Lelaki Juga 'Mabuk' Mengandung!!

salam blogger~~

Pernah dengar atau jumpa tak lelaki yang 'mabuk' mengandung??? Siapa kata wanita hamil je yang mabuk semasa mengandung. Suami pun boleh alami perkara yang sama tau. Menurut new meta-analysis, sebanyak 10% lelaki dikesan 'mabuk' mengandung. Mereka merasa mual, pening, hilang selera makan. Semua ni simptom yang kita dapat lihat bila wanita mengandung kan. Ada juga mengalami tekanan pada bulan ketiga, enam da 12 selepas isterinya melahirkan bayi.


Syu pernah dengar pasal lelaki 'mabuk' mengandung ni. Kawan syu pun ada pengalaman macam ni masa mengandungkan anak pertama. Si isteri relaks je macam tak ada apa-apa. Tapi yang si suami pula tak habis-habis mual, pening. Macam ni baru dikatakan 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Si suami turut merasai walaupun sedikit perasaan susah payah seorang isteri yang sedang hamilkan anaknya. Jadi rasa tanggungjawab nak jaga isteri tu makin bertambah la kan (^_^). So sweet.

sumber : iSihat

No comments:

Post a Comment