Showing posts with label alam sekitar. Show all posts
Showing posts with label alam sekitar. Show all posts

Jagung Warna Warni????

salam blogger~~


cuba teka...
jagung asli atau mainan???



jawapannya adalah...

Maha Suci Allah...Awan Jatuh Ke Bumi

salam ramadan~~

syu nak kongsi satu video yang syu jumpa masa blogwalking tadi...SUBHANALLAH....AWAN JATUH DARI LANGIT KE BUMI...


kesahihan video syu tak pasti....

credit to

from youtube

Jalan-Jalan Perlis ke Gua Kelam

salam~~

ni cerita pada 23 MEI 2010 yang lepas....syu, abah, mak, dan adik g ambik kaklong kat UITM Arau.....kaklong baru je habis perlawanan Softball untuk MASUM.....wakil UM....dapat tempat ketiga....TAHNIAH!!

lepas ambik kaklong, takkan la nak balik kan....dari kedah ke perlis walaupun kat sebelah je...bukan selalu datang sini...so apalagi...ronda-ronda perlis :) saja g ronda bandar Kangar....apa yang menariknya kat Perlis??? First sekali kalau korang datang Perlis ni, mesti akan nampak warna bendera Perlis....BIRU dan KUNING.....memang semangat patriotik tinggi ni :)

boleh dikatakan bangunan di sini berwarna biru kuning....bukan la kesemuanya....tapi ADA! negeri-negeri lain tak tau la pulak kan ada ke tak cat warna bangunan ikut warna bendera...kalau ada bagitau syu ea....maknanya syu tak g lagi la tempat tu :)

gambar ni sempat syu snap masa dalam kereta.....





lepas pusing-pusing bandar, cadangnya nak g mandi air terjun.....kat Gua Kelam...sebab tak pernah sampai situ lagi....dulu datang perlis g taman ular sekali je....nak juga p Gua Kelam yang dah tak kelam :) tak tau jalan ni...pakai redah je....janji minyak kereta full! macam-macam cerita masa on the way nak g gua kelam, tak tau jalan...salah jalan patah balik...salah jalan patah balik....kat simpang empat, empat-empat jalan kitorang g, then patah balik....last-last abah cakap jom p Bukit Ayer.....huhuhu....takmo...nak p gua kelam.......sob sob....

akhirnya sampailah ke Bukit Ayer...on the way nak ke Bukit Ayer ni, korang akan jumpa Taman Herba kalau tak salah....ada Eagle Park....sepanjang jalan nak sampai ke Bukit Ayer....


bukit ayer yang tak ada ayer :(

disebabkan Bukit Ayer tak ada air, kitorang cari gak jalan g Gua Kelam! :) kitorang ikut jalan kampung....masuk ikut Wang Kelian....ada lagi satu jalan nak g Gua Kelam...ikut jalan nak ke Padang Besar....dekat sangat Gua Kelam dengan Padang Besar tu....tapi last-last tak mandi pun..posing ambik gambar je....

gambar yang diambil kat Gua Kelam...ni sebahagian je....

kalu nampak sign ni kira nak sampai dah la kat Gua Kelam :)

batu penanda sebelum masuk gua

ni kawasan mandi luar Gua Kelam

rupa gua berbatu...spotlight hijau

kawasan rehat dalam gua...kenapa kuning??? sebab ada spotlight warna kuning

batu penanda di bahagian dalam gua

cangkat je...sebab tak mandi...nak posing je...ada kawasan yang dalam juga

tempat persalinan, tandas, tempat rehat

tempat mandi bahagian dalam Gua Ke

indahnya..dikelilingi gunung yang menghijau

syu, abah, mak

boleh tahan la Gua Kelam ni...walaupun tak kelam, tapi dapat tengok keadaan dalam gua yang masih lagi kekal seperti keadaan mula-mula gua ini dijumpai....cuma dah ada titi nak jalan dan lampu la....kang kalu kelma jadi tempat lain plak ;)

Menunggu Hari Kemerdekaan

salam semua~~

hari ini hari ahad...esok hari isnin....ini bermakna, esok hari kemerdekaan tiba!! tak sabar dah ni....bukan hari kemerdekaan tanah melayu ok! ni hari kemerdekaan syuzana dari exam!!! esok last paper, ISE4042 FALAK SYARIE....

ni apa ke halnya ambil kos komputer tapi belajar falak ni???? falak ni subjek elektif luar fakulti...ambik subjek ni sebab belajar pasal bintang-bintang yang berkelip dikala malam langit cerah...fuhyooo...nak romantik sikit...ehem!! Falak ni belajar bagaimana nak menghitung waktu solat, nak tau arah utara, selatan, timur, barat....alat yang digunakan nak tengok bintang, planet....sepanjang belajar falak ni, syu sempat join 2 kali aktiviti mencerap...cerap apa??? first, cerap gerhana matahari pada 15 januari 2010...

~gerhana matahari...gambar ni diambil oleh syu guna kamera digital melalui cermin mata khas...bukan guna yang filem hitam...tapi kertas warna perak...lawa kan...macam bulan...masyaAllah~

~gerhana matahari...gambar ni diambil oleh syu guna kamera digital melalui cermin mata khas...cermin dari filem warna hitam....masyaAllah~

yang kedua cerap planet marikh dan planet zuhal waktu malam pada 4 march 2010....peehhh...memang lawa sangat planet zuhal...kekuasaan Allah SWT...gambar syu tak ambik sebab tertinggal kamera kat rumah...tapi lebih kurang macam gambar kat bawah ni la yang syu cerap masa malam tu....tak sia-sia ambil subjek ni walaupun tak de kena mengena dengan pembangunan perisian...

~planet marikh yang dilihat melalui teleskop~
*sumber: abg google*

~planet zuhal yang dilihat melalui teleskop...memang nampak gelang planet zuhal....tu yang cantik tu...rasa nak tengok lagi...tak puas ^_^~
*sumber: abg google*


so hari ni kena study untuk exam esok kul 2.30pm hingga 5.00pm....bagi sahabat yang mengambil subjek elektif SALAH FAHAM DALAM ISLAM, dah selamat sampai kat rumah...ada juga yang tunggu mak datang amik...ada juga yang tunggu kawan dia sorang ni habis exam esok...terima kasih kepada rainbowcloudy sebab sudi tunggu syu habis exam....dia syok-syok je relax-relax kat apartment dia duk blogwalking...syu kena exam T_T...barang tak kemas habis lagi ni....adeh...ada sapa-sapa nak tolong kemaskan tak??? cik rainbow, nak tolong ker ;)

~sikit-sikit je nak cerita ni...nak sambung study ni...bye..bye...~

p/s: bukan main susah nak amik gambar gerhana matahari melalui teleskop dan cermin mata khas untuk tengok gerhana matahari...

Earth Hour 2010


semalam 27 Mac 2010, bersempena Earth Hour, dimana semua lampu dan peralatan elektrik perlu ditutup..Ini bertujuan untuk menyokong kempen Earth Hour yang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2009..Earth Hour bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan isu pemanasan global..

Earth Hour bermula di bandaraya Sydney pada 2007 apabila sejumlah 2.2 juta buah rumah dan premis perniaagaan telah memadamkan lampu selama sejam..Pada tahun2008, kempen ini mula diterima ramai apabila 50juta orang diseluruh dunia menyertainya.

Menarik kan~~bayangkan 50juta orang dimana berkemungkinan lebih 50juta buah rumah dimuka bumi ni menutup bekalan elektrik selama sejam..sedikit sebanyak memberi kesan pada isu pemanasan global kan walaupun kita tak dapat lihat secara kasarnya..paling tidak pun sekadar menutup lampu selama sejam..bekalan eletrik lain guna je kan..situasi ini yang berlaku semalam di UDM..hanya setempat je yang tutup lampu..kalau tahun lepas, 1 blok akan ditutup suis utama selama sejam..tapi kali ni takde pun..semua lampu dalam bilik terpasang..sama je kan..

pendapat syu la kan, kalau negara kita nak menyokong sepenuhnya kempen Earth Hour ni, sepatutnya Tenaga Nasional Berhad kena putuskan bekalan elektrik satu Malaysia...1 Malaysia..selama sejam..kalau tak, memang rakyat yang kurang prihatin ni takkan tutup lampu..makin banyak guna bekalan eletrik ada la :) apapun kita tak boleh nak kerajaan je ambil tindakan..kita sebagai rakyat kena ada kesedaran masing-masing..baru boleh hidup aman damai..

Apapun kepada rakyat Malaysia lain yang prihatin terhadap alam sekitar, TAHNIAH untuk diri anda sendiri..Teruskan Cintailah Alam Sekitar..(dah lama tak nampak iklan ni)

p/s: lambat post entri ni sebab semalam tak dapat internet..huhuhu...server ditutup kot sempena Earth Hour..hehehe