Showing posts with label Course. Show all posts
Showing posts with label Course. Show all posts

Sekitar Tempat Shooting

salam blogger~

syu dah bagitau dalam entry sebelum ni pasal shooting untuk video kaunseling perkahwinan dan keluarga. Alhamdulillah video kitorang selama 30 minit tu berjaya memberi sedikit ilmu sambil menghiburkan hati classmate yang lain =). sambil-sambil kitorang shooting tu of course la sempat posing lagi. hehehe. wajib tak leh tinggal. layan je la gambar kat bawah ni ea.

ni barisan pelakon + ahli group syu
Dari kiri : Fazilah, Saiful, Kak Shima dan Syu

Tempat pertama kami shooting kat Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Kat bilik perbincangan kami buat scene sesi kaunseling menggunakan Solution Focused Therapy yang melibatkan 3 orang.

Dari kiri : Kaunselor, Suami, Isteri
Dah ada gaya bakal kaunselor dah ni..insyallah =)

Tempat kedua kami shoot kat Restoran Seri Menanti, Bangunan Canselori UKM. Tempat dia macam ala-ala buffet sikit, gaya hotel. So dijadikan sebagai scene tempat makan semasa percutian dan juga scene kak shima sebagai rakan pejabat saiful tengah menasihatla kononnya.....

scene bercerita masalah pada rakan sepejabat


Tempat ketiga kami shoot kat Danau Golf Club, UKM. Sebab ada gaya macam tempat percutian sikit kan. Sebagai penutup video pengakhiran sesi kaunseling. Happy Ending lepas melalui sesi kaunseling.


ni gambar kat Danau Golf Club. Yang kat belakang tu swimming pool UKM.

antara scene percutian dalam lakonan. Pinjam kereta yang kebetulan parking kat situ. hehehe

kami bertiga je

posing lepas shooting. Org main golf, kami bergambar plak

 Kami booking buggy car ni untuk shooting 10 minit. Lepas tu berposing la lagi. Peluang bukan datang selalu. Tak main golf belum tentu dapat naik ni =)

bawa betul ni tauuu.

sempat lagi tu...hehehe

suka suki lagi posing =)

belajar kos ni, dalam fakulti sains sosial memang best. Setiap sem kena buat lakonan. Boleh minta part time berlakon dah ni perasan bagus! Yang penting ENJOY penat-penat pun. Dapat plak group yang kepala sempoiii... Banyak pengalaman baru yang dapat. Tukar bidang untuk dapatkan ilmu baru. Wish all of us the best ye. Keluar dah ada ilmu kaunseling. Untuk diri sendiri dan orang lain juga =)



Pengumuman Menjana Pendapatan!!!

salam blogger....
ini sticky note...scroll bawah untuk entri terbaru

PENGUMUMAN!!!!!

kepada semua rakan-rakan blogger yang berada di sekitar alor setar.....

jom ramai-ramai kita p tengok preview untuk Score A Programme


yang akan diadakan pada hari setiap hari Rabu...

bertempat ni Shahab Perdana....

dalam area pukul 9.00pm - 11.00pm (datang lewat sikit pun takpe)....

preview ni bukan untuk orang yang nak amik exam tau, tapi untuk orang yang nak berbisnes dan nak tahu lebih lanjut pasal Score A Programme ni....

sebab tu syu cakap memang takkan rugi pun kalu korang pegi nanti....


untuk keterangan lanjut, hantarkan email pada syu, then syu jawab persoalan korang....

email : ryanza_capital@yahoo.com


tak rugi kalau korang datang....

pada sesiapa yang nak bayar duit PTPTN cepat tu, datang la ke preview ni nanti....

i'm back....

salam blogger~~

dah lama rasanya blog syu ni tak terjaga...entri takde...traffic pun turun :( ni gara-gara tak dapat internet kat asrama....lepas ni insyallah syu akan memulakan balik sesi kunjung mengunjung rakan blogger yang selalu menjenguk syu...terima kasih yer...

kenapa yer dengan senang hati dapat internet plak ni???? haaaaaa....syu g pesta konvo semalam....so apa lagi...disebabkan susahnya internet takde nak wat keje, syu dengan member syu dah pun beli broadband....kami beli pakej RM48 sebulan...bukan nak download banyak benda sangat pun.....tapi yang penting dah dapat berblog balik (^_^)


sepanjang 2 minggu ni, syu sibuk sikit...dalam proses buat research untuk final year project....proposal tak buat lagi ni....still dalam proses edar borang kaji selidik...dah nak kena submit hari khamis ni....adeh....

harap-harap sistem ni tak direject oleh my supervisor, Encik Kamir.....doakan research syu diterima yer (^_^)....petang ni nak g edar lagi borang kaji selidik tu....sebab malam ni syu ingat nak g tapak pesta konvo....tengok persembahan...kat sini nak tengok artis buat persembahan pun 1 sem sekali jer...paling banyak 2,3 kali 1 semester....final year dah...last sem dah kat UniSZA ni...sambil buat final project sambil enjoy....hehehe

next time syu akan update entri syu g bemandi-mandi di La Hot Spring...best....tungguuuuuu.....

Result Exam dah Keluar!!

salam~~

syu agak terkejut sebenarnya....pagi tadi kat shoutbox, member syu cakap result dah keluar....result apa???? rupa-rupanya result exam....memang awal giler....selalunya result exam keluar lagi lambat dari U lain.....emmm...adakah sistem pentadbiran UDM dah makin meningkat??? kalau betul, alhamdulillah....lepas ni tunggu plak untuk penentuan kediaman asrama....akan ada juga ke pelajar yang tercicir nama untuk tinggal di asrama atau semuanya dah sistematik......cek je terus tau duduk kat asrama mana...emm...kita tunggu....

macam mana dengan result syu???? Alhamdulillah....lebih baik dari sem yang sebelumnya.....subjek killer pun dapat ok la....result tinggi sikit dari jangkaan....kalau rendah dari jangkaan alamatnya frust menonggeng la syu....


ada lagi 2 sem nak pulun....final year projek sem depan dan sem akhir praktikal.....chaiyok! chaiyok!

Tahniah China! Tahniah Korea! Tahniah Kota Setar! Tahniah Syuzana!

TAHNIAH CHINA!!
Tahniah kepada CHINA kerana sekali lagi telah berjaya membawa pulang PIALA THOMAS ke CHINA....corak permainan pemain badminton pasukan CHINA memang mantap! wajarlah mereka sekali lagi menang dalam perlawanan kali ini...setiap perlawanan diantara CHINA - MALAYSIA, menang ketiga-tiga set...begitu juga dengan perlawanan diantara CHINA - INDONESIA....TAHNIAH sekali lagi kepada kontinjen CHINA!!

kepada kontinjen MALAYSIA, jangan berputus asa....masih ada peluang di masa hadapan...teruskan berusaha dan lebih fokus untuk mencapai matlamat MALAYSIA untuk membawa pulang PIALA THOMAS ke MALAYSIA...


TAHNIAH KOREA SELATAN!!
Tahniah kepada KOREA SELATAN kerana buat pertama kalinya dapat membawa pulang PIALA UBER ke KOREA SELATAN!!


Kali pertama raih Piala Uber selepas lima percubaan pada saingan final

KOREA Selatan mematahkan ego China selepas membuat kejutan besar menewaskan juara bertahan itu 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Uber yang penuh dramatik di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Pengurus pasukan, Kim Jong-soo dan anak anak didiknya berjaya melesetkan ramalan awal betapa China terlalu unggul untuk dijinakkan apabila menukar tempelak itu menjadi satu semangat menumbangkan keangkuhan lawan untuk membawa pulang Piala Uber buat kali pertama selepas lima percubaan serta memastikan mereka menyertai kelab elit empat negara trofi keagungan berpasukan wanita itu. Kejayaan itu sekali gus memaksa Li Yongbo menelan kata-katanya sendiri selepas ketua jurulatih China itu sebelum ini dengan angkuhnya bernada yakin bahawa Korea Selatan akan tetap berputih mata pada pertemuan final keenam kedua-dua pasukan berkenaan.

Keputusan:
Bae Seung Hee mn Wang Yihan 23-21, 21-11
Lee Hyo Jung-Kim Min Jung mn Ma Jin-Wang Xiaoli 18-21, 21-12, 21-15
Sung Ji Hyun kk Wang Xin 14-21, 21-16, 7-21
Lee Kyung Won Won-Ha Jung Eun mn Du Jing-Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19.
* kredit kepada Berita Harian


TAHNIAH KOTA SETAR!!
TAHNIAH kepada Daerah Kota Setar kerana telah berjaya mendapat JOHAN PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 15 TAHUN peringkat daerah pada 15 Mei 2010 yang lalu!!! Seterusnya antara kesemua pemain yang bermain pada hari itu telah dinilai dan akan dipilih untuk ke perlawanan peringkat negeri iaitu mewakili NEGERI KEDAH DARUL AMAN....antaranya adik syu sendiri...syuzaini aka syu(WD)...

Barisan Pemain Kota Setar Bawah 15 tahun...Dari kanan:
Aifa(GS), Pain(GA), Nani(WA), Syikin(C), Syu(WD), Alia(GD), Azi(GK), Ku, Birin, Zaheerah

Keputusan:
Kota Setar lwn Kulim Bandar Bharu 22-13
Kota Setar lwn Kuala Muda Yan 14-19
Kota Setar lwn Padang Terap 27-13
Kota Setar lwn Kubang Pasu 31-19

Final : Kota Setar lwn Kuala Muda Yan 29-14


TAHNIAH SYUZANA!!
Tahniah kepada cik syuzana aka syu :) ni nak tumpang kegembiraan juga..hahaha...sebabnya, syu dah berjaya mendapatkan lesen memandu L...bagi sesetengah orang apalah sangat setakat dapat lesen L..bangga sangat dah..itu mungkin orang lain....tapi bagi syu, ni pertama kali dapat lesen wooo...orang lain dah pernah dapat lesen L untuk motor...tapi syu takde...terus kereta...selepas 5 tahun baru ada keberanian nak amik lesen kereta...itu pun sebab hujung tahun ni nak g praktikal...

Apapun TAHNIAH untuk diri syu...cikgu puji syu cepat belajar...masa teori(3jam), praktikal(3jam)...masa praktikal tadi, alhamdulillah...syu berjaya mendapat ilmu baru untuk memandu di INSTITUT MEMANDU ILMU BARU SDN BHD...sebab syu dah lepas naik bukit, berhenti diatas bukit dan parking...mula-mula tengok diorang buat ujian JPJ pagi tadi, masa naik bukit turun balik, memang takut tak lepas...tapi bila dah bawa, tau teknik, taklah sesusah yang kita tengok...cuma kena sentiasa beringat je...lepas ni mudah la bagi syu untuk belajar dan mudah untuk cikgu yang bakal mengajar syu nanti...tapi untuk 8jam seterusnya lebih mencabar sebab bawa di jalan raya...bahaya lagi di jalan raya berbanding di litar...

p/s: kepada semua pemandu-pemandu di Malaysia terutama penunggang motosikal....berlumbalah di litar, bukan di jalan raya...PANDU CERMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!!

Ujian Teori Berkomputer

salam~~

sihat ke semua hari ni?? syu sihat cuma selsema tak hilang lagi...adeh...dah dekat seminggu dah ni....alkisahnya entri kali ni mesti la mengenai Ujian Teori Berkomputer yang syu baru je selesai amik tadi.....semalam memang tak online sangat...buka kejap-kejap je internet sebab syu tak study habis pun untuk exam hari ni...kalau buka blog alamatnya memang tak membaca dah la....

syu memang malas sikit bab membaca ni...sebab tu terus jawab soalan....500 soalan dalam buku....buat sampai tertido-tido...yela dengan keadaan cuaca panas lagi cepat syu mengantok...sampai petang tak habis lagi jawab...dalam kepala dah rasa malas dah ni...so, syu langkau la terus jawab yang belakang sampai soalan ke 500 tutup buku :)

lepas magrib, syu cuba jawab soalan guna cd yang syu beli....kan nak jawab guna komputer kan..kira nak familiar la dengan soalan...masa syu jawab, dalam hati "awat suma yang aku baca tak masuk pun"....jawab lagi 4 kali....pun sama juga....adeh....sampai tengah malam....syu sebab tak baca buku sebab tu tak rasa selamat....nak cuba buat lagi soalan tu...bancuh milo ais, sambil buat soalan sampai kul berapa ntah, rasanya dalam kul 2 kot...tertido....bangun da subuh...makkkk....tak habis buat lagi...huhu...

pagi tadi mak p hantar kat cawangan institut memandu ILMU BARU SDN. BHD....so diorang la p hantar syu p tempat exam kat MYSPEED kat Jalan Teluk Wanjah...sampai pukul 8am, tak buka lagi tempat tu....syu memang bawa buku soalan....baca balik soalan yang syu tak jawab semalam....tengok sekali imbas...pukul 8.30am pintu dibuka...syu terus masuk amik nombor...no 1....awal gila...duduk tak sampai seminit no syu dipanggil....bagi ic amik gambar bayar RM10, pastu terus dia suruh masuk jawab....tak sedia lagi la oiii...adehh......

tunggu apa lagi....kena la masuk juga....tapi serius tak rasa apa pun...berdebar pun tak, takut pun tak...no feeling at all! kenapa ea??? padahal tak baca pun...jawab punya jawab punya jawab, akhirnya selepas 22minit 34saat...syu menamatkan peperiksaan syu....soalan yang keluar semua yang syu baru imbas tadi....nasib baik tengok soalan tu....agak-agak korang syu dapat berapa????? teka dalam hati je ye....

emm...perasaan tengok keputusan ni sama dengan perasaan syu masa amik result PMR...tak berperasaan....tak dak feel nak suka ke nak sedih ke....awat la aku ni....emmm...so the result is???? ALHAMDULILLAH LULUS!! syu tanya mak syu, mak syu teka 45...abah teka 47 (abah kata sebab syu pandai sikit...hehehe)....sampai rumah kaklong plak kol...dia teka 50 kira full mark.....agak-agak tekaan sapa yang mengena???? syu tak nak buat contest....nak teka suka-suki je....

meh syu nak kongsi sikit....excited sebenarnya...ada tak orang dapat full mark untuk exam ni??? ada tak?? sapa dapat 50/50 sila angkat tangan anda :)


SAYA...
~ini kucing baru lepas amik lesen berjalan dua kaki~

SAYA...
~eheh....adik dapat markah penuh sebab tu dapat no 1~

dah panjang lebar syu mengarut ni..markah syu berapa???? emm...boleh la dikatakan lulus dengan cemerlang...50/50 markah penuh..percaya ke tak???? hahaha....esok atau lusa mungkin dah boleh mula kelas praktikal...wish me all the best ye :D

p/s: kepada sesiapa yang amik lesen memandu...bacalah buku soalan anda..jangan tak baca ye

Menunggu Hari Kemerdekaan

salam semua~~

hari ini hari ahad...esok hari isnin....ini bermakna, esok hari kemerdekaan tiba!! tak sabar dah ni....bukan hari kemerdekaan tanah melayu ok! ni hari kemerdekaan syuzana dari exam!!! esok last paper, ISE4042 FALAK SYARIE....

ni apa ke halnya ambil kos komputer tapi belajar falak ni???? falak ni subjek elektif luar fakulti...ambik subjek ni sebab belajar pasal bintang-bintang yang berkelip dikala malam langit cerah...fuhyooo...nak romantik sikit...ehem!! Falak ni belajar bagaimana nak menghitung waktu solat, nak tau arah utara, selatan, timur, barat....alat yang digunakan nak tengok bintang, planet....sepanjang belajar falak ni, syu sempat join 2 kali aktiviti mencerap...cerap apa??? first, cerap gerhana matahari pada 15 januari 2010...

~gerhana matahari...gambar ni diambil oleh syu guna kamera digital melalui cermin mata khas...bukan guna yang filem hitam...tapi kertas warna perak...lawa kan...macam bulan...masyaAllah~

~gerhana matahari...gambar ni diambil oleh syu guna kamera digital melalui cermin mata khas...cermin dari filem warna hitam....masyaAllah~

yang kedua cerap planet marikh dan planet zuhal waktu malam pada 4 march 2010....peehhh...memang lawa sangat planet zuhal...kekuasaan Allah SWT...gambar syu tak ambik sebab tertinggal kamera kat rumah...tapi lebih kurang macam gambar kat bawah ni la yang syu cerap masa malam tu....tak sia-sia ambil subjek ni walaupun tak de kena mengena dengan pembangunan perisian...

~planet marikh yang dilihat melalui teleskop~
*sumber: abg google*

~planet zuhal yang dilihat melalui teleskop...memang nampak gelang planet zuhal....tu yang cantik tu...rasa nak tengok lagi...tak puas ^_^~
*sumber: abg google*


so hari ni kena study untuk exam esok kul 2.30pm hingga 5.00pm....bagi sahabat yang mengambil subjek elektif SALAH FAHAM DALAM ISLAM, dah selamat sampai kat rumah...ada juga yang tunggu mak datang amik...ada juga yang tunggu kawan dia sorang ni habis exam esok...terima kasih kepada rainbowcloudy sebab sudi tunggu syu habis exam....dia syok-syok je relax-relax kat apartment dia duk blogwalking...syu kena exam T_T...barang tak kemas habis lagi ni....adeh...ada sapa-sapa nak tolong kemaskan tak??? cik rainbow, nak tolong ker ;)

~sikit-sikit je nak cerita ni...nak sambung study ni...bye..bye...~

p/s: bukan main susah nak amik gambar gerhana matahari melalui teleskop dan cermin mata khas untuk tengok gerhana matahari...

Pelanggan Pelayan

Pelanggan pelayan ni bukan pelanggan yang datang ke kedai makan, pelayan melayan...konsepnya sama cuma kegunaanya lain...Pengkomputeran Pelanggan Pelayan(Client Server) subjek yang syu exam esok...so hari ni kita belajar serba sedikit tentang client server...ni kira study sambil berblogging la ni...sambil menyelam minum air...nak tau lebih lanjut tentang peer to peer, client server, NOS, Topology--> Laman Sumber ICT

JOM STUDY :)~~

Client Server- client request data to server, server will response to client request.

Characteristics CS
1) shared resource - server service many clients and regulate acess to shared resources.
2) asymmetric protocol - many to 1 relationship
3) mix and match - ideal C/S software independent of hardware/os
4) scalability - C/S system can be scaled

Component CS
1) Client
2) Server
3) Middleware

Categories CS
1) Tiny shops and nomadic users
- easiest client server
- runs client/ server/ middleware on same machine
- for one person shop/ laptop users
- can communicate with outside world

2) Small shops and departments
- suited for LAN technology
- consists multiple client access local server
- security implemented
- easy identified failures and to monitor and manage network

3) Intergalactic enterprice
- multiple server line on the internet, intranets and corporate backbone network
- can partition servers based on
--> funtion
--> resource
--> database
- can be as many server combinations
- properly combined can increase amount of computing power and flexibility of system

4) Post scarcity world
- every machine a full function server : run file server, db server, workflow agent etc
- all machine may run almost all forms of C/S software

Categories of Server
1) File Server
- client(PC) passes request for file record over a network to the file server
- useful for sharing file across the network

2) Database Server
- client passes SQL request as message to database server over a network
- results return over network

3) Groupware Server
- place people in direct contact with other people
- manage the semi-structured information sch as image, mail, bulletin boards and the flow of work
- usually application are created using scripting language and form based interfaces
- nowadays, groupware product use email(internet) as standard middleware

4) Web Application Server
- web server returns documents when client ask for them by name
- client and server communicate using an RPC - like protocol called HTTP

5) Transaction Server
- client invoke remote procedure (service) that reside on the server with an SQL database engine
- can create the client/server application by writing the code for both client and server component
- client component have GUI
- server component consists of SQL transactions
- these application si called OLTP

6) Objek Application Server
- client/server application is written as a set of communicating objects
- client objects communicate with server object using ORB
- server objects must provide support for concurrency and sharing

Fat Server OR Fat Client

Fat Server - more function on the server
- easier to manage and deploy on the network
- client in fat server provides the GUI and interacts with the server through RPC
- eg: groupware, transaction, web server distributed objects

Fat Client - more function on the client
- traditional form of CS
- clients know how the data is organized and store in server side
- used for decision support and personal software
- eg: database, file server and distributed objects

habis dah study bab 1 client server atau pengkomputeran pelanggan pelayan...terima kasih kepada sesiapa yang study bersama-sama syu...faham ke tak??? buat-buat faham la ye....

p/s: kepada SMSKPP6 ALL THE BEST for paper esok...make sure database anda tak corrupt ye!!

End of MS SharePoint~~

kelmarin last kelas untuk kursus MS SharePoint..bye bye to our trainer Mr Albert Jeremy : from Indonesia, sangat-sangat arif tentang MS SharePoint..end of MS SharePoint..tapi tak bermakna end of practise using MS SharePoint..semua berjaya grad kursus ni..CONGRATZ TO ALL MY FRIENDS!!


cuma jangan lupa ler..exam sebenar next week hari isnin..study study study!! macam apa yang dikata oleh cik evilolyta, sir cakap "i don't trust u"..bermaksud, dia tak percaya kitorang study masa cuti ni untuk exam next week..hahaha..macam tau-tau jer..memang la, time kelas pun main-main, bukan concentrate sangat pun..sir pun dah tau perangai kami semua..so sebagai preparation for final online exam, sir suruh sorang-sorang jawab exam kat depan..ahah, semua orang tengok kita jawab apa..walaupun just test exam tapi hati berdebar-debar..sejuk tangan..sebab apa? sebab kena jawab kena bagi dapat full mark! untuk dapat point..sapa yang volunteer 3 orang pertama jawab, dapat 2 point..sepanjang kursus point syu ada 1..ditambah plak dengan 2 point, jadi la 3point..ini bermakna test exam tu syu dapat full mark!! alhamdulillah..moga-moga final exam pun macam tu juga...

sijil da grad~~

penentu pemenang kuiz yamg mengumpul point terbanyak..Tempat Pertama: Kak Dayah, Tempat Kedua: mawardi, Tempat Ketiga: Kak Husna...sebelum tu point syu dengan kak husna sama..so, sir buat la satu pertandingan antara kami berdua..setiap sorang kena cerita pengalaman dia sepanjang 2 minggu mengikuti kursus ni..hah! sudah..xnak xnak xnak cakap kat depan..tapi nak buat macam mana, kena juga ler..duk kat depan tersengih-sengih, pusing kiri kanan, tak tau nak cakap apa...hentam saja la labu..merepek la kat depan tu..pas tu turn kak husna...then finally dengan undian tertinggi kak husna(memang master dalam stsadm) merangkul tempat ketiga...tahniah kepada pemenang!!

kena cakap kat depan..tapi dok tersengih-sengih je pun~~

Overall kursus ni memang best..lepak, gedik santai suma ada..Sir memang sporting la!! Thanks to u sir sharing ur knowledge about MS SharePoint..like evilolyta said "Sharing is Caring"..ahaks~~