10 Gelaran Pengguna Smartphone Tegar..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Blogger~~

Nak tau terma-terma yang berevolusi daripada persekitaran berkait dengan telefon pintar dan kegunaannya? Adakah Korang tergolong dalam kategori di bawah??



1) Nomophobia : Individu yang merasa resah dan gelisah apabila tidak mempunyai capaian terhadap teknologi telefon pintar.

2) Smartphone Zombie: Individu yang secara konsisten fokus terhadap telefon pintar dan langsung tidak memberi perhatian kepada individu di sekeliling dan persekitaran mereka.



3) Smartphone Cruising : Memeriksa dan up date laman sosial sewaktu masa pergi dan pulang pejabat.



4) Crackberry : Lazimnya merujuk kepada pengguna blackberry yang tidak boleh meletakkan telefon mereka walaupun sebentar.

5) iPwned : Apabila seseorang bercakap dengan gahnya mengenai produk apple.

6) Smartphone Dead Leg : Rasa kebas atau seperti tidak mempunyai kaki disebabkan duduk terlalu lama akibat menggunakan telefon pintar, terutamanya di dalam tandas.



7) Smartphone Drone : Individu yang sentiasa menyembunyikan identiti sebenar yang membosankan dengan mencuba menjadi sebaliknya melalui mesej ringkas, tweet atau post yang dihantar melalui telefon pintar.

8) Smartphone Elbow : Rasa sakit yang dirasai pada bahagian pelipat tangan apabila diregangkan selepas melayari laman sesawang, menghantar mesej dan melakukan sesuatu menggunakan telefon pintar bagi suatu tempoh lama.



9) Smartphone Face : Bahagian dagu yang melandut kesan daripada melihat ke bawah sewaktu menggunakan telefon pintar.

10) Smartphone Moment : Apabila seseorang secara tidak sedar membiarkan teman dan kenalan apabila menggunakan telefon pintar.


No comments:

Post a Comment