AL-FATIHAH kepada Arwah Achik Spin


Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi. - Foto BERNAMA


17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan


Takziah buat keluarga arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat..AL-FATIHAH

2 comments:

  1. innalilahiwainailairajiun...
    al fatihah..

    .
    .
    .

    terkejut sgt2..tapi dh smp ajal buat cmne pun xleh lari gak..
    thnX jugak syu share benda ni, kalu tak , tak tahu..

    semalam fino mimpi din beramboi syu.. terkejut pagi tadi.. huhu

    ReplyDelete
  2. syu pun tahu dah lewat..tgh stdy kak ira bgtau..terkejut gak...muda lagi..ingatkan sakit...rupa2nya kemalangan...dah sampai ajal...
    fino ni teringat sampai terbawa2 dalam mimpi...

    ReplyDelete