Jangan Berlagak Hebat Atas Jalan Raya!!!

salam blogger~~

pagi ni cuaca agak mendung....syu keluar rumah pun agak lewat dari selalunya...macam biasa la syu yang drive nak pegi kerja...mak duduk kat sebelah....pagi kelmarin memang hujan, jadi memang jalan jam la...tapi pagi ni kurang sikit...ingatkan sempatla sampai tempat keje sebelum kul 8.00am....tapi memang tak sempat juga....merah dah kad =( .....

yang syu nak cerita kat sini, khas buat pemandu kereta yang perasan dia hebat sangat sampaikan tak bertimbang rasa pada pengguna jalan raya yang lain!!! syu nak p keje kena ikut laluan yang bertembung dengan kereta api....jalan pertama dekat depan Kolej Sultan Abdul Hamid memang sempat lepas....laluan kedua dekat Jalan Teluk Wanjah pun tersangkut....masa syu nak keluar simpang dari Lorong Merpati, syu amik line jalan paling kiri sebab baru keluar simpang kan....dah tu stop la belakang kereta proton iswara ni....sebelah kereta syu, kereta MyVi yang nak masuk line yang sama dengan syu....time tu dah pukul 7.50am dah....memang semua yang nak p keje tengah rushing la masa tu kan....lepas je palang kereta api tu diangkat, bergerak la semua kereta ni macam semut.....syu bagi laluan kereta sebelah syu tu masuk dulu....ok fine...



then syu pun tekan la pedal minyak nak ikut kereta MyVi tu....tetiba datang kereta Toyota Vios dari sebelah kanan menyelit betul-betul depan kereta syu....brek mengejut la!!! memang betul rapat la...kalu syu gerak sikit je memang dah berlanggar dah....sabar je la....rasa macam nak tekan hon je....apa??? kau ingat kau tu bagus sangat ke bawa keta menyelit-nyelit macam tu??? pastu syu pun tekan la pedal minyak lagi....tau-tau kereta MyVi pula menyelit!!!! ni la sorang pemandu perasan bagus sangat bawa keta menyelit!!!! tau la pun dah lambat, tapi pikir ar juga kat orang lain....mentang-mentang keta syu tu kecik siap ada pelekat 'P' kat belakang keta syu tu ingat orang yang bawa tu tak de perasaan, tak de nyawa ke??? kalu ikutkan hati nak hon tak berhenti je kat dua2 kereta yang perasan bagus sangat bawa keta tu!!!


kepada kereta Toyota Vios no plat KAM 57 dan kereta My Vi putih no plat KCD 1906....sila beringat sikit semasa memandu....jangan ingat korang boleh hidup dengan bawa kereta dengan tidak bertimbang rasa kepada pengguna lain.....silap haribulan sikap bawa kereta yang macam tu boleh mengundang padah pada orang lain....

No comments:

Post a Comment