Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Salam Blogger~

entri sebelum ni pasal banjir je kan...yela..da sampai musim banjir, cerita pasal banjir jela...ok stop citer pasal banjir...ada benda syu nak kongsi dengan para blogger sekalian....baik lelaki mahupun perempuan....sebagai panduan syu juga...bab jodoh...hehehe...lately ni citer pasa lelaki dan perempuan la pulak...takpe..ini sebagai pengalaman juga kan....

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~sekadar bahan untuk dikongsi bersama

*kredit kepada IRARA DIRA

Banjir lagi....

salam blogger~~

sihat-sihat semua?? syu kurang sikit la...lagi cerita banjir di Alor Setar....di Taman Tanjung Bendahara...

5 november 2010...air dalam rumah paras lutut...dengar je rumah syu makin teruk masuk air...mak, abah, ari, adik tengok je la air masuk..nak tahan memang tak boleh...kat sana tak hujan pun...tapi air tetap naik...dengar kata sesetengah kawasan bekalan air dan elektrik dah dipotong...kat rumah syu memang dah takde air...lektrik still ada rasa....rumah jiran yang tak masuk air pun dah mula masuk air...memang teruk la...habis barang dalam rumah tenggelam...sekarang ni air dah paras lutut...piano, kerusi, rak buku mang dah tenggelam dah bahagian bawah...takleh nak buat apa-apa dah...nak pindah barang pun memang dah takde tempat...rumah syu ni rumah teres je...takde tingkat atas...memang tengok je la barang-barang berendam...adeh....tak nampak macam nak surut pun air....

gambar banjir diambil pada 4 november 2010...air paras betis...

4 nov 2010 - hadapan rumah...jalan tar dengan sungai dah selari dah...

4 nov 2010 - proses timba air keluar dari rumah..mujur ada adik laki syu kat rumah...

4 nov 2010 - tengok tu...siap boleh memancing ag..memang sengal la adik syu ni...adeh..

2 Kanak-kanak mati lemas di Tanjung Bendahara - Kaw Perumahan Syu

salam blogger~~

musim tengkujuh dah datang...kat terengganu boleh dikatakan hari-hari hujan....tapi alhamdulillah setakat ni UnisZA tak banjir lagi....tapi tempat-tempat lain seperti Alor Setar, Changlun, Perlis banjir teruk...termasuklah kawasan perumahan syu...

alkisahnya banjir kali ni agak besar...air masuk sampai dalam rumah...tahun lepas tak masuk plak...tengahari tadi, AS kol...dia tanya ada budak lemas kat taman bendahara....dia suh syu kol mak tanya betul ke....syu bagitau dia syu duduk kat taman tanjung bendahara....taman bendahara tu kat kuala selangor...adeh....

petang syu kol mak tanya pasal banjir....pastu mak cakap la ada 2 budak lemas kat kawasan sawah padi dekat loji kawasan perumahan syu....betul la apa yang AS cakap...dia tengok berita...cuma nama tempat je salah sebut...terkejut gak syu bila dengar...adik2 syu semua g kat tempat kejadian tengok keadaan kat sana...

Tanjung Bendahara tu besar la juga sebab merangkumi beberapa kawasan perumahan lain...rumah syu kat taman tanjung bendahara fasa 1....memang banjir....fasa 2 pun banjir takat pinggang rasanya sebab kawasan rendah....menurut kata mak syu, budak tu anak kenalan mak syu juga...duduk kat kawasan perumahan nama Taman Mesra...terletak diantara taman tanjung bendahra fasa1 dan fasa 2....kawasan tu tak banjir sebab tinggi....sebab tu la kot budak2 tu g main kat tepi sawah padi tu....

mak syu cakap, kat situ dah macam laut dah...memang bersambung dengan sungai kedah...kalau budak lemas kat situ...wallahualam...kita tak tahu selagi polis tak jumpa mayat mangsa....takziah buat keluarga mangsa...

Dua lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Alor Setar - Sumber HMetro

ALOR SETAR: Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di kawasan sawah padi di Tanjung Bendahara di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa Nur Irshah Rosli, 9, dan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikatakan sedang bermain-main di kawasan sawah tersebut yang dipenuhi air.

Katanya, ketika kejadian, ada beberapa orang lagi kanak-kanak bermain di kawasan itu.

"Kanak-kanak itu memberitahu selepas dua mangsa itu terjatuh ke dalam tali air, mereka dipercayai tersedut masuk ke dalam lubang yang dalam," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Ghafar berkata, orang ramai gagal menyelamatkan mangsa kerana air terlalu deras dan kawasan tali air tersebut sangat berbahaya.

Sementara itu, bapa Nur Irshah, Rosli Ismail, 45, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu pada mulanya bermain bersama beberapa rakan di halaman rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara dekat sini.

Setengah jam kemudian beliau yang berada di rumah menerima panggilan daripada salah seorang anak lelakinya mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu dan bergegas ke tempat kejadian, 500 meter dari kediamannya.

"Sejak awal lagi saya dah nasihat dia (mangsa) jangan pergi main jauh-jauh sebab takut berlaku perkara yang tidak diingini.

"Tiba-tiba saya dapat panggilan dari abang mangsa yang mengatakan Irshah lemas ketika bermain bersama rakan-rakan di tepi tali air yangmengalir deras," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat dua kanak-kanak itu sedang giat dijalankan oleh polis dan bomba. Hadir sama di tempat kejadian adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Anggota Parlimen Alor Setar, Datuk Chor Chee Heung yang melawat dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, mayat dua beradik yang dikhuatiri lemas di Kampung Telaga Mas di Pokok Sena semalam telah dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 1 tengah hari dan 2 petang tadi.

Mayat Sharifah Syukor, 8, dijumpai kira-kira pukul 1 tengah hari manakala mayat kakaknya, Siti Nadia Syukor, 13, dijumpai sejam kemudian.

"Kedua-dua mayat tersebut dijumpai di tempat mereka jatuh semalam," kata Abdul Ghafar.

Dalam kejadian semalam, dua beradik itu dikatakan membonceng motosikal yang ditunggangi oleh kawan mereka, Intan Malik, 14.

Ketika mereka melalui jalan batas ban tali air di kampung itu, tiba-tiba air beralun kuat menyebabkan Intan yang membawa motosikal tersebut tidak dapat mengawal kenderaan itu menyebabkan mereka terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus.

Sehingga hari ini, jumlah mangsa lemas akibat banjir sudah menjangkau empat orang.-Bernama

p/s: internet low...xleh nk upload gambar T_T