1. KEBAHAGIAAN
Tiada kebahagian tanpa pengorbanan. Untuk mendapatkan kebahagiaan, kita perlu melakukan pengorbanan. Bagi seorang isteri dan ibu, mereka tidak gentar melalui kesusahan atau bersusah payah demi untuk kebahagiaan rumah tangga. Walau tidak dibayar dengan wang ringgit dan harta benda, pengorbanan itu akan berbayar dengan kejayaan anak-anak dan kebahagian rumah tangga yang berkekalan hingga ke akhir hayat.
2. KESEMPURNAAN
Kesempurnaan hidup menjadi idaman setiap insan. Namun, kesempurnaan yang didambakan turut menuntut pengorbanan. Meski ada yang mempersoalkan konteks kesempurnaan kerana tiada manusia yang benar-benar sempurna di dunia tetapi dengan sedikit pengorbanan yang dilakukan pastinya kesempurnaan dalam hidup akan dinikmati walaupun hidup tidak dilimpah kemewahan.
3. KEREDHAAN
Keredhaan Tuhan bukan mudah untuk dikecap. Hanya insan yang dirahmati Tuhan akan mendapat keredhaan. Bagi memperoleh keredhaan itu kita perlu mengorbankan masa, wang dan tenaga untuk menuntut ilmu serta memperbaiki diri agar lebih diberkati. Keredhaan dan keberkatan ini akan membuatkan manusia hidup dalam keadaan tenang dan damai.
dipetik dr artikel MAJALAH HARMONI....
No comments:
Post a Comment