....banyak benda kita kena menahan masa bulan puasa ni (^_^)

marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan kita supaya tidak sia-sia kita menunggu hampir setahun kedatangan bulan ramadan al-mubarak ini...

# Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
# Menempah pakaian untuk Ramadhan.
# Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
# Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
# Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
# Solat berjemaah setiap waktu.
# Solat jemaah di masjid/surau.
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
# Sahur diwaktu akhir.
# Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
# Mandi Janabat sebelum Imsak.
# Kurangkan tidur.
# Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
# Tunaikan Solat Dhuha.
# Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
# Tunaikan solat Rawatib.
# Jaga pacaindera.
# Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
# Hadiri majlis ilmu.
# Buat baik pada ibubapa.
# Isteri hendaklah taat pada suami.
# Banyakkan bersedekah.
# Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
# Berbuka bersama orang tua.
# Jemput tetamu berbuka.
# Kurangkan berat badan.
# Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami isteri.
# Baiki hubungan jiran.
# Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
# Elakkan berbelanja berlebihan.
# Kuatkan kesabaran.
# Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
# Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
# Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
# Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
# Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
# Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
# Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
# Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
# Melazimkan solat waktu.
# Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
# Elakkan banyak berhutang.
# Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
# Tunaikan zakat fitrah.

p/s : jangan lupa solat terawih (~_~)