salam blogger~~
harini aktiviti santai sikit... tak fikir pasal assignment ke presentation ke... otak dikosongkan hari ni.... otak kosong pun masalah juga.... ada juga kena marah =( can't help it... hari-hari pun kena marah juga... redha je la... STOP IT!! harini kita nak cerita mengenai kek... tengok tajuk post pun dah tahu kan... syu ni tak la pandai sangat buat kek.... buat kek yang mana syu makan je... hehehe... kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak.... BUT... yang paling penting... kek syu ni bukan indah khabar dari rupa yee.... don't judge a book by its cover ok!! confirm nak lagi lepas makan....
MEMPERKENALKAN.....
KEK MARBLE COKLAT + EPAL HIJAU + VANILLA
kek ni untuk setengah adunan je ye rakan-rakan....
~selepas siap dibakar....45 minit~
~RESEPI KEK MARBLE ~ Simple punya resepi.....
1 Ketul Buttercup
4 Biji Telur
1 1/2 Cawan Gula Kastor
1 sudu teh Esen Vanilla
2 cawan Tepung Gandum diayak
1 sudu teh Serbuk Penaik
1 camca besar Serbuk Koko (untuk warna)
secukup warna Serbuk Epal Hijau
Cara-cara membuatnya :
1. Pukul buttercup, telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang diayak. Pukul lagi hingga sebati.
4. Bahagikan kepada 3 adunan. (ikut berapa warna yang nak buat)
5. 1 adunan campurkan dengan serbuk koko. Gaul sebati.
6. 1 adunan campurkan dengan serbuk epal hijau. Gaul sebati.
7. 1 adunan lagi, biarkan je untuk dapatkan warna vanilla.
8. Jangan lupa panaskan dulu ketuhar dalam 10 minit pada suhu 180 darjah celcius.
9. Kemudian, tuangkan adunan-adunan tadi secara berlapis-lapis.
9. Lepas dituangkan semua adunan, ketuk-ketuk la sikit bekas kek tu. Untuk meratakan kedudukan adunan kek tadi.
10. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 - 50 minit. (boleh cek guna lidi untuk pastikan kek masak @ tak)
11. Siap untuk dihidang (^_^)
~selepas dipotong.... opsss.... coraknya...~
gambar kek diatas hasil dari SETENGAH DARI ADUNAN resepi diatas. Kesimpulannya, kalau nak buat setengah adunan kek, tak semestinya bahan resepi semua kena setengah...
tekstur tak berapa nak menarik...CUBAAN PERTAMA...BUT rasanya memang DELICIOUS!!!
~SELAMAT MENCUBA~
No comments:
Post a Comment