Alkisah Malam Perayaan

salam blogger~~
31 Ogos 2010....belum terlambat untuk syu ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53....sama-samalah kita menjadi rakyat 1 Malaysia yang menjana tranformasi....

syu sekarang dah ada kat rumah...bertolak dari UniSZA 30 ogos malam....disebabkan bas yang datang lewat semalam, kami penumpang bas Tasik Kenyir sempat menyaksikan tembakan bunga api pada pukul 12 tengah malam di Dataran Setiu....kalau nak diikutkan jadual perjalanan sebenar, kami dah sampai kat Jeli dah....lewat 2 jam....

biasala kan tiba je musim perayaan, pasti akan ada abang-abang polis aka pakcik-pakcik polis yang bekerja lebih masa buat road block....sepanjang jalan dari terengganu ke gerik, ada 6 road block...3 di terengganu, 3 di kelantan....masa road block ke3 di terengganu, bas kena tahan...abang-abang aka pakcik-pakcik polis cek IC (kad pengenalan) semua penumpang termasuk 2 pemandu....nasib baik semua ok....kalau tak....hishhhh...mungkin sebab ramai penunggang motosikal yang buat jalan macam dia yang punya...dengan tak pakai helmet, bawa tengah-tengah jalan....anak melayu juga semua.....

laluan Gerik ni agak berbahaya...masih ada pemandu yang masih lagi tak bertanggungjawab....main potong je bas dan lori dihadapan walaupun dari arah bertentangan bas yang syu naik dah semakin hampir dengan kereta dia...sempat lagi memotong....hishhhh...
tak sayang nyawa betul....syu sebab duduk seat belakang driver, tu yang nampak semua tu....

apapun sempena musim perayaan ni berhati-hatilah di jalan raya

p/s : 1st time tengok gajah masa dalam bas lalu kawasan gerik...

2 comments: