Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Sekitar Tempat Shooting

salam blogger~

syu dah bagitau dalam entry sebelum ni pasal shooting untuk video kaunseling perkahwinan dan keluarga. Alhamdulillah video kitorang selama 30 minit tu berjaya memberi sedikit ilmu sambil menghiburkan hati classmate yang lain =). sambil-sambil kitorang shooting tu of course la sempat posing lagi. hehehe. wajib tak leh tinggal. layan je la gambar kat bawah ni ea.

ni barisan pelakon + ahli group syu
Dari kiri : Fazilah, Saiful, Kak Shima dan Syu

Tempat pertama kami shooting kat Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Kat bilik perbincangan kami buat scene sesi kaunseling menggunakan Solution Focused Therapy yang melibatkan 3 orang.

Dari kiri : Kaunselor, Suami, Isteri
Dah ada gaya bakal kaunselor dah ni..insyallah =)

Tempat kedua kami shoot kat Restoran Seri Menanti, Bangunan Canselori UKM. Tempat dia macam ala-ala buffet sikit, gaya hotel. So dijadikan sebagai scene tempat makan semasa percutian dan juga scene kak shima sebagai rakan pejabat saiful tengah menasihatla kononnya.....

scene bercerita masalah pada rakan sepejabat


Tempat ketiga kami shoot kat Danau Golf Club, UKM. Sebab ada gaya macam tempat percutian sikit kan. Sebagai penutup video pengakhiran sesi kaunseling. Happy Ending lepas melalui sesi kaunseling.


ni gambar kat Danau Golf Club. Yang kat belakang tu swimming pool UKM.

antara scene percutian dalam lakonan. Pinjam kereta yang kebetulan parking kat situ. hehehe

kami bertiga je

posing lepas shooting. Org main golf, kami bergambar plak

 Kami booking buggy car ni untuk shooting 10 minit. Lepas tu berposing la lagi. Peluang bukan datang selalu. Tak main golf belum tentu dapat naik ni =)

bawa betul ni tauuu.

sempat lagi tu...hehehe

suka suki lagi posing =)

belajar kos ni, dalam fakulti sains sosial memang best. Setiap sem kena buat lakonan. Boleh minta part time berlakon dah ni perasan bagus! Yang penting ENJOY penat-penat pun. Dapat plak group yang kepala sempoiii... Banyak pengalaman baru yang dapat. Tukar bidang untuk dapatkan ilmu baru. Wish all of us the best ye. Keluar dah ada ilmu kaunseling. Untuk diri sendiri dan orang lain juga =)



Bukit Merah Lake Town

salam~~


kelmarin alkisahnya, syu sekeluarga pergi ke Bukit Merah Laketown....asalnya nak g berkelah kat tempat lain....tapi lain plak jadinya.....tempat lain yang kami g berkelah....tengah hari kelmarin agak kelam kabut sikit...ye la dapat tahu nak g Bukit Merah...masa tu pukul 12 tengah hari...apa lagi....bersiap sepantas kilat (syu memang lambat bersiap :))....masukkan makanan dalam bekas....terus naik kereta pukul 1....

sebenarnya, kami bukan nak g berkelah kat Bukit Merah Laketown Resort....tapi kami nak g berkelah kat Bukit Merah Laketown Institute of Allied Health Sciences...


kami nak g jenguk adik syu, syuhairi yang demam 4 hari....dia belajar kat situ....sekaligus nak hantar tok dengan tokwan balik kat bandar baharu...sampai sana kami berkelah kat tepi apartment ary (^_^). apartment ni budak nursing kongsi dengan orang luar yang beli apartment kat situ....siap ada club house lagi....hari-hari nak g berenang kat swimming pool pun takpe...best best.....

ni lauk kami berkelah
lala, sambal sotong, lobak masin goreng, ikan goreng, masak lemak, ulan dan sambal belacan

dari tempat kami berkelah, boleh nampak lebuhraya

sebelum balik..posing sikit kat apartment ary :)

last-last...singgah rumah tok kejap je....tok tak jadi nak balik lagi...lepas amik rempah sup 100 peket, terus balik sebab abah kena hantar barang plak.....tapi best tambah penat....setengah hari pergi balik....

Contest Gambar Best by AsaDa.

salam~~

AsaDa bermurah hati mengadakan contest Gambar Best untuk para blogger....hadiahnya datang khas dari EGYPT (^_^)....gambar yang syu pertaruhkan untuk contest ni adalah....

************
***********
**********
*********
********
*******
******
*****
****
***
**
*

haaa..tudia....aksi anak beranak melompat (^_^)...dari kiri ary...belakang abah...kanan kaklong...yang tengok je tu, mak syu...syu jadi jurugambar :) masa snap gambar ni, asalnya ary dengan kaklong je yang lompat....bila tengok balik dalam laptop, rupa-rupanya abah pun lompat juga :) banyak kali syu try snap gambar lompat ni...lastly yang ni la nampak yang terbaik...memang sporting la abah.....

gambar ni diambil time kami g jalan-jalan kat gunung jerai....memang best la tempat dia...dah makin cantik dari dulu...sesiapa yang dah lama tak g gunung jerai tu, bolehla g bercuti kat sana...memang tak rugi!!! kalau nak tengok lagi banyak gambar menarik, boleh klik SINI ea...kami kat atas gunung jerai ni keja posing amik gambar je la....lagi gambar dalam facebook syu ea (*_*)

Selamat Datang ke Gunung Jerai

salam~~

SELAMAT DATANG KE GUNUNG JERAI, KEDAH DARUL AMAN.......hari ni syu nak bawa korang semua melawat Gunung Jerai.....sapa nak ikot???? JOM....scroll ke bawah yer (^_^)

30 MEI 2010, syu dan family syu, except adik yang bongsu (g main bola jaring) telah pergi jalan-jalan kat gunung jerai....jalan-jalan jer.....tak tido situ pun....so berpakat la dengan makcik sekeluarga dan makteh sekeluarga...kiranya jalan-jalan adik bradik family sebelah abah.....

tak mau cerita panjang.....nak layan gambar je ye......JOM LAYANNNNNNN.....

tempat penginapan di Gunung Jerai....sekarang dah diambil alih oleh Regancy Hotel...memang confirm cantik la bilik penginapan kat sini....macam ala-ala English Style....

syu sampai sini asyik amik gambar je....banyak hiasan bunga kat sini....

mak syu pun posing gak...tengok betul tak...banyak bunga.....cantik~~

kakak syu dan adik laki(hero family)...posing la...syu tukang amik gambar jer...

lawa kan....teringat kat bunga lavender....

ary, kaklong, abah, mak and syu(jurufoto)
bunga lagi kat belakang tu

kat semua tempat amik gambar ada je bunga....

hero family posing....lawakan pemandangan belakang tu...ni waktu malam berkabus
syu jadi jurufoto...tu yang gambar lawa...tak kabur(puji sikit)

taman bunga yang ditemani cahaya lampu.....mengindahkan lagi pemandangan

tengok apa tu....senyum senyum :)

abah dan mak dalam taman orkid
gambar diambil ada flash

gambar diambil tampa flash....beginilah suasana sebenar diwaktu malam..

tengok....atas rumput pun landing lagi...mang kaki amik gambar ni....

syu snap...tengok keindahan pokok kat belakang tu...dengan diselubungi kabus serta bermandikan cahaya lampu :)

berkabus....sejuk....takyah g jauh-jauh,....jom naik puncak gunung jerai waktu malam dalam pukul 8.00pm....boleh diselubungi kabus....sejukkk...

tak caya....tengok ni ha....kabus tebal....posing juga

ni tempat makan....cafe aka restoren kat sini...cantik.....

jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.......
kabus betul-betul tebal...best!!
cantikkan gambar....syu yang snap tau :)

ni pun tempat penginapan juga....rumah....

lastly...3 family yang turut serta dalam jalan-jalan kali ni....

memang best la....ni baru 3 family...kalu kumpul 10 family sebelah abah....fuuhhhh....mang giler happening kot (~_~)

sesiapa yang ingin pergi bercuti sambil menikmati keindahan alam semulajadi....melihat kecantikan terbenamnya matahari.....silalah datang ke Gunung Jerai....

My Family's Sweetest Moment @sweetomoide Contest

salam~~


sweet@omoide mengadakan contest Family's Sweetest Moment disamping ingin berkongsi kenangan terindah keluarga blogger.....! Di samping menambah kenalan blogger dan mengikat silaturrahim.

gambar yang syu pertaruhkan adalah

**********
*********
********
*******
******
*****
****
***
**
*

dari kiri : syu, abah, ary(adik), mak
jurukamera : kaklong

tarikh : 30 MEI 2010

gambar ni diambil pada 30 Mei 2010....bertempat di puncak Gunung Jerai....di Taman Orkid....saja jalan-jalan bersama keluarga....tapi adik bongsu takde sebab ada latihan bola jaring di sekolah....kami tak bermalam disini....hanya datang menghayati keindahan alam semulajadi kat sini...untuk pengetahuan semua, Gunung Jerai sekarang dah semakin cantik....tempat penginapan pun dah dibaiki pulih....sekarang ni Regancy Hotel dah ambil alih kawasan ni....jadi lebih menarik pemandangan kat sini...landskapnya pun amat menarik hati....gambar di atas salah satunya...

nak join contest ni????
klik SINI...

Jalan-Jalan Perlis ke Gua Kelam

salam~~

ni cerita pada 23 MEI 2010 yang lepas....syu, abah, mak, dan adik g ambik kaklong kat UITM Arau.....kaklong baru je habis perlawanan Softball untuk MASUM.....wakil UM....dapat tempat ketiga....TAHNIAH!!

lepas ambik kaklong, takkan la nak balik kan....dari kedah ke perlis walaupun kat sebelah je...bukan selalu datang sini...so apalagi...ronda-ronda perlis :) saja g ronda bandar Kangar....apa yang menariknya kat Perlis??? First sekali kalau korang datang Perlis ni, mesti akan nampak warna bendera Perlis....BIRU dan KUNING.....memang semangat patriotik tinggi ni :)

boleh dikatakan bangunan di sini berwarna biru kuning....bukan la kesemuanya....tapi ADA! negeri-negeri lain tak tau la pulak kan ada ke tak cat warna bangunan ikut warna bendera...kalau ada bagitau syu ea....maknanya syu tak g lagi la tempat tu :)

gambar ni sempat syu snap masa dalam kereta.....





lepas pusing-pusing bandar, cadangnya nak g mandi air terjun.....kat Gua Kelam...sebab tak pernah sampai situ lagi....dulu datang perlis g taman ular sekali je....nak juga p Gua Kelam yang dah tak kelam :) tak tau jalan ni...pakai redah je....janji minyak kereta full! macam-macam cerita masa on the way nak g gua kelam, tak tau jalan...salah jalan patah balik...salah jalan patah balik....kat simpang empat, empat-empat jalan kitorang g, then patah balik....last-last abah cakap jom p Bukit Ayer.....huhuhu....takmo...nak p gua kelam.......sob sob....

akhirnya sampailah ke Bukit Ayer...on the way nak ke Bukit Ayer ni, korang akan jumpa Taman Herba kalau tak salah....ada Eagle Park....sepanjang jalan nak sampai ke Bukit Ayer....


bukit ayer yang tak ada ayer :(

disebabkan Bukit Ayer tak ada air, kitorang cari gak jalan g Gua Kelam! :) kitorang ikut jalan kampung....masuk ikut Wang Kelian....ada lagi satu jalan nak g Gua Kelam...ikut jalan nak ke Padang Besar....dekat sangat Gua Kelam dengan Padang Besar tu....tapi last-last tak mandi pun..posing ambik gambar je....

gambar yang diambil kat Gua Kelam...ni sebahagian je....

kalu nampak sign ni kira nak sampai dah la kat Gua Kelam :)

batu penanda sebelum masuk gua

ni kawasan mandi luar Gua Kelam

rupa gua berbatu...spotlight hijau

kawasan rehat dalam gua...kenapa kuning??? sebab ada spotlight warna kuning

batu penanda di bahagian dalam gua

cangkat je...sebab tak mandi...nak posing je...ada kawasan yang dalam juga

tempat persalinan, tandas, tempat rehat

tempat mandi bahagian dalam Gua Ke

indahnya..dikelilingi gunung yang menghijau

syu, abah, mak

boleh tahan la Gua Kelam ni...walaupun tak kelam, tapi dapat tengok keadaan dalam gua yang masih lagi kekal seperti keadaan mula-mula gua ini dijumpai....cuma dah ada titi nak jalan dan lampu la....kang kalu kelma jadi tempat lain plak ;)