Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Selamat Pengantin Baru My Friend~~

salam blogger~~




Hari Ahad yang lepas, berlangsungnya perkahwinan classmate syu masa di UNISZA. 

Haziqah Auni dan Luqman Maat
Bertempat di Shah Alam.

Majlis Akad Nikah Fouziah Gous di Masjid Bukit Jelutong

salam blogger~~


21 September 2013 berlangsungnya Majlis Akad Nikah Fouziah Gous dan Zhafran Yusof di masjid Bukit Jelutong. Tanpa dirancang, syu dan member syu turut menjadi salah seorang tetamu majlis yang turut sama berada dalam dewan di masjid Bukit Jelutong. Memang spoil la kamera tak bawa juga. Jadi camera Samsung Corby la juga yang berjasa kali ini. Dalam ramai-ramai media yang ambil gambar, syu la salah sorang yang turut menyelit ambil gambar kat dalam dewan (^_^). 


Majlis Perkahwinan Black Hanifah di PPR Kerinchi

salam blogger~~

Cerita pasal Black Hanifah kahwin ni memang dah banyak kat blog-blog lain. Tapi ni daripada pengalaman Syu sendiri yang turut membantu sedikit tak banyak dalam persiapan makanan untuk Majlis Perkahwinan Black di Padang Bola PPR Kerinchi Pantai Dalam, Bangsar Kuala Lumpur pada 15 September 2013.

14 September 2013, Sabtu, dah bermula la proses penyediaan bahan untuk memasak. Dua khemah khas untuk tempat memasak. Untuk majlis ni, memang gotong royong untuk memasak. Tukang masak diimport khas daripada Baling dan Kupang, Kedah. Menurut ayah Black, memang saudara mara sahaja yang turun untuk gotong royong memasak untuk majlis tu. Jadi syu dengan kawan syu tolong la apa yang patut. Sekadar kerja mengupas dan memotong je la. Orang tua-tua je ramai kat situ. Kami dua orang je orang muda yang tiba-tiba menyelit kat situ kupas bawang. Hahaha. Mujur syu ni orang Kedah. Faham la apa tukang masak berborak. Dah kena terjemah dekat member syu sebab dia orang Kelantan. Kami turun pun dah petang dah. Proses memasak bermula tengah malam sehinggalah ke pagi hari majlis.

15 September 2013, Ahad, kalau tak silap syu ada 15 khemah untuk para tetamu, 1 khemah besar untuk tempat persandingan dan 2 khemah untuk memasak. Pagi-pagi lagi syu dengan kawan syu keluar meniaga. Tengah hari balik dari meniaga terus kami pergi makan kenduri. Masa tu Black belum sampai lagi. Lebih kurang pukul 1.30pm pengantin sampai dengan menaiki kereta BMW dengan diiringi oleh lebih kurang 20 - 30 kelab kereta BMW. Gara-gara terlupa bawa camera, tangkap guna Samsung Corby pun boleh la (^_^)

~Black dan pasangan bergerak menuju ke pelamin~

 ~Penuh orang sampai betul-betul kat depan pelamin~

 ~Ni dia banner perkahwinan Black Hanifah~

~syu ambil gambar ni selepas majlis selesai. Penuh satu padang bola~
~sila abaikan sampah-sampah tu ye~

Yang bagusnya, lepas habis majlis, dalam pukul 6 pm, syu turun tengok keadaan kat bawah. Nampak la Black dengan wife dia tengah mengemas-ngemas. Dah tukar pakai baju biasa dah. Black siap menyapu lagi kat bawah khemah tempat memasak. Samada dia basuh periuk ke tak, tak dapat nak dipastikan. Ada sesetengah adat, pengantin kena basuh periuk kan selepas majlis.

Apa pun, sama-samalah kita doakan semoga Black dan pasangannya bahagia dan tabah untuk menempuh segala kontroversi yang muncul selepas majlis pernikahan mereka.

Lelaki Juga 'Mabuk' Mengandung!!

salam blogger~~

Pernah dengar atau jumpa tak lelaki yang 'mabuk' mengandung??? Siapa kata wanita hamil je yang mabuk semasa mengandung. Suami pun boleh alami perkara yang sama tau. Menurut new meta-analysis, sebanyak 10% lelaki dikesan 'mabuk' mengandung. Mereka merasa mual, pening, hilang selera makan. Semua ni simptom yang kita dapat lihat bila wanita mengandung kan. Ada juga mengalami tekanan pada bulan ketiga, enam da 12 selepas isterinya melahirkan bayi.


Syu pernah dengar pasal lelaki 'mabuk' mengandung ni. Kawan syu pun ada pengalaman macam ni masa mengandungkan anak pertama. Si isteri relaks je macam tak ada apa-apa. Tapi yang si suami pula tak habis-habis mual, pening. Macam ni baru dikatakan 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Si suami turut merasai walaupun sedikit perasaan susah payah seorang isteri yang sedang hamilkan anaknya. Jadi rasa tanggungjawab nak jaga isteri tu makin bertambah la kan (^_^). So sweet.

sumber : iSihat

Keindahan Berumahtangga ~~

GELAGAT ORANG MUDA BARU KAWIN




Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. 



Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. 

Entah dari mana la datangnya. 
Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. 
Lepas tu terus kami kahwin. 

Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. 
Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.



Eiiiii… geramnya aku!!! 

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. 
Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. 
Haihhh… memang sakit hati. 
Baju baru kot, mahal lagi!!! 
Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. 
Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” 
Eiii… geramnya aku!!! 

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping.
Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. 
Lepas tu nak jadikan cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. 
Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. 
Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! 
Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. 
Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! 
Huhh. Memang sakit hati betul!! 
Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? 
Kenapa call tak angkat??!! 
Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… 
Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa handset… hehe..
” Eiiii… geramnya aku!!!! 

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. 
Ok fine. Aku masak je. 
Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. 
Aku hidang bagi dia makan. 
Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. 
Tapi dia diam. 
Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan.
Habis makan pun tak kata apa. 
Aku pun confius. 
Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? 
Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. 
Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. 



Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. 

Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. 
Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… 
Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. 
Then, aku call dia. 
Yang aku tak boleh tahan tu....
Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan ke??….
” Eiii… geramnya aku!!! 
Tapi dia datang jugak lepas tu. 


Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. 

Dan lepas start terus boleh… 
Hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”… 

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. 
Dia kata pergi sekejap je. 
2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. 
Dia nak pi buat keja dia. 
Takkan nak kata tak boleh kot. 
Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. 
Tapi memang agak sakit hati jugak lah. 
Boleh dia lesap macam tu je. 
Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. 
Tapi memang hampeh!!. 
Langsung dia tak call!! 
Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. 
Kosong inbox!!
Eiii… geramnya aku!!! 

Pagi tu aku basuh baju. 
Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. 
Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. 
Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. 
Jeng Jeng Jeng.......

Huishh siap dengan surat lagi. 


Suratnya berbunyi begini: 

Kehadapan isteriku yang tersayang...

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. 
Jangan marah-marah ek.. hehe.. 
Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. 
Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi 
Pertama sekali saya nak bagi tau lah. 
Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. 
Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. 
Eh...awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! 
Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… 
Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. 
Comel sangat… Iskk.. 
Awak ni.. tak perasan ke?? 



Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. 

Memang saja je saya tak mau bawa handset time tuh… hihi.. 
Takut terkantoi. 
Ye la saya pi cari baju awak kot!! 
Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? 
Huh… memang tension. 
Susah betul nak cari. 
Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… 



Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… 

Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… 
Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. 
Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. 
Ikut jam dinding kat rumah kita. 
Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? 

Keempatnya time keta awak rosak… hmm. 
Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! 
Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. 
Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! 
Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? 
Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? 

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. 
Saya lagi seronok. 
Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? 
Saya memang saja je tak call awak…hihi… 
Tapi saya ok je. 
Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… 
“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ 
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) 



Last but not least. 

Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak… 



p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi 

Love, 
Suamimu.......

p/s : Sweet sangat.. sapa kata kawen tak best???

Untuk Pasangan Yang Baru dan Bakal Berkahwin

salam blogger~~

syu tengah study untuk subjek Kauneling Perkahwinan dan Keluarga. Jadi nak berkongsi la sikit apa yang syu belajar dalam subjek ni. Sebagai panduan kepada pasangan yang bakal berkahwinan dan baru berkahwin dan yang dah lama berkahwin dan juga untuk diri syu sendiri. Berapa banyak dan la..

Bagi sesiapa yang baru mendirikan rumah tangga, membina keluarga baru dikenali sebagai keluarga permulaan. Dimana bermulanya kehidupan bersama suami isteri, bermulanya tanggungjawab baru, bermulanya sesi pembelajaran tentang kehidupan alam berumah tangga.


Kat sini, Ciri-Ciri yang perlu ada bagi keluarga Permulaan ini adalah : 

1) Pasangan perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru (dunia perkahwinan). Sebelum ni hidup sorang, bujang kan, jadi kena tukar cara kehidupan yang dulunya solo kepada berdua =)

2) Pasangan perlu menerima dan belajar untuk menerima nilai-nilai pasangan, baik buruk sikap pasangan, kena la belajar menerima. Tak ada manusia yang sempurna tak ada kekurangan. Jadi terimalah pasangan anda seadanya.

3) Pasangan perlu mempelajari cara berkongsi kebebasan. Kalau masa solo boleh la nak bebas mana pun, pergi mana ka, buat apa ka, boleh sendiri-sendiri je. Tapi bila dah berkahwin ni kebebasan tu kena la berkongsi. Kalau suami layan bola kat tv, isteri jangan pula berebut tv nak tengok drama plak. Masing-masing fikir la kan macam mana nak berkongsi kebebasan tu. Isteri/suami nak jumpa member lama ke jangan plak halang. Takkan tak boleh nak bersosial plak kot. Tapi mesti ada hadnya!

4) Pasangan perlu mempelajari cara penyesuaian bekerja suami, isteri atau kedua-duanya. Kalau yang mana suami/isteri kerja sampai lewat malam baru balik tu, bawa la berbincang. Kalau masing-masing ok dengan waktu kerja yang macam tu alhamdulillah. Kalau tak ada yang kena berhenti kerja la jawabnya, tambah-tambah isteri. Takkan lepas kahwin pun suami/isteri nak balik kerja lewat malam kan. Rugi kot =)

5) Pasangan perlu memahami cara pemakanan masing-masing. Kena la tau kot-kot suami/isteri tu ada alergi makanan ke. Apa yang pasangan anda makan. Bagi isteri, kena la tau juga cara penyediaan makanan yang suami suka.kan.

6) Pasangan perlu memahami tanggungjawab masing-masing. Ini penting sebab apa? Dah kahwin kan, bukan solo lagi. Tanggungjawab ni anda semua dah pergi kursus kahwin kan. Mesti dah tau. Tak pun baca je buku-buku perkahwinan, tanya orang lama tentang tanggungjawab dan petua-petua rumah tangga bahagia.

7) Pasangan perlu memahami keperluan-keperluan bersantai. Takkan 24jam, 12 bulan , 365 hari buat rutin yang sama je kan. Sesekali bersantai tu perlu. Luangkan masa bersama keluarga untuk eratkan lagi hubungan kan. Perempuan ni suka bab-bab bercuti ni. Jadi jangan la suami buat tak tahu je...

8) Pasangan perlu memahami kehendak-kehendak zahir dan batin pasangan. Dah kahwin ni suami isteri kena faham la kehendak-kehendak masing-masing. Faham-faham sendiri la ye..

9) Pasangan perlu memahami jangkaan masing-masing. Jangkaan ini bergantung pada pasangan masing-masing la.

10) Pasangan perlu memahami peraturan yang dibentuk dalam keluarga. Yang ini bergantung pada keluarga la macam mana nak tetapkan peraturan. 

Kenapa Tak Mau Kawen Ni???

salam blogger~~

sumber : FB Finance Malaysia
rasa-rasanya betul ke tak peratusan ni? Cuba tengok tu, LELAKI RAMAI LAGI YANG TAK KAWEN. So wahai kaum hawa jangan risau. Yang lelaki solo ramai lagi boleh kita nak pilih. Tak payah nak pilih lelaki yang sudah berpunya! 

Bagi kaum adam pula, cukup-cukup la dengan yang dah ada. Tak perlulah nak tambah lagi 1,2,3. Bagi can sikit kat lelaki yang tengah mencari!

Peratusan perempuan tak kawen sebab tak ada calon yang sesuai tu betul la tu. Perempuan pun berhak memilih kan. Masa syu pegi kursus kahwin pun, ustaz tu cakap, perempuan kalau nak pilih bakal suami, pilih la yang ada 3 benda. Ada 1) rumah, 2) kereta, 3) duit simpanan 3 kali gaji. Bukan nak kata perempuan materialistik, tapi kalau tak ada semua tu, macam mana nak sara anak dengan bini nanti kan. 

Yang lelaki pula, ustaz tu pesan, sebelum nak cari bakal isteri, pastikan ada ketiga-tiga perkara di atas. Sebab tu la peratusan lelaki tak kawen sebab masalah kewangan tinggi. Lelaki tengah kumpul duit nak kawen la tu =)

p/s : peringatan untuk diri sendiri =)

seharian di blog CSTPRODUCTION....

salam 1 MALAYSIA...

seperti biasa..hari ni syu takde keje lagi...bukan bukan bukan, belum diberi keje lagi oleh bos...dan syu pun tak tahu lagi sapa penyelia syu...so hari ni memang tersangat la free...jadi kejenya blogwalking la jawabnya....kalau semalam seharian syu di blog abg Ben, hari ni seharian syu di blog CST PRODUCTION....nak tau tak sebab apa yang syu boleh terlekat kat situ???? haaa...meh nak citer...

tengah syu blogwalking awal-awal pagi tadi sebaik je melangkah ke dalam pejabat, syu terserempak la kat satu blog ni...."What's Hot is Gettin' Hotter" by CST PRODUCTION AND LYNDARAHIM KUALA LUMPUR...sapa-sapa yang memang duduk kat area KL tu mesti tau kan....syu ni la 1st time tahu akan kewujudannya mereka ni....tu la pasal, tak amik tau langsung pasal dunia luar...inilah jadinya....syu pun g la kat blog CST dan Datin Lynda Rahim....dimana 1 pertandingan telah pun berlangsung dan sekarang dalam proses pengundian...ada 163 peserta semuanya...syu yang takde keje ni pergi la terjah semua peserta yang terlibat...yang ada blog je la...yang facebook takleh sebab kena block...macam la syu pulak yang jadi juri...hehehe...


kebanyakkan blog peserta yang syu terjah tu, rata-rata menceritakan pasal DREAM WEDDING & DREAM LOVE STORY....yang love story tu, memang sampai tergelak-gelak sorang-sorang syu dibuatnya...naik meremang bulu roma pun ada...tapi memang best-best la semua cerita....yang dream wedding plak memang kreatif la para blogger kita ni...macam-macam tema, cara penyampaian impian masing-masing memang the best la!!! kebanyakkan tema warna blue and white menjadi pilihan dalam dream wedding...syu baca tu kot-kot la boleh amik idea tu untuk buat wedding syu nanti kan....tapi dah nama pun dream wedding kan, memang tak mampu kot...mampu dalam mimpi je la...huhuhu...tapi kalau cik abang sayang mampu, bonus la bagi syu....hehehe....boleh tak AS????

kepada semua peserta
~HOPE ALL YOUR DREAM COME TRUE~