salam blogger~~
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya
segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia
lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki
itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi
percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak
sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak
mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan
untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya
terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri
keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu
dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat
dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak
mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya
hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya
kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana
kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang
kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun
perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di
hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia
mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud
menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar
saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu
tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal
perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan
sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang
tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling
melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah
sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya
perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat
menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk
menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah
berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih
& benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh
satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya
credit to Pakar Diari Hati
No comments:
Post a Comment