10 Tips Sahabat Selamanya

Assalamualaikum...Syu ingin berkongsi 1 artikel yang menarik minat syu...So syu nak berkongsi tips sahabat selamanya...

Frenz for ever..

1) Memahami


Kunci utama sebuah persahabatan. Setiap rakan kita mempunyai gaya dan gelagat yang tersendiri. Contohnya panas baran, mudah merajuk, suka 'cakap lepas', dan sebagainya. Justeru, amat penting buat kita untuk faham dengan lagak gaya rakan, agar kita sendiri tidak mudah 'sentap' dengan tingkah lakunya itu. Lebih mudah untuk menjalinkan hubungan persahabatan jika kita saling faham-memahami di antara satu sama lain kan.


2) Give and Take


Hubungan persahabatan bukan hanya sekadar meluahkan perasaan, kesedihan kepada teman-teman semata-mata. Tetapi lebih dari itu. Perjalanan persahabatan sudah tentu juga tidak berlangsung dalam satu tempoh tertentu sahaja. Jadi amat penting buat kita untuk saling 'memberi dan menerima'. Misalnya saling bantu-membantu jika ada di antara rakan kita yang memerlukan pertolongan, membantunya menangani konflik cinta, pelajaran dan sebagainya. Kerjasama di antara kita dan rakan tentunya akan mewujudkan satu hubungan yang lebih bermakna.


3) Saling berkorban


Bukan hanya cinta, malah persahabatan juga punyai 'sesuatu' utuk dikorbankan. Bersahabat bukan hanya untuk suka-suka, sebaliknya sahabat yang baik boleh menjadi keluarga kedua buat diri kita. Sudah tentu dengan segala pengorbanan yang dicurahkan, kita bakal memperoleh kepercayaan dari sahabat.


4) Jujur


Tiada siapa yang mahukan hubungan persahabatan ataupun cinta itu dipermainkan dengan sesuka hati. Keikhlasan dalam berkawan adalah sesuatu yang penting dalam menjamin sesebuah hubungan itu bertahan lama. Oleh itu, kita perlu jujur dalam memberi pandangan, berkongsi masalah, dan sebagainya.


5) Ambil Berat


Bukan hanya berkongsi kegembiraan, tetapi sahabat yang baik ialah sahabat yang boleh bersama rakan, tidak kira apa yang berlaku. Kita selalu mendengar ungkapan 'kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis boleh di bilang dengan jari'. Jadi, kita perlulah mengambil berat apa yang berlaku terhadap rakan baik kita. Jika si dia sedang bersedih, cuba pamerkan keprihatinan kamu dengan bertanya apa puncanya bersedih hati, siapa yang memulakan dan sebagainya. Dengan cara itu, rakan kita akan rasa lebih 'selamat' dan diberi perhatian bila bersama dengan kita.


6) Kongsi Hobi


Berkongsi hobi dengan rakan terdekat akan menambahkan lagi kemesraan kita yang sedia terjalin. Bukan hanya berbicara perihal muzik, gosip hangat, sukan atau bercakap tentang lelaki/gadis idaman saja, tetapi mengisi masa dengan melakukan apa yang diminati bersama. Contohnya beriadah, menonton wayang, memancing bersama-sama, mendaki gunung dan banyak lagi.


7) Tiada Hipokrasi


Hipokrasi merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam berhubungan, tidak kira sama ada dalam percintaan mahupun persahabatan, kita tidak boleh bersikap talam dua muka atau ada perasaan hasad dengki terhadap rakan kerana itu hanya akan memusnahkan ikatan persahabatan yang sedia terjalin erat. Cuba untuk jadi diri sendiri dalam persahabatan kerana itu lebih baik daripada bersikap bermuka-muka yang hanya akan merugikan diri di kemudian hari.


8) Bersikap Positif


Hubungan yang diikat memerlukan persefahaman dan saling berkongsi si antara satu sama lain. Sikap kita yang positif, boleh menrima pandangan rakan, boleh ditegur, pastinya memberi kesan yang baik dalam hubungan persahabatan itu. Meskipun ada di antara kita dan rakan berbeza pendapat terhadap sesuatu perkara, namun kerana sikap kita itu, ia menampakkan kita serius dalam hubungan persahabatan yang dijalin.


9) Matang


Dalam bersahabat, sudah tentu ada ketikanya kita dan rakan baik kita akan bercanggah pendapat atau bertikam lidah mengenai sesuatu perkara. Oleh itu, selesaikan sahaja konflik itu, ada di antara kira yang bermasam muka, tidak bertegur sapa yang seterusnya membawa kepada wujudnya jurang di antara kamu. Padahal sebelum ini hubungan kita dan rakan begitu akrab. Dalam hal ini, kita sepatutnya bertindak bijak dengan matang dalam perhubungan dan tanamkan dalam diri bahawa sesuatu hubungan, pasti ada pasang surutnya. Yang nyata, tidak salah andai kita yang berdiplomasi agar hubungan itu terus bertahan.


10) Kasih Sayang


Sepanjang bersahabat, apa kata kita terapkan hubungan itu dengan nilai kasih sayang yang ikhlas. Menerusi cara itu, hubungan kita bukan sahajaberkekalan, tetapi juga bertambah erat kerana wujudnya kesetiaan. Meskipun wujud batas di antara sahabat dengan yang tersayang, namun itu bukan alasan untuk kita memberi perhatian yang serupa terhadap sahabat. Keserasian yang ada di antara kita juga nyata memberi 'warna' yang tersendiri dalam hubungan persahabatan itu.

3 comments: