Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Lagu Pilihan : A Thousand Years by Christina Perri

Salam blogger~~

Selamat datang ke Segmen Lagu Pilihan minggu ini by - me ^_^

Kenapa lagu ini menjadi pilihan? Emm.. Minggu ni perasaan Syu sedikit terusik. Entah sampai bila kita dapat hidup di muka bumi ni. Kita sendiri tak tau. Hidup ini cukup indah Allah jadikan. Penuh dengan perasaan manis, pahit, masin, masam. Bila semua perasaan ini bercampur barulah dinamakan hidup. Betul tak? Perasaan paling indah Allah kurniakan bagi Syu adalah "Sayang", "Cinta", "Kasih" pada insan yang sentiasa ada untuk kita.  Lagu ini membuatkan Syu sedar bahawa ada insan yang ada untuk menyayangi kita di saat kita jatuh bangun. Mungkin lirik lagu ini ditujukan kepada kekasih hati. Tapi dalam pada masa yang sama bagi Syu, ia mampu untuk menyampaikan maksud kepada insan tersayang - keluarga, suami, isteri, kekasih, sahabat, teman. Hayatilah...


"A Thousand Years"

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall?
But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow.

One step closer

[Chorus:]
I have died every day waiting for you
Darling, don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]
I have died every day waiting for you
Darling, don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

[Chorus:]
I have died every day waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

Halfest 2013

salam blogger~~

Halal Fiesta Malaysia, HALFEST 2013, pastinya semua tahu tentang fiesta halal ni kan. Setiap tahun memang syu tak ketinggalan nak pergi usha apa yang ada kat halafes. Tahun-tahun sebelum ni HALFEST buat di PWTC. Sambutan sangat menggalakkan. Ada banyak produk makanan halal yang terkenal di Malaysia ada kat ekspo tu.

I'll Be There For You

Salam Blogger~~ 

Lagu yang memberi seribu makna.. Khas untuk my frenz, my love, my everything (^_^)

Hari Pertama Tahun Baru

salam blogger~~

Hari ini 1st Januari 2013. Hari pertama tahun baru. Kepada sesiapa yang menyambut hari lahir pada hari ini, 01-01-2013, SELAMAT HARI LAHIR dari SYUZANALAND. Bestkan orang yang lahir awal tahun ni. Sambut hari lahir, bermulanya hidup baru semasa bermulanya tahun baru (^_^).

Dah masuk tahun baru, azam baru, target baru, kehidupan baru, diharapkan korang semua dapat mencapai apa yang korang inginkan tahun ni. 1st target syu untuk tahun baru ni nak tau tak apa?? 

*wink* *wink*


Fokus study SMART untuk final exam bermula 3 Januari 2013. Hari ni baru nak mula study sikit. Tapi mood still takde. Ni dah lepas update blog ni hopefully datang la mood study tu. Nak study dalam keadaan relax, siap boleh senyum lagi macam gambar hiasan di atas =)

Hopefully tak jadi la macam gambar di bawah ni. Stress masa study. NO NO NO!! Wajib dielakkan. Main dulu puas-puas, happy-happy dulu. Baru datang keseronokan untuk study.  Senang nak ingat, faham masa study lepas puas bermain. Ke macam mana??



Kepada semua yang bakal atau sedang menghadapi peperiksaan akhir. 

ALL THE BEST to all of you.

Sama-sama kita tempuh peperiksaan dengan jayanya (^_^)




Sometimes......

salam blogger~~


Header Baru - Syuzanaland

salam blogger~~

pada sesiapa yang pernah berkunjung ke blog syu sebelum ni, mesti perasan kan Header Aura Kasih dan bertukar kepada Header Syuzanaland. Hehehe. Suka suki je tukar header dengan nama sekali dah tukar. Syu ni tak la kreatif sangat. Boleh la setakat nak create header lepas tambah tolak darab bahagi. Maka terhasilah Header Syuzanaland


Meh nak cerita sikit maksud disebalik Header Syuzanaland ni. Konon-kononnya nak nama macam Wonderland. Tu yang jadi Syuzanaland tu. Hahaha. Macam budak-budak kan! Turut membawa maksud, blog ni Syuzana yang punya sama dengan ayat Always Be Mine, jadi intipati dalam blog ni terpulang pada syu la nak tulis apa pun. Yang mana boleh kongsi, sangat dialu-alukan untuk berkongsi. Yang mana takleh nak kongsi tu baca je la ea =)

Disebabkan background template asalnya warna pink aka merah jambu, jadi syu pun ikut je la tema dia. Memang syu suka warna pink pun. Pink kan lembut, sweet, ayu gitu. Hehehehe. Sama juga dengan warna purple aka ungu. Warna maroon tu pun syu suka. Jadi syu gabungkan warna yang suka je la kan. Dah nama pun header untuk blog syu kan =). 

Kalau tengok header tu ada Winnie the Pooh dengan Sakura (Cardcaptor Sakura). Memang kartun kegemaran syu. Menggabungkan kartun Disney dan Anime seperti syu dengan AS. Dunia syu kan =) Syu memang suka Sakura, bunga sakura pun suka. Hopefully berkesempatan untuk tengok bunga sakura kat Jepun. Boleh tak AS -_- ? 

Syu ni tak kreatif sangat. Rasa macam tak puas hati lagi dengan header ni. Macam ada yang kurang, tapi tak tahu kat mana yang kurang. Ke nampak serabut sangat ea??? Kalau korang nak bagi komen silakan. Sebelum tu nak ditegaskan ea, header ni memang so CHILDISH! Jadi jangan la bagi komen kata header ni childish ea. Bagi komen lain. Hehehe. Banyak pula permintaan. SHARING IS CARING!!

Entry Pendek

salam ramadan~~

pukul 12.45 tgh malam...syu baru je sampai rumah...dah 2 hari berlalu...kejap je rasa puasa dah 2 hari dah...hari ni dah back to normal...puasa tetap puasa....cuma rutin harian yang tak berubah....pagi buat keje rumah, tengah hari / petang pegi kedai sampai malam....lately ni selalu balik lewat...pukul 12.30 tgh malam atau pukul 1 pagi baru sampai rumah...penat tambah dengan letih lenguh semua ada...balik tengah malam mandi pulak...kang tak mandi memang tak selesa nak tido...mandi malam tak elok diamalkan selalu....takut paru-paru berair...tapi nak buat macam mana....nak tak nak kena bersihkan diri dulu sebelum masuk tido...huhuhu....

sejak habis praktikal ni, memang jadi suri rumah separuh masa la...jadi masa tak banyak terluang nak bergayut atau bermesej dengan AS....teringat zaman belajar dulu...paling kurang pun sempat gak bergayut sejam ke (lama gak ni pun)...tapi sekarang memang tak sempat dahh...pagi buat keje rumah, mang syu susah nak pegang hp...pastu pegi kedai plak...pun sama gak...pelanggan kejap-kejap datang...tak boleh pegang hp lama-lama...tengah malam baru balik...balik rumah dah letih...bila masanya nak bergayut T_T...


so sorry pada AS dan member-member syu yang lain, yang mana syu tak reply atau lambat reply mesej...korang faham-faham je la ea...penat-penat pun, blog ni kena buka juga...sebab tu la malam baru boleh menaip ni...sambil berjalan-jalan makan angin kat blog korang semua (^_^)...hehehe....

1st day Ramadan

salam ramadan blogger~~

dah lepas sehari kita berpuasa...kejap je rasa masa...masa makin cepat sekarang kalau kita perasan la kan...sebab tu 24jam sehari tu tak cukup bagi sesetengah orang (^_^)

syu nak citer sikit pengalaman pertama puasa selepas kedai dibuka...hari ni, dalam surat khabar ada jualan murah di GIANT....kalau sapa yang perasan, harga Beras cap Rambutan yang ditawarkan kat GIANT harini RM21.49 (lebih kurang la)....kalau beli harga runcit RM26.00....bayangkanlah betapa jauhnya beza hargakan....so apa lagi...1ST DAY PUASA...JOM KITA SERBU GIANTTT!!!
~beras ni la kami p borong~

tepat pukul 1 petang kami (syu, kakak syu, mak syu dan adik syu) bertolak ke GIANT ALOR SETAR...untuk memborong BERAS CAP RAMBUTANNNN....sorang 3 beg boleh angkut bawa balik...kita ni peniaga kan, kena la pandai rebut peluang keemasan...kat mana ada jual barang murah, kat situ la kita p serbu...hehehe...ingatkan nak p amik 2 round...alih-alih beras tu dah habis...tinggal beras cap lain je yang banyak....dalam tempoh 3 jam je habis beras tu orang beli....alhamdulillah...ada juga la rezeki kami...4 orang...korang kira la sendiri berapa banyak yang kitorang dapat (^_^)...tapi masa dalam GIANT tu memang kami berempat buat-buat tak kenal la...hahaha...

~ni la GIANT ALOR SETAR~

seingat syu la, syu tak pernah la lagi p shopping complex masa 1st day puasa....tadi masa syu p GIANT memang ramai giler orang...mungkin kebetulan GIANT buat promosi jualan murah sama kan....terjumpa la 3,4 orang yang kenal...salah sorangnya bos kat tempat praktikal (JPN)...mulanya syu tak perasan pun, En Jawaher(bos) yang tegur...dia kata "amboi, banyaknya beras...3 bulan pun tak habis makan ni"...hahahaha...

lepas dah habis memborong, p la tengok tudung plak...terserempak plak dengan member sekolah rendah....nama dia khairunnisa sobri...lama giler kot tak jumpa...syu tak perasan dia juga...dia tegur baru syu perasan....mang tak berubah pun muka...still macam dulu juga (^_^)

syu ni memang susah nak perasan orang....kalu korang kat luar terserempak dengan syu, jangan segan-segan tegur....kalau syu tak tegur tu, memang sah syu tak perasan....jangan kata syu sombong plak ea (^_^)

Jangan Berlagak Hebat Atas Jalan Raya!!!

salam blogger~~

pagi ni cuaca agak mendung....syu keluar rumah pun agak lewat dari selalunya...macam biasa la syu yang drive nak pegi kerja...mak duduk kat sebelah....pagi kelmarin memang hujan, jadi memang jalan jam la...tapi pagi ni kurang sikit...ingatkan sempatla sampai tempat keje sebelum kul 8.00am....tapi memang tak sempat juga....merah dah kad =( .....

yang syu nak cerita kat sini, khas buat pemandu kereta yang perasan dia hebat sangat sampaikan tak bertimbang rasa pada pengguna jalan raya yang lain!!! syu nak p keje kena ikut laluan yang bertembung dengan kereta api....jalan pertama dekat depan Kolej Sultan Abdul Hamid memang sempat lepas....laluan kedua dekat Jalan Teluk Wanjah pun tersangkut....masa syu nak keluar simpang dari Lorong Merpati, syu amik line jalan paling kiri sebab baru keluar simpang kan....dah tu stop la belakang kereta proton iswara ni....sebelah kereta syu, kereta MyVi yang nak masuk line yang sama dengan syu....time tu dah pukul 7.50am dah....memang semua yang nak p keje tengah rushing la masa tu kan....lepas je palang kereta api tu diangkat, bergerak la semua kereta ni macam semut.....syu bagi laluan kereta sebelah syu tu masuk dulu....ok fine...



then syu pun tekan la pedal minyak nak ikut kereta MyVi tu....tetiba datang kereta Toyota Vios dari sebelah kanan menyelit betul-betul depan kereta syu....brek mengejut la!!! memang betul rapat la...kalu syu gerak sikit je memang dah berlanggar dah....sabar je la....rasa macam nak tekan hon je....apa??? kau ingat kau tu bagus sangat ke bawa keta menyelit-nyelit macam tu??? pastu syu pun tekan la pedal minyak lagi....tau-tau kereta MyVi pula menyelit!!!! ni la sorang pemandu perasan bagus sangat bawa keta menyelit!!!! tau la pun dah lambat, tapi pikir ar juga kat orang lain....mentang-mentang keta syu tu kecik siap ada pelekat 'P' kat belakang keta syu tu ingat orang yang bawa tu tak de perasaan, tak de nyawa ke??? kalu ikutkan hati nak hon tak berhenti je kat dua2 kereta yang perasan bagus sangat bawa keta tu!!!


kepada kereta Toyota Vios no plat KAM 57 dan kereta My Vi putih no plat KCD 1906....sila beringat sikit semasa memandu....jangan ingat korang boleh hidup dengan bawa kereta dengan tidak bertimbang rasa kepada pengguna lain.....silap haribulan sikap bawa kereta yang macam tu boleh mengundang padah pada orang lain....

Tentang Perasaanku - Biarkan Jatuh Cinta

salam blogger...

syu nak luahkan perasaan pada AS....thanks for everything....

~Tentang Perasaanku by Irwansyah~


Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah ada sesalku untuk menunggumu

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati



~Biarkan Aku Jatuh Cinta by ST12~


Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa inigetarkan jiwamu
Jantung ini Detakkan Jantungmu

Dan biarkan aku padamu
Takkan menyesal hidup
Didalam hidupku
Rasa ini terus padamu
Takkan kubiarkan sampai
Aku mati

reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada panadangan
Saat kita jumpa
Biarkan Aku kan mencoba
Tak peduli kau berkata
Tuk mau atau Tidak

berhenti mengejut dari tempat LI

salam 1 MALAYSIA....

BERITA MENGEJUT!!! hari ini 20.01.2011 berakhirlah latihan industri (LI) syu di MesraWeb setelah lebih kurang 4 minggu bekerja disini....kenapa kejap sangat???? mesti korang hairan kan...sepatutnya 26 minggu...ni baru 4 minggu dah berhenti plak....haaa..ni la namanya berhenti mengejut...kalau sesiapa yang tengah buat LI atau yang dah lepas buat LI, mesti tahu kalau terpaksa berhenti mengejut atau tukar tempat LI, mesti sebab ada kes kan....satu-satunya kes yang membolehkan kita menukar tempat LI, apabila berlakunya gangguan seksual ataupun sexual harassment.....


sama la kes yang berlaku kat tempat LI syu...tujuan syu buat entri ni bukan untuk buka aib siapa-siapa pun...sekadar peringatan kepada kaum hawa yang bakal menjalani LI je terutamanya di sekitar alor setar....perkara ni jadi isu disebabkan 3 orang dah kena benda yang sama, jadi kami budak praktikal ni dah tak boleh duduk diam....terus ambil tindakan dengan melaporkan pada pihak polis....sorang budak LI ni kena 2 hari lepas dia masuk.....lepas tu terus berhenti....kami tak tahu rupa-rupanya dia dah pun buat laporan polis atas cubaan gangguan seksual....so pagi tadi memang tak boleh nak tahan sangat dah dengan kerenah bos kami tu, seramai 6 orang budak praktikal kat situ terus pegi jumpa pensyarah diorang, bagitahu pasal hal ni...pensyarah dapat tahu je terus bawa diorang buat laporan polis....polis tak boleh ambil tindakan sebab ini hanya gangguan je...bukan berlaku secara terang-terangan...kiranya hari ni memang last la kami semua kat company tu.....

sebelum ni memang company tu ambil budak LI juga...mungkin batch sebelum pernah kena tapi diamkan hal ni...wallahualam...tapi memang silap besar la bos kali ni sebab batch kali ni jenis outspoken....bukan jenis mudah ditindas....kami semua ke sana dengan niat nak bekerja...tapi kalau kami dilayan sebegitu rupa, tak salah kalau kami ambil tindakan demi keselamatan diri kami sendiri kan.....sampai ke saat ni bos tak tahu yang kami berhenti beramai-ramai....tunggu faks daripada pensyarah terus kepada dia....silap dia kerana tidak hormati kami sebagai pekerja dia walaupun kami ni hanya budak praktikal je....

sebenarnya perangai bos MW tu, orang luar pun dah tahu (bos dari company lain yang bagitau ni)...cuma kami je yang tak tahu...sekali lagi syu tegaskan, entri ini bukan untuk aibkan sesiapa...tapi sekadar peringatan kepada kaum hawa....kalau nak buat praktikal juga kat situ, memang kena kuat dan tahan godaan la...kalau agak-agak nak bekerja dengan selesa lebih baik fikir-fikirkanlah....

so sekarang proses mencari tempat LI baru....pensyarah bagi masa seminggu nak cari...hope dapat la cepat tempat LI tu...kalau tak dapat area alor setar ni, nak try area selangor dan kuala lumpur plak...emmm....perkara yang tak dijangka...bila dah terjadi benda macam ni susah la...kepada sesiapa yang nak buat LI tu, pilihlah company yang betul-betul mempunya etika kerja ye....cek dulu dari pekerja sebelum ni samada pernah ada kes ataupun tidak...

Get Ready...Alor Setar...here i come....

salam blogger~~

sihat tak semua hari ni??? hari ni hepi-hepi day...why?? sebab dah settle present SSL pagi tadi....lega da...1 assignment to go....and fyp report....fokus final exam....banyak lagi keje sebenarnya...tapi hepi la sebab nak balik rumah dah...hehehe....beraya kat rumah....ada je sesetengah orang yang tak balik raya...masing-masing fokus untuk final exam kot....


syu ni tengah dalam proses mengemas barang-barang...almaklumla ni sem last syu kat UniSZA ni...update blog jap (^_^)....jadi balik kali ni bawa balik dulu setengah baju...yang mana muat je la.....nanti my parent datang amik syu lepas habis final exam...angkut barang yang 6 sem....banyak tu...hmmm....ni pun simpan sikit-sikit je...muat satu beg je...yela...nak kuar g stesen bas pun tumpang senior punya kereta....takleh bawa beg banyak-banyak..kang tak muat...

citer pasal rumah plak....banjir dah surut hari rabu hari tu kalau tak salah...so sekarang mak, abah, adik, kaklong (baru sampai jumaat lepas) tengah sibuk cuci rumah.....syu balik ni kira kemas-kemas sikit-sikit je kot....emmm...kesimpulannya tak leh bawa balik banyak barang gak dulu...nanti takde tempat nak letak barang....kang semua nya letak kat loteng la jawabnya....

short entry je...kepada sesiapa yang naik bas tu, pesan kat pemandu bas, bawa dengan berhati-hati....biar lambat asal selamat...syu balik dengan RAINBOWCLOUDY.....naik bas transnasional....1st time naik bas ni dari terengganu ke alor setar...selama ni naik bas Tasik Kenyir....tak pernah tau pun ada bas transnasional ke alor setar....adeh....ni testing naik la ni....hehehe...

DOAKAN PERJALANAN SYU DAN RAINBOWCLOUDY YE....
SEMOGA KAMI SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI....

Finally...End of Final Year Project....

salam blogger~~

apa khabar blogger semua? syu macam ni la juga...sakit kepala sikit...dah semakin menghampiri final exam kan...macam-macam la tekanan yang datang....alkisahnya hari ni, tanggal 10 November 2010, berakhirlah perbentangan projek akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) bagi syu dan sahabat lain yang buat perbentangan hari ni...yaaahhhhoooo!!!!!

Tajuk Projek Akhir syu "Load Balancing Model Using Modified Weighted Round Robin Algorithm"....macam gah je bunyi tajukkan....tapi sebenarnya takde pape pun...sebab fyp tak jadi....jadi tadi syu present je apa yang jadi....hanya algorithm je yang tinggal...pastu implement at simulation environment....ini je yang syu termampu buat...sadis T_T....tapi dari takde benda nak present langsung, ada algorithm ni pun alhamdulillah....kurang-kurang pun dapat markah juga...harap-harap syu tak kena repeat la.... TAK NAK DA!!!

Thanks to my supervisor Encik Mohd Kamir bin Yusof and my lecturer Encik Ahmad Faisal Amri bin Bharun@Abidin always guide me...walaupun projek syu tak siap pun...buat projek dalam Linux, networking plak tu.....adeh...memang tak cukup ilmu lagi syu ni...bab-bab network, security ni memang lemah...takpe la...benda dah lepas pun...dah selamat present pun...tinggal nak buat report je...lepas satu tekanan rasa....

~sekadar gambar hiasan~

lepas ni tumpu pada projek Secure Socket Layer (SSL) pula...present ahad ni...then malam tu berangkat balik kampung...kemas rumah yang dilanda banjir...huhuhu...after that focus on final exam...tak lama dah rasanya (^_^)...esok sesi kedua pembentangan fyp...kepada my classmate yang bakal present esok, All The Best ok...buat yang terbaik....

p/s : sesiapa yang rasa nak buat final year project (networking), berminat...amik la tajuk syu...menarik untuk dibuat final year project...tapi kena la siapkan ye (^_^)

Lelaki Ucap Maaf Dapat Buat Jantung Wanita Sihat

salam blogger~

dah lama benar syu tinggal blog ni...takde mood nak update, takde story baru nak citer....semuanya gara-gara final year project yang masih lagi tak tahu hujung pangkal....adeh....dahla...kita stop pasal fyp....

syu baru on fb tadi...terbaca la satu artikel dari page TOKWAN.....syu pun klik la....rupa-rupanya tokwan ni memang glamour dekat fb....ramai orang follow page dia sampaikan kena wat page yang kedua (tokwan2) sebab dah sampai limit 5000 friends....Tokwan ni dia banyak bagi info yang berguna...artikel dia banyak yang bagi keinsafan, pengajaran, maklumat yang syu sendiri tak tahu...kalu korang syu tak tahu la kan....syu tertarik dengan satu artikel tokwan ni....tokwan cakap boleh share..."wat macam rumah sendiri" ....syu pun nak la kongsi dengan para bloggers yang lain...

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG WANITA SIHAT

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Sila share dengan sesiapa yang kalian suka...

Salam Ukhuwah..~

kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke website tokwan atau page tokwan


Kerunsingan Final Project Melanda

salam blogger~~

agak lama tak update blog ni...buka pun just cek rakan blogger yang datang melawat sambil blogwalking kejap...


kerunsingan melanda sepanjang 3 minggu ni yang sibuk dengan pemilihan tajuk dan proposal projek final...ni dah masuk minggu ke-4 dan syu masih lagi bermasalah dengan tajuk dan skop projek...berbeza dengan senior yang lepas dimana projek final mereka hanya membangunkan sistem...tapi, kali ni, perlu adanya research dan sistem....adeh....part research ni yang membuatkan proposal syu masuk kali ke-3 perlu dibuat semula....sob sob....

proposal pertama dihantar pada minggu ke-3 pada hari khamis yang lalu...pada mulanya proposal yang dicadangkan bertajuk Hostel Registration System Using Mobile SMS Application...disebabkan di UniSZA ni tidak lagi digunakan servis SMS, jadi syu cadangkan untuk buat projek ni untuk UniSZA...then supervisor tanya syu, "apakah masalahnya sehinggakan sistem ini diwujudkan??"...then syu pun buat la soal kaji selidik (questionaire) edarkan pada pelajar UniSZA adakah pendaftaran asrama melalui sistem portal bermasalah dan adakah mereka bersetuju jika sistem ini dibangunkan di UniSZA....jawapan yang positif syu dapat...then buat la proposal, tapi my supervisor cakap penyataan masalah tak cukup kuat....sebab takde benda untuk dibuat penyelidikan...

akhirnya ditukar la kepada DESIGNING MODEL/ARCHITECTURE USING MOBILE SMS FOR HOSTEL REGISTRATION....my supervisor nak syu bandingkan architecture UM SMS, UTHM SMS apakah kelemahan sistem mereka....tapi disebabkan UM dan UTHM takde pun sistem pendaftaran asrama melalui SMS, jadi macam mana nak bandingkan architecture dia kan....jadi syu just letak kat penyataan masalah dimana universiti lain sudah pun mengaplikasikan penggunaan SMS di universiti mereka, tetapi tidak pada sistem pendaftaran asrama....jadi syu pun cakap la kat my supervisor sebab ni sistem baru nak dibangunkan jadi universiti lain takde lagi, jadi syu nak buat la....dalam kelas tadi syu baru tahu rupa-rupanya tajuk syu ni sama sebijik dengan classmate syu punya projek juga...dia bawah ketua jabatan...ketua jabatan yang propose suruh dia buat sistem ni....but my supervisor sedikit "reject" la juga...macam mana tu???

my supervisor still tak berpuas hati....syu bertegas juga nak buat sistem ni....research based on concept penggunaan SMS...finally, my supervisor tukar lagi tajuk jadi Enhancement of SMS Mobile Model/Architecture in Hostel Registration....ada juga perkataan ARCHITECTURE tu kan....architecture SMS mobile ni lebih kurang sama je sebenarnya, jadi kali ni my supervisor suruh syu tambah "something" pada architecture tu...berlainan dari penggunaan SMS yang biasa...intelligent application....or something that will overcome SMS problem iaitu masalah traffic...so the question is, apakah yang boleh overcome masalah traffic semasa menggunakan sistem SMS????

malam ni baru syu nak cari ler....adeh....somebody please help me....rasanya syu sorang je yang kena buat proposal sampai 3 kali dan 3 kali tukar tajuk dan masih terpinga-pinga lagi....kalau syu ni hebat programing, takpe la...petik jari dah siap....ni pun final sem masih merangkak lagi ni....adeh....semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kami...amin....


Oh..Tidakkkkk!!!!

salam~~

nak ngajuk....uuwaaaaaaa(gambar hiasan)

sedihnya hari ni....nak merajuk macam baby ni...syu baru dapat tahu syu tak dapat asrama untuk sem depan....padahal daftar sama dengan member lain uuwwaaaa T_T...oohhh....tidakkkk!!!! tak mungkin ini terjadi padaku yang hanya tinggal lagi satu semester di UNISZA - di asrama....macam mana boleh nama tercicir ni....sob sob....setakat yang syu tau, hanya syu dan member syu, Nurul Hidayah Husian saje yang tak dapat asrama ni....

baru tadi syu kol pihak asrama....dia cakap kami lambat daftar :( mana ada encik...saya daftar sama dengan kawan saya yang lain....kenapa diorang dapat kami dua tak dapat...huhuhu...tapi encik tu cakap dia akan cuba masukkan kami kalau ada bilik kosong....diulangi kalau ada bilik kosong....kalau tak de macam mana????? mentang-mentang syu baru dapat lesen, takkan nak suruh syu duduk kat luar pulak...aisehhh...macam mana pengurusan asrama boleh tercicir nama ni.....sem lepas, sorang tercicir.....sem ni dua orang tercicir...emmm....

korang doakan syu dapat asrama ea....dekat-dekat dengan classmate yang lain...kalau tak susaha la nak buat kerja lepas ni...

AKU TENGAH MARAH!!!!GERAM!!!!

salam~~

kepada sesiapa yang baca entri ini...jangan terasa hati yer...syu nak luahkan perasaan yang tak dapat nak dipendam lagi dah....kalau terasa...jangan baca ok!

korang tengok gambar ni pun dah tau kan mood syu memang tak baik..

aku betul-betul tengah marah sangat!!!

kau buat aku jadi betul-betul bengang!! aku dah tak boleh tahan lagi dah!!

kau tu sapa hah!! aku tak ganggu hidup kau!!! kenapa kau ganggu hidup aku!!!
disebabkan kau hidup aku tunggang-langgang!!!

kalau kau depan aku mang aku rasa nak tampar muka kau!!!

kalau tangan aku besar macam ni, aku dah lenyek kau dengan tangan aku!!!

aku geram sangat dengan kau!!!
aku tau kau lebih segala-galanya dari aku!!!

walaupun muka kau sama macam aku...tapi kau bukan aku!!!!!

sampai bila-bila pun kau takkan jadi aku!!!! kau takkan dapat hak aku!!!
kau faham tak!!!

otak aku tak boleh nak fikir dah!!
rasanya aku jadi macam dalam gambar ni!!! rangka tulang :(


AAARRRRGGGGGHHHHHH!!!!!! aku nak lepaskan tekanan aku!!!!!!

kau tak berhak membayangi aku!!!! aku tak nak tengok bayang kau sekalipun!!!!!

kau bernasib baik sebab kau tak muncul depan aku!!!! aku benci kau!!!!

HUH!!!!!!!