Assalamualaikum dan Salam sejahtera Blogger ~~
Harini sepanjang masa syu duduk mengadap laptop. Bahana duduk lama depan laptop membuatkan belakang badan sakit, mata jadi lesu dan rasa letih sangat. Apa yang syu buat? Kena senaman la sikit. Amik masa 60 minit buat senaman ringan selepas 7 jam duduk buat kerja je.
#Fakta Cergas:
1) Kajian dari Amerika Syarikat menunjukkan kesan hebat senaman ke atas jantung boleh membantu kita melawan impak negatif akibat duduk terlalu lama.
2) Kajian terbaru menyatakan untuk meningkatkan jangka hayat selama tiga tahun, anda perlu lari 5 hingga 10 minit setiap hari. Dengan sedikit larian, tetapi berterusan dapat meningkatkan kecergasan kardio-respiratori yang dikaitkan dengan umur panjang.
3) Bersenam bersama pasangan boleh meningkatkan hubunga dan juga tulang kita. Kajian menunjukkan 85% pasangan yang ditemui menyatakan aktiviti riadah bersama pasangan meninkatkan serta menyelamatkan hubungan mereka.
4) Tahukah anda? Anda sebenarnya membakar 377kJ setiap jam sekiranya anda melangkah dua anak tangga sekaligus berbanding melangkah satu persatu tangga?
No comments:
Post a Comment