Showing posts with label handphone. Show all posts
Showing posts with label handphone. Show all posts

Simptom Ketagihan Telefon Pintar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Blogger~~

Sebelum ni syu ada kongsikan gelaran-gelaran untuk orang yang gila Smartphone di SINI. Meh kita tengok pula adakah korang ada simptom-simptom ketagihan smartphone.

1) Korang guna Smartphone di dalam bilik air.


2) Korang rasa panik bila sentuh poket (beg tangan) dan tak jumpa telefon korang.

3) Korang ada 30 jenis aplikasi dan korang guna kesemuanya. 


4)  Bateri yang dicas penuh hanya mampu bertahan sehari.

5) Sanggup ikat perut untuk membolehkan korang membayar bil telefon.



6) Hanya berbicara mengenai telefon bila jumpa dengan orang yang guna telefon yang sama.

7) Korang pasang alarm untuk semua perkara yang dilakukan.


8) Membelanjakan lebih wang terhadap aksesori berbanding telefon.



10 Gelaran Pengguna Smartphone Tegar..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Blogger~~

Nak tau terma-terma yang berevolusi daripada persekitaran berkait dengan telefon pintar dan kegunaannya? Adakah Korang tergolong dalam kategori di bawah??



1) Nomophobia : Individu yang merasa resah dan gelisah apabila tidak mempunyai capaian terhadap teknologi telefon pintar.

2) Smartphone Zombie: Individu yang secara konsisten fokus terhadap telefon pintar dan langsung tidak memberi perhatian kepada individu di sekeliling dan persekitaran mereka.



3) Smartphone Cruising : Memeriksa dan up date laman sosial sewaktu masa pergi dan pulang pejabat.



4) Crackberry : Lazimnya merujuk kepada pengguna blackberry yang tidak boleh meletakkan telefon mereka walaupun sebentar.

5) iPwned : Apabila seseorang bercakap dengan gahnya mengenai produk apple.

6) Smartphone Dead Leg : Rasa kebas atau seperti tidak mempunyai kaki disebabkan duduk terlalu lama akibat menggunakan telefon pintar, terutamanya di dalam tandas.



7) Smartphone Drone : Individu yang sentiasa menyembunyikan identiti sebenar yang membosankan dengan mencuba menjadi sebaliknya melalui mesej ringkas, tweet atau post yang dihantar melalui telefon pintar.

8) Smartphone Elbow : Rasa sakit yang dirasai pada bahagian pelipat tangan apabila diregangkan selepas melayari laman sesawang, menghantar mesej dan melakukan sesuatu menggunakan telefon pintar bagi suatu tempoh lama.



9) Smartphone Face : Bahagian dagu yang melandut kesan daripada melihat ke bawah sewaktu menggunakan telefon pintar.

10) Smartphone Moment : Apabila seseorang secara tidak sedar membiarkan teman dan kenalan apabila menggunakan telefon pintar.


What Berry Are You??? Part 2

salam 1 MALAYSIA....

entri kali ni berkisar tentang berry-berry...bukan kambing biri-biri yeee....ini contest untuk rebut Blackberry tajaan DIGI...syu dah jadi tamak dah ni....hohoho....dalam kepala da set nak dapatkan Blackberry ni....kalau nak beli mang tak mampu la syu....so bila ada contest macam ni la baru la keinginan nak pakai blackberry tu dapat dicapai tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.....hehehe....contest ni pun takde la boring sangat....sebab jawab kuiz + ada game....jadi best la sikit....tapi mang penat giler la sebab dari ranking ke 6000 nak target jadi ranking 1 - 6....huhuhu.....sekarang ni pun baru ranking 2000++....sempat ke tak ni pun tak tahu...takpe yang penting kita cuba kan (^_^)

apa yang menariknya lagi tentang contest ni, kita boleh download untuk wallpaper dia juga...boleh diberi pujian la kepada team DIGI yang anjurkan contest ni....mang bijak la diorang ni dari segi pemilihan hadiah, pastu ada gambar-gambar comel plak...mang kreatif la....TAHNIAH buat DIGI....kalau korang perasan, iklan nuffnang pun, paling banyak keluar iklan DIGI kan kan kan....syu pun pengguna DIGI gak...banyak kelebihan DIGI ni (^_^)....pelbagai cara digunakan untuk promote DIGI ni....bagi syu memang DIGI dah berjaya.....setanding dengan MAXIS dan CELCOM....

jom layan sikit gambar-gambar comel dari BERRY CONTEST ni....nama dia pun cute miut....mang bijok ahhh....hohohoho....macam-macam berry ada....

WHAT BERRY ARE YOU???













P/S: comel-comel kan (^_^)....nak join??? sempat ag ni

What Berry Are You???

salam 1 MALAYSIA...

hari ni macam biasa, syu dok buat software ni tak habis-habis lagi....semalam bos bagi software guna DOS...huisshhh, tengok memang la tau guna...tapi nak edit software yang dalam bentuk DOS macam mana??? tanya abang Google pun jawapan yang diberi masih blur-blur...tanya bos lagi la bluuuurrrrr....so kita buat la keje lain....curi tulang ayam lagi...hehehehe....

syu try cek churp churp...dah lama tak beroperasi benda tu dengan youthsays...buka tengok kempen apa yang ada....so support je semuaaaa....dalam banyak-banyak kempen tu, ada satu yang menarik minat syu....nak tau kempen apa???

ni haaaaa....


nak tau sebab apa syu berkenan dengan kempen ni??? sebab 1 kempen ni kalau join + main, ada can la nak dapat Blackberry Limited Edition punya....lagipun dah kebetulan boring la buat keje ni, apa lagi...play play maaaaa.....mana tau ada rezeki syu nak dapat Blackberry....hahahaha...mungkin ada sesetengah yang dah tau pasal benda ni kan...yang tak tahu tu, boleh roger-roger syu ok....syu tak boleh la nak letak link kat sini....kang nuffnang tarik balik status Glitterati mau menangis tak berlagu syu....