Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Barang Bawa Balik Raya~~

salam blogger~~

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
buat semua pembaca blog ni

esok nak raya dah. Tapi syu kat kolej lagi tengah update blog. Hehehe. Tengah packing barang nak balik raya haji la ni. Cuti sehari je. Syu balik Alor Setar naik flight pagi esok, hari rabu pagi dah naik bas bertolak balik sini =( .Kejap je cutinya. Memang tak bawa balik baju la. Bawa balik barang orang yang kat rumah je pun dah penuh beg. Huhuhu. Tapi kaklong cakap baju yang syu hantar tu dah siap. So jadi baju raya la. So no need bawa balik baju. Save ruang.

So, Inilah dia barang-barang yang syu bawa balik untuk......

Aktiviti Kemas Rumah

salam blogger~~

apa khabar semua??? syu alhamdulillah sihat...syu dah selamat sampai ke alor setar subuh tadi....semalam naik bas memang keje tido je...selalunya syu ni jenis susah sikit tido dalam bas...mungkin sebab penat siapkan fyp, ssl...tido plak tak menentu....dalam bas memang lena gak tidonya....

semalam 1st time naik bas transnasional dari kuala terengganu ke alor setar....emmm bas dia ok....seat vip....selesa la sikit....masa dalam perjalanan tu, kat kawasan gerik ada la 2, 3 kali saat kecemasan...ye la tengah sedap-sedap tido tetiba bas tu brek mengejut dekat selekoh.....nasib baik la pemandu tu pandai kawal stereng bas tu....kalau tak....wallahualam....hujan pulak semalam...mungkin jalan sama licin.....thanks kepada semua yang mendoakan perjalanan syu dan rainbowcloudy....

sampai je umah sambung tido la kejap...bangun je start sesi kemas rumah....rumah syu kan banjir....proses mencuci rumah dah settle....cuma still berdebu lantai rumah.....barang pun penuh dalam rumah....nak kena susun balik....ruang tengah, dalam bilik, dapur dah berubah kedudukan dah....syu takleh la nak letak gambar, memang semak sangat....hehehe....rumah syu setingkat je...so semua barang penuh la dalam rumah ni....alang-alang kemas ni kira untuk raya haji sekali la ni.....

pas kemas ni nak g buat biskut conflakes plak....adik syu nak buat, kena la ada pembantu....syu la tu....malam karang la kot nak buat....rumah pun tak kemas habis ag ni....entry ringkas je hari ni....nak g sambung mengemas plak (^_^)

Get Ready...Alor Setar...here i come....

salam blogger~~

sihat tak semua hari ni??? hari ni hepi-hepi day...why?? sebab dah settle present SSL pagi tadi....lega da...1 assignment to go....and fyp report....fokus final exam....banyak lagi keje sebenarnya...tapi hepi la sebab nak balik rumah dah...hehehe....beraya kat rumah....ada je sesetengah orang yang tak balik raya...masing-masing fokus untuk final exam kot....


syu ni tengah dalam proses mengemas barang-barang...almaklumla ni sem last syu kat UniSZA ni...update blog jap (^_^)....jadi balik kali ni bawa balik dulu setengah baju...yang mana muat je la.....nanti my parent datang amik syu lepas habis final exam...angkut barang yang 6 sem....banyak tu...hmmm....ni pun simpan sikit-sikit je...muat satu beg je...yela...nak kuar g stesen bas pun tumpang senior punya kereta....takleh bawa beg banyak-banyak..kang tak muat...

citer pasal rumah plak....banjir dah surut hari rabu hari tu kalau tak salah...so sekarang mak, abah, adik, kaklong (baru sampai jumaat lepas) tengah sibuk cuci rumah.....syu balik ni kira kemas-kemas sikit-sikit je kot....emmm...kesimpulannya tak leh bawa balik banyak barang gak dulu...nanti takde tempat nak letak barang....kang semua nya letak kat loteng la jawabnya....

short entry je...kepada sesiapa yang naik bas tu, pesan kat pemandu bas, bawa dengan berhati-hati....biar lambat asal selamat...syu balik dengan RAINBOWCLOUDY.....naik bas transnasional....1st time naik bas ni dari terengganu ke alor setar...selama ni naik bas Tasik Kenyir....tak pernah tau pun ada bas transnasional ke alor setar....adeh....ni testing naik la ni....hehehe...

DOAKAN PERJALANAN SYU DAN RAINBOWCLOUDY YE....
SEMOGA KAMI SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI....

2 Kanak-kanak mati lemas di Tanjung Bendahara - Kaw Perumahan Syu

salam blogger~~

musim tengkujuh dah datang...kat terengganu boleh dikatakan hari-hari hujan....tapi alhamdulillah setakat ni UnisZA tak banjir lagi....tapi tempat-tempat lain seperti Alor Setar, Changlun, Perlis banjir teruk...termasuklah kawasan perumahan syu...

alkisahnya banjir kali ni agak besar...air masuk sampai dalam rumah...tahun lepas tak masuk plak...tengahari tadi, AS kol...dia tanya ada budak lemas kat taman bendahara....dia suh syu kol mak tanya betul ke....syu bagitau dia syu duduk kat taman tanjung bendahara....taman bendahara tu kat kuala selangor...adeh....

petang syu kol mak tanya pasal banjir....pastu mak cakap la ada 2 budak lemas kat kawasan sawah padi dekat loji kawasan perumahan syu....betul la apa yang AS cakap...dia tengok berita...cuma nama tempat je salah sebut...terkejut gak syu bila dengar...adik2 syu semua g kat tempat kejadian tengok keadaan kat sana...

Tanjung Bendahara tu besar la juga sebab merangkumi beberapa kawasan perumahan lain...rumah syu kat taman tanjung bendahara fasa 1....memang banjir....fasa 2 pun banjir takat pinggang rasanya sebab kawasan rendah....menurut kata mak syu, budak tu anak kenalan mak syu juga...duduk kat kawasan perumahan nama Taman Mesra...terletak diantara taman tanjung bendahra fasa1 dan fasa 2....kawasan tu tak banjir sebab tinggi....sebab tu la kot budak2 tu g main kat tepi sawah padi tu....

mak syu cakap, kat situ dah macam laut dah...memang bersambung dengan sungai kedah...kalau budak lemas kat situ...wallahualam...kita tak tahu selagi polis tak jumpa mayat mangsa....takziah buat keluarga mangsa...

Dua lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Alor Setar - Sumber HMetro

ALOR SETAR: Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di kawasan sawah padi di Tanjung Bendahara di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa Nur Irshah Rosli, 9, dan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikatakan sedang bermain-main di kawasan sawah tersebut yang dipenuhi air.

Katanya, ketika kejadian, ada beberapa orang lagi kanak-kanak bermain di kawasan itu.

"Kanak-kanak itu memberitahu selepas dua mangsa itu terjatuh ke dalam tali air, mereka dipercayai tersedut masuk ke dalam lubang yang dalam," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Ghafar berkata, orang ramai gagal menyelamatkan mangsa kerana air terlalu deras dan kawasan tali air tersebut sangat berbahaya.

Sementara itu, bapa Nur Irshah, Rosli Ismail, 45, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu pada mulanya bermain bersama beberapa rakan di halaman rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara dekat sini.

Setengah jam kemudian beliau yang berada di rumah menerima panggilan daripada salah seorang anak lelakinya mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu dan bergegas ke tempat kejadian, 500 meter dari kediamannya.

"Sejak awal lagi saya dah nasihat dia (mangsa) jangan pergi main jauh-jauh sebab takut berlaku perkara yang tidak diingini.

"Tiba-tiba saya dapat panggilan dari abang mangsa yang mengatakan Irshah lemas ketika bermain bersama rakan-rakan di tepi tali air yangmengalir deras," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat dua kanak-kanak itu sedang giat dijalankan oleh polis dan bomba. Hadir sama di tempat kejadian adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Anggota Parlimen Alor Setar, Datuk Chor Chee Heung yang melawat dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, mayat dua beradik yang dikhuatiri lemas di Kampung Telaga Mas di Pokok Sena semalam telah dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 1 tengah hari dan 2 petang tadi.

Mayat Sharifah Syukor, 8, dijumpai kira-kira pukul 1 tengah hari manakala mayat kakaknya, Siti Nadia Syukor, 13, dijumpai sejam kemudian.

"Kedua-dua mayat tersebut dijumpai di tempat mereka jatuh semalam," kata Abdul Ghafar.

Dalam kejadian semalam, dua beradik itu dikatakan membonceng motosikal yang ditunggangi oleh kawan mereka, Intan Malik, 14.

Ketika mereka melalui jalan batas ban tali air di kampung itu, tiba-tiba air beralun kuat menyebabkan Intan yang membawa motosikal tersebut tidak dapat mengawal kenderaan itu menyebabkan mereka terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus.

Sehingga hari ini, jumlah mangsa lemas akibat banjir sudah menjangkau empat orang.-Bernama

p/s: internet low...xleh nk upload gambar T_T


Balik Rumah....

hari ni syu dah ada kat rumah...sampai pukul 5.30am...rasa lenguh pulak ribakan ALAN....nanti nak balik asrama kena beli satu seat untuk ALAN(ehem...banyak duit nampak)....selepas berkemas semalam, naik bas dari UDM ke MPKT pukul 6.00pm...bertolak dalam pukul 6.30pm...ni dah bas terakhir ni...mujur sempat...syu dengan rainbowcloudy balik sekali...masa naik bas UDM, ramai tegur, "kak, bawa balik naik bas ker"..."a'aa..bawa balik naik bas"...hahaha....segan ar....sampai kat MPKT dalam kul 7.10pm terus g simpan beg...syu simpan ALAN sekali kat situ...orang kat situ cakap "ni bagasi juga ke??"...dalam hati syu "perli nampak"..dengan senyuman....adehh...lepas simpan beg (dengan harga RM8...beg yang syu bagitau dalam entri sebelum ni...abis duit aku...dah la takde duit dalam beg duit) syu dengan rainbowcloudy g Masjid Putih, solat kat sana, pastu g McDonald....

perenggan ni dituju kepada encik zul yahya...pesanan dari rainbowcloudy sebab dia tak dapat nak update blog dia selama 2 bulan...

masa dalam bas
cik rainbow: syu, nanti kita online kat McD ea....
syu: ok..haaa...syu tahu kenapa cik rainbow excited sangat nak g online...(dengan senyuman)
cik rainbow: syu tau ea (dengan reaksi terkejut)...(cerita panjang lebar)
............

lepas solat
cik rainbow: syu, nak kena p amik beg laptop kat tempat simpan beg....kita p awai sikit nak cari plug untuk laptop...
syu: dalam hati (wah3...mang cik rainbow ni betul2 tunggu someone nak online ni.....sampai nak g awal cari plug sebab bateri problem)
............

di Mc Donald selepas beli makanan...cik rainbow terus buka laptop...
cik rainbow: syu...zul yahya offline :( (dengan nada kecewa)
syu: bagitau dia dak nak online kat McD??? dia tak tau kot cik rainbow nak online tu yang dia merajuk tu...

cik rainbow pun baca la komen yang zul yahya ni buat dengan tersengih-sengih.....sedikit kecewa sebab encik zul yahya tak online :(

gambar ni khas untuk......

~syu dengan cik rainbow~
p/s: encik zul yahya...cik rainbow suruh tengok-tengokkan blog dia sepanjang 2 bulan ni :)

hari ni syu dengan adik syu, syuhairi je kat rumah...abah dengan mak p keja...adik p kem...kak long tak sampai rumah lagi...ni pun guna broadband Ari...dia guna streamyx kar tumah...so tak payah nak berebut nak online kat rumah dah....lunch kami simple je sebab mak abah tak balik.....nasi goreng + telur dadar + air sunquick....blurp..kenyang alhamdulillah...

~nasi goreng kampung(mentang-mentang balik kampung...tapi kat bandar...sebab tu tak guna ikan bilis...guna sotong....)~


~ni syuhairi..my lil bro...next week dah nak balik asrama dia dah...minggu ni je sempat jumpa~

p/s: balik rumah boleh main game yoville....kat asrama tak boleh nak main :(

Kembali Bersama ALAN.....

salam~~

akhirnya, syu akan kembali ke tempat lahir syu malam ni...syu balik dengan rainbowcloudy dan juga ALAN...selepas hampir 2 bulan tak balik rumah..(2 bulan je pun)...tengah mengemas lagi ni....sempat lagi update blog :)....bas dari UDM ke MPKT kul 5.30ptg....sempat lagi ni....lepas dikemas-kemas barang satu bilik, dari pintu depan sampai pintu belakang, hasilnya..............

~mang terkejut gak...penuh satu bilik barang syu saja...mujur roomate balik awal...mang semak la bilik kejap....ada 1 kotak beg, 3 kotak buku, 3 beg baju, 1 beg Public Mutual(syu agen..sapa nak melabur atau menyimpan boleh contact syu ;), 1 beg laptop, 1 beg plastik hitam penuh bantal + produk Avail, satu baldi dengan pekakas mandian dan 1 beg keropok nak bawa balik rumah).....banyaknyaaaa...sem depan abah kena bawa mai van la ambik barang cheq~

Tapi yang nak bawa balik naik bas dengan syu malam ni yang ni je....1 beg baju yang dalam beg tu adalah poket doraemon...semua sumbat masuk dalam tu....beg public mutual(wajib bawa balik sebab nak masuk kelas kat sana + cari sales....upline dah contact selalu suruh cari sales cepat2 :))...beg laptop galas....beg keropok pegang....



dan akhir sekali tidak ketinggalan ALAN.....siapakah ALAN????

**********
*********
********
*******
******
*****
****
***
**
*

~my precious bebear...ALAN N ME~

malam ni ALAN naik bas dengan syu...agak-agak macam mana syu nak bawa balik...nak letak dalam beg tak muat....emmm...dalam kepala syu sekarang 1 je...kena dukung la bear ni...ahaks ;) (testing dukung anak nanti...boleh tahan berat juga ALAN ni...)...kalau ada seat kosong atas bas, boleh la letak ALAN kat situ...kalau takde jawabnya kongsi tempat duduk la...agak-agak muat tak ;)

p/s: nak sambung kemas balik...patutnya nak g jumpa lecturer pasal final project...entah sempat ke tak...nak g hantar kunci lagi...

~bye bye (^_~)~