Showing posts with label ukm. Show all posts
Showing posts with label ukm. Show all posts

Persembahan Angklung - UKM 2013

salam blogger~~

nak kongsi sikit video persembahan angklung oleh pelajar-pelajar dari UKM, Bangi. Masing-masing baru pertama kali pegang angklung. Excited budak-budak ni nak buat persembahan. Video ni diambil oleh Syu sendiri. Video jarak jauh. Dan ini merupakan video pertama yang Syu upload ke YOUTUBE. Syu nak berkongsi dengan korang semua.

Sekitar Tempat Shooting

salam blogger~

syu dah bagitau dalam entry sebelum ni pasal shooting untuk video kaunseling perkahwinan dan keluarga. Alhamdulillah video kitorang selama 30 minit tu berjaya memberi sedikit ilmu sambil menghiburkan hati classmate yang lain =). sambil-sambil kitorang shooting tu of course la sempat posing lagi. hehehe. wajib tak leh tinggal. layan je la gambar kat bawah ni ea.

ni barisan pelakon + ahli group syu
Dari kiri : Fazilah, Saiful, Kak Shima dan Syu

Tempat pertama kami shooting kat Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Kat bilik perbincangan kami buat scene sesi kaunseling menggunakan Solution Focused Therapy yang melibatkan 3 orang.

Dari kiri : Kaunselor, Suami, Isteri
Dah ada gaya bakal kaunselor dah ni..insyallah =)

Tempat kedua kami shoot kat Restoran Seri Menanti, Bangunan Canselori UKM. Tempat dia macam ala-ala buffet sikit, gaya hotel. So dijadikan sebagai scene tempat makan semasa percutian dan juga scene kak shima sebagai rakan pejabat saiful tengah menasihatla kononnya.....

scene bercerita masalah pada rakan sepejabat


Tempat ketiga kami shoot kat Danau Golf Club, UKM. Sebab ada gaya macam tempat percutian sikit kan. Sebagai penutup video pengakhiran sesi kaunseling. Happy Ending lepas melalui sesi kaunseling.


ni gambar kat Danau Golf Club. Yang kat belakang tu swimming pool UKM.

antara scene percutian dalam lakonan. Pinjam kereta yang kebetulan parking kat situ. hehehe

kami bertiga je

posing lepas shooting. Org main golf, kami bergambar plak

 Kami booking buggy car ni untuk shooting 10 minit. Lepas tu berposing la lagi. Peluang bukan datang selalu. Tak main golf belum tentu dapat naik ni =)

bawa betul ni tauuu.

sempat lagi tu...hehehe

suka suki lagi posing =)

belajar kos ni, dalam fakulti sains sosial memang best. Setiap sem kena buat lakonan. Boleh minta part time berlakon dah ni perasan bagus! Yang penting ENJOY penat-penat pun. Dapat plak group yang kepala sempoiii... Banyak pengalaman baru yang dapat. Tukar bidang untuk dapatkan ilmu baru. Wish all of us the best ye. Keluar dah ada ilmu kaunseling. Untuk diri sendiri dan orang lain juga =)



Lunch At Restoran Sri Menanti~~


salam blogger~~

hari ni sangatlah penat. Pagi syu pegi bank nak settlekan pembatalan ASB Loan. Then masuk kelas Persepsi dan Kognisi pulak, mengantukkk!! tapi bila lec datang depan meja tanya soalan boleh plak syu jawab. HEHEHE. Lepas habis je kelas, dah mula dengan shooting balik. Mula-mula syu tolong group member jadi responden untuk video tatacara pentadbiran alat ujian. Then bermulalah sesi shooting group syu pulak, sambungan shooting kelmarin. Hari ni scene makan-makan dan pegi bercuti. Mang cayalah. Alang-alang shooting penat, biar hasilkan yang terbaik kan!!!

Untuk shooting time makan, kami berempat pegi makan kat Restoran Sri Menanti kat Bangunan Canselori UKM. Tempat dia memang sesuai la untuk shooting tempat percutian, style hotel tempat makan buffet tu. Nak tau apa kami order??? Ni dia kami punya lunch pada pukul 3.00 petang.....Selamat Menjamu Mata.... 

Nasi Goreng Sri Menanti

Kuetieu Kungfu

Nasi putih + telur dadar + sup + cendawan butang goreng

p/s : untuk gambar shooting akan diupload kemudian =)

Hasil Dari Bengkel Adobe Photoshop ~~

salam blogger~~

hari ni syu join Bengkel Format Laptop dan Bengkel Adobe Photoshop kat Kolej Za'ba...

Sesi 1 : Bengkel Format Laptop 10am - 12pm

Sesi ni dikendalikan oleh Encik Nasrul Hazim, bekas pelajar di UKM, sekarang bekerja sebagai programmer.... dia tunjuk cara nak format dan install Windows 7.... dah mudah dah format laptop sekarang berbanding dulu.... masa syu belajar format dengan bos praktikal, Windows XP, still guna blue screen tu.... dah tu dia format tak jadi plak...aiiseyyy... ni amik ilmu balik.... dapat CD Windows 7, tapi ada Windows je la...Microsoft Office semua takde... so kena cari sendiri laaa....

Sesi 2 : Bengkel Adobe Photoshop 2.30pm - 4.30pm

Sesi petang ni tak seramai sesi pagi... masing-masing bawa laptop la sebab nak belajar guna Photoshop kan... Sesi ni dikendalikan oleh Miss Tay Li Neo, Managing Director Dzineing Inspirations... juga merupakan bekas pelajar UKM juga... buka company design sendiri ni...woowww.... majoriti orang yang join ni tak berapa pandai guna photoshop, termasuklah syuuu (sikit-sikit je tau) ^_^ .... serba sedikit ilmu yang diberikan semasa dalam sesi ni.... hasil tangan syu sendiri ni.... benda asas je kan... yang teror photoshop tu mesti kata "pejam mata pun bleh wat" ... layan je la eaaaa....

kalau sesiapa perasan, gambar pada nama syuzana tu sebenarnya gambar singa betina.
gunakan gambar wallpaper untuk dijadikan perkataan.


yang ni pula kita isolate kan warna.
asalnya, nak hasilkan satu warna, background lain akan jadi warna grey.
tapi ni syu modified sikit jadilah seperti hasil kat atas ni.
conteng-conteng je ^_^

yang ni favourite syu (^_^)
gambar seolah-olah melompat keluar dari frame gambar.
excited masa mula-mula tengok...
ni la hasil dia.
gambar tanpa frame tu syu just duplicate balik je...

~THE END~

Bermulanya Kehidupan Baru.....

salam blogger~~

sekarang ni syu dah berada di Bandar Baru Bangi....3 September 2011 pada jam 11.50pm, syu, kaklong, abah bertolak dari Alor Setar ke Bandar Baru, Kedah singgah amik ary kat sana...sebab dia yang nak drive ke Bangi....memandangkan dah lewat malam, abah dengan kaklong memang dah letih uruskan kedai hari tu, jadi kena cari driver lagi sorang la....syu pulak jadi peneman ary drive dari Perak ke Bangi....jalan malam tu memang lancar la walaupun banyak juga kereta...mungkin tengah malam kan...jarang orang gerak tengah malam sebab tak mampu tahan ngantuk...bertolak dari Bandar Baru, sempadan kedah - perak dalam jam 2.00am...ary drive memang tak berhenti rehat dah...alhamdulillah terus je sampai Bandar Baru Bangi pada jam 6.00am.....

4 September 2011 - sampai je pagi tu kat rumah maksu, memang seharian la rehat kat rumah....masing-masing letih dengan sambutan raya dengan kedai...time ni la abah nak boleh rehat sepenuhnya...petang tu maksu bawa kami semua g ronda-ronda dalam kawasan UKM....senang esoknya nak cari tempat untuk daftar pelajar baru....


5 September 2011 - 9.00 pagi kami bertolak ke UKM....perjalanan dalam masa 5 - 10 minit je ke UKM naik kereta...time tu syu berdebar-debar sebab sebenarnya syu tak dapat lagipun surat tawaran...just confirm dengan pegawai sana je yang syu berjaya....alhamdulillah masa g daftar tu, ada juga surat tawaran syu tu....kiranya dah sah la syu jadi pelajar Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling by course work(^_^)..

6 September 2011 - taklimat bagi pelajar Master dan PHD Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan....masa ni syu perasan ada something yang tak kena pada surat tawaran syu....guest whatt??? syu diterima sambung master tanpa sebarang prasyarat....sepatutnya bagi syu yang takde basic psikologi kaunseling, memang kena amik prasyarat dulu....tapi diorang dah terlepas pandang....sekarang just tunggu Dr. Nash semak semula untuk pastikan status syu samada perlu atau tak amik prasyarat...huhuhu....rasanya dari 2 tahun boleh jadi 2 setengah tahun ni kalu perlu amik prasyarat....

sememangnya satu benda baru bagi syu sebab sepanjang 4 tahun lepas, syu merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian)...mesti korang pelik, penat-penat je 4 tahun belajar, kaji pasal komputer...tetiba sambung bab kaji manusia pulak....kenapa syu amik psikologi kaunseling???? salah satunya sebab sejak sekolah menengah lagi, syu ni dah jadi tempat kawan-kawan skolah syu luahkan rasa...so syu pun sedikit sebanyak bagi la nasihat, paling tidak pun just jadi pendengar....then after that ada la juga some people ni yang ada masalah TERkenal dengan syu...syu pun cuci, basuh, bilas sikit diorang ni....yang peliknya diorang ni ikut la plak....dan alhamdulillah kesan positif bagi diri diorang....mungkin satu kebetulan....never mind...so why not syu belajar dengan lebih mendalam bagaimana sebenar-benarnya cara untuk untuk beri kaunseling pada orang...kalau bukan untuk orang lain pun, untuk diri syu sendiri juga....memang tak rugiii....

mesti korang tertanya, kenapa tak amik psikologi masa degree??? syu memang nak amik degree psikologi kat UTM masa tu...tapi.....keputusan Matrik syu tak berapa memuaskan...jadi syu tak layak nak amik...tapi alhamdulillah rezeki syu dapat juga sambung belajar kat universiti walaupun dalam bidang komputer...sekurang-kurangnya itu sebagai satu batu loncatan bagi syu untuk terus belajar kan (^_^)

doakan kejayaan syu ye...semoga Allah permudahkan segalanya....