Lelaki Ucap Maaf Dapat Buat Jantung Wanita Sihat

salam blogger~

dah lama benar syu tinggal blog ni...takde mood nak update, takde story baru nak citer....semuanya gara-gara final year project yang masih lagi tak tahu hujung pangkal....adeh....dahla...kita stop pasal fyp....

syu baru on fb tadi...terbaca la satu artikel dari page TOKWAN.....syu pun klik la....rupa-rupanya tokwan ni memang glamour dekat fb....ramai orang follow page dia sampaikan kena wat page yang kedua (tokwan2) sebab dah sampai limit 5000 friends....Tokwan ni dia banyak bagi info yang berguna...artikel dia banyak yang bagi keinsafan, pengajaran, maklumat yang syu sendiri tak tahu...kalu korang syu tak tahu la kan....syu tertarik dengan satu artikel tokwan ni....tokwan cakap boleh share..."wat macam rumah sendiri" ....syu pun nak la kongsi dengan para bloggers yang lain...

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG WANITA SIHAT

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Sila share dengan sesiapa yang kalian suka...

Salam Ukhuwah..~

kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke website tokwan atau page tokwan


No comments:

Post a Comment