salam blogger~~
sekarang ni syu dah berada di Bandar Baru Bangi....3 September 2011 pada jam 11.50pm, syu, kaklong, abah bertolak dari Alor Setar ke Bandar Baru, Kedah singgah amik ary kat sana...sebab dia yang nak drive ke Bangi....memandangkan dah lewat malam, abah dengan kaklong memang dah letih uruskan kedai hari tu, jadi kena cari driver lagi sorang la....syu pulak jadi peneman ary drive dari Perak ke Bangi....jalan malam tu memang lancar la walaupun banyak juga kereta...mungkin tengah malam kan...jarang orang gerak tengah malam sebab tak mampu tahan ngantuk...bertolak dari Bandar Baru, sempadan kedah - perak dalam jam 2.00am...ary drive memang tak berhenti rehat dah...alhamdulillah terus je sampai Bandar Baru Bangi pada jam 6.00am.....
4 September 2011 - sampai je pagi tu kat rumah maksu, memang seharian la rehat kat rumah....masing-masing letih dengan sambutan raya dengan kedai...time ni la abah nak boleh rehat sepenuhnya...petang tu maksu bawa kami semua g ronda-ronda dalam kawasan UKM....senang esoknya nak cari tempat untuk daftar pelajar baru....
5 September 2011 - 9.00 pagi kami bertolak ke UKM....perjalanan dalam masa 5 - 10 minit je ke UKM naik kereta...time tu syu berdebar-debar sebab sebenarnya syu tak dapat lagipun surat tawaran...just confirm dengan pegawai sana je yang syu berjaya....alhamdulillah masa g daftar tu, ada juga surat tawaran syu tu....kiranya dah sah la syu jadi pelajar Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling by course work(^_^)..
6 September 2011 - taklimat bagi pelajar Master dan PHD Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan....masa ni syu perasan ada something yang tak kena pada surat tawaran syu....guest whatt??? syu diterima sambung master tanpa sebarang prasyarat....sepatutnya bagi syu yang takde basic psikologi kaunseling, memang kena amik prasyarat dulu....tapi diorang dah terlepas pandang....sekarang just tunggu Dr. Nash semak semula untuk pastikan status syu samada perlu atau tak amik prasyarat...huhuhu....rasanya dari 2 tahun boleh jadi 2 setengah tahun ni kalu perlu amik prasyarat....
sememangnya satu benda baru bagi syu sebab sepanjang 4 tahun lepas, syu merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian)...mesti korang pelik, penat-penat je 4 tahun belajar, kaji pasal komputer...tetiba sambung bab kaji manusia pulak....kenapa syu amik psikologi kaunseling???? salah satunya sebab sejak sekolah menengah lagi, syu ni dah jadi tempat kawan-kawan skolah syu luahkan rasa...so syu pun sedikit sebanyak bagi la nasihat, paling tidak pun just jadi pendengar....then after that ada la juga some people ni yang ada masalah TERkenal dengan syu...syu pun cuci, basuh, bilas sikit diorang ni....yang peliknya diorang ni ikut la plak....dan alhamdulillah kesan positif bagi diri diorang....mungkin satu kebetulan....never mind...so why not syu belajar dengan lebih mendalam bagaimana sebenar-benarnya cara untuk untuk beri kaunseling pada orang...kalau bukan untuk orang lain pun, untuk diri syu sendiri juga....memang tak rugiii....
mesti korang tertanya, kenapa tak amik psikologi masa degree??? syu memang nak amik degree psikologi kat UTM masa tu...tapi.....keputusan Matrik syu tak berapa memuaskan...jadi syu tak layak nak amik...tapi alhamdulillah rezeki syu dapat juga sambung belajar kat universiti walaupun dalam bidang komputer...sekurang-kurangnya itu sebagai satu batu loncatan bagi syu untuk terus belajar kan (^_^)
doakan kejayaan syu ye...semoga Allah permudahkan segalanya....
Hi, I dapat tawaran dari ukm untuk master dalam psikologi kaunseling untuk semester in. Tapi aku tak dapat surat tawaran lagi, boleh tak advice apa yang saya perlu bawa bila hari daftar? Thank you.
ReplyDeleteboleh ek dari bidang lain terus sambung master in psikologi? minimum pointer berapa ek?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKak. Klw sy plk dr syariah nk amek psikologi bole x?
ReplyDelete