Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kereta~~

salam blogger~~


Syu nak berkongsi tips tentang kereta sebagai peringatan kepada diri Syu, kaum lelaki dan TERUTAMANYA WANITA!! Wanita memang sinonim dengan tahu bawa kereta tapi tak tahu tentang kereta. So, harap info ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada semua & ladies driver. Jom kita tengok benda apa yang kita perlu tahu ni??

1. Minyak hitam.

Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.


2. Filter - sama seperti minyak enjin.

Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)


3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!

Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...


4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"

14. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.

15.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.

17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

22 Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc

Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc


23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Jangan Berlagak Hebat Atas Jalan Raya!!!

salam blogger~~

pagi ni cuaca agak mendung....syu keluar rumah pun agak lewat dari selalunya...macam biasa la syu yang drive nak pegi kerja...mak duduk kat sebelah....pagi kelmarin memang hujan, jadi memang jalan jam la...tapi pagi ni kurang sikit...ingatkan sempatla sampai tempat keje sebelum kul 8.00am....tapi memang tak sempat juga....merah dah kad =( .....

yang syu nak cerita kat sini, khas buat pemandu kereta yang perasan dia hebat sangat sampaikan tak bertimbang rasa pada pengguna jalan raya yang lain!!! syu nak p keje kena ikut laluan yang bertembung dengan kereta api....jalan pertama dekat depan Kolej Sultan Abdul Hamid memang sempat lepas....laluan kedua dekat Jalan Teluk Wanjah pun tersangkut....masa syu nak keluar simpang dari Lorong Merpati, syu amik line jalan paling kiri sebab baru keluar simpang kan....dah tu stop la belakang kereta proton iswara ni....sebelah kereta syu, kereta MyVi yang nak masuk line yang sama dengan syu....time tu dah pukul 7.50am dah....memang semua yang nak p keje tengah rushing la masa tu kan....lepas je palang kereta api tu diangkat, bergerak la semua kereta ni macam semut.....syu bagi laluan kereta sebelah syu tu masuk dulu....ok fine...



then syu pun tekan la pedal minyak nak ikut kereta MyVi tu....tetiba datang kereta Toyota Vios dari sebelah kanan menyelit betul-betul depan kereta syu....brek mengejut la!!! memang betul rapat la...kalu syu gerak sikit je memang dah berlanggar dah....sabar je la....rasa macam nak tekan hon je....apa??? kau ingat kau tu bagus sangat ke bawa keta menyelit-nyelit macam tu??? pastu syu pun tekan la pedal minyak lagi....tau-tau kereta MyVi pula menyelit!!!! ni la sorang pemandu perasan bagus sangat bawa keta menyelit!!!! tau la pun dah lambat, tapi pikir ar juga kat orang lain....mentang-mentang keta syu tu kecik siap ada pelekat 'P' kat belakang keta syu tu ingat orang yang bawa tu tak de perasaan, tak de nyawa ke??? kalu ikutkan hati nak hon tak berhenti je kat dua2 kereta yang perasan bagus sangat bawa keta tu!!!


kepada kereta Toyota Vios no plat KAM 57 dan kereta My Vi putih no plat KCD 1906....sila beringat sikit semasa memandu....jangan ingat korang boleh hidup dengan bawa kereta dengan tidak bertimbang rasa kepada pengguna lain.....silap haribulan sikap bawa kereta yang macam tu boleh mengundang padah pada orang lain....

:: Kereta Idaman Kalbu 3 ::

salam blogger....

edisi ketiga Kereta Idaman Kalbu...hehehe...lately ni mood nak tengok design kereta je...tu yang 3 post berturut-turut pasal kereta ja...antara semua-semua ni, AS dah belikan satu....jom kita layan gambar lagi (^_^)...sila scroll bawah ye...

~Proton Gen 2~


~Peugeot 308~


~Nissan Latio Sport~


~Nissan Sylphy~

Nissan Sylphy syu pernah test drive....sangat-sangat ok sebenarnya...try ar korang g test drive....lastly, antara semua, yang ini yang dapat....Naza Forte...of course la black in colour (^_^)...hitam itu menawan, elegan, eksklusif...

~Naza Forte~

p/s : thanks to AS...for this gift (^_^)

:: Kereta Idaman Kalbu 2 ::

salam blogger....

sambungan kepada cerita pasal kereta....rekaan kereta-kereta ni yang buat syu makin tertarik...kalu bagi korang tak tertarik, masing-masing ada taste tersendirikan....so ni syu saja nk berkongsi cerita je....calon-calon kereta yang menarik hati syu untuk jadi tertarik tetapi tidak mampu untuk membelinya....T_T....tengok gambar pun jadilah.....jom layannnn....

~Audi A4~


~BMW 5 Series~


~BMW X6~


~Citroen C5~


~Ford Kuga~


~Honda City~


~Honda CRV~


~Jaguar XFR~

haaaa...apa macam...high class punya kereta kan kan kan...sebab tu syu cakap tadi....layan gambar je la...nak beli tak mampu...huhuhu

p/s : sambungan next entry (^_^)

:: Kereta Idaman Kalbu ::

salam blogger....

setelah lama syu menghilang, tetiba rasa teringin plak nak update....dah lama otak jam...dalam kepala ingat sistem, sistem, sistem je....mood nak menulis memang takdak langsung...ni baru buka terus terasa nak menaip....jom kita mula story mory...

alkisahnya, harini syu keluar dengan member tempat keje....saja kebetulan, so ok la...tak dirancang pun....kami keluar p Pacific.....masa syu mula-mula sampai situ, kat bahagian bawah Pacific ada pameran kereta...terbahagi kepada dua bahagian...satu bahagaian ada kereta MyV, Viva, Alza, Triton, Picanto....yang lagi satu bahagian pula kereta keluaran Mazda.....yang buat syu tertariknya ada la satu jenis kereta Mazda ni...sekilas pandang, dah jadi 3, 4 kali pandang da....SMART ar....syu tertarikkkk....sebab pintu belakang dia ala-ala BMW (^_^)....

~Mazda 3 Sport~

p/s : ada orang cakap botak la kepala kalau beli kereta ni....ada faham ka maksudnya (^_~)


semuanya berjalan lancar

salam~~

alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar....apa dia??? pagi kelmarin, syu ada test JPJ...test kereta la...alhamdulillah syu LULUS....tunggu dapat lesen P je...ketaq juga masa nak buat test bahagian 2 dan bahagian 3....

seawal 7.30 pagi syu bertolak dari rumah ke tempat ejen memandu ILMU BARU...dari situ, kami bertolak ke ILMU BARU di Mergong pada pukul 7.55 pagi.....sampai sana dalam pukul 8.10pagi...syu ingatkan terus mula...rupa-rupanya belum...pukul 9 baru kaunter buka dan pihak JPJ beri penerangan untuk ujian ni...ramai la juga...dalam 100 orang yang ambil test pada hari tu...lebih kurang 70 orang, pertama kali ambil test...30 orang yang mengulang....syu dapat ni giliran 37...awal la juga....

no giliran 1-16 akan memulakan ujian jalan raya....yang lain ujian bukit dan parking....memang menggeletar tunggu turn, tak tahu kenapa...alhamdulillah lepas juga bukit....masa nak sain, tangan menggeletar tak habis lagi..huh...sabar je la...

masa parking plak....syu tersalah masuk petak parking...kat situ ada 4 petak parking...yang digunakan petak 3 dan 4 je...tapi syu g masuk petak 2...malu siot....dah la ramai....encik JPJ senyum-senyum je...masa turun nak g sain mang malunya muka(*_*)...tapi takpe asalkan lepas sudah (^_^)...masa kat jalan raya, ada juga encik JPJ tu tegur-tegur...dalam hati "habis la aku"...masa turun kereta, tengok result alhamdulillah lulus...senyum lebar kejap :) habis je terus kol mak datang ambil syu....syu balik pukul 12 macam tu....nasib baik juga syu tak kena hari ahad...sebab hari ahad ada 200 orang ambik test tu..pukul 5 baru habis....nasib baik *fuh*

on the way balik, kol abah bagitau dah lulus....yeah...petang tu abah balik awal...bawa balik buah durian 10 biji rasanya....dengan buah cempedak 2 biji....kira buat makan-makan sikit la kan sempena syu dah lulus JPJ (^_^)....jemput paklong sekeluarga dan jiran sebelah rumah makcik zah....mak syu buat pulut durian dan nasi makan dengan durian....

ni la dia ha....lepas dihidangkan....

licin semuanya...alhamdulillah

p/s : menanti masa untuk drive (^_^)

Tahniah China! Tahniah Korea! Tahniah Kota Setar! Tahniah Syuzana!

TAHNIAH CHINA!!
Tahniah kepada CHINA kerana sekali lagi telah berjaya membawa pulang PIALA THOMAS ke CHINA....corak permainan pemain badminton pasukan CHINA memang mantap! wajarlah mereka sekali lagi menang dalam perlawanan kali ini...setiap perlawanan diantara CHINA - MALAYSIA, menang ketiga-tiga set...begitu juga dengan perlawanan diantara CHINA - INDONESIA....TAHNIAH sekali lagi kepada kontinjen CHINA!!

kepada kontinjen MALAYSIA, jangan berputus asa....masih ada peluang di masa hadapan...teruskan berusaha dan lebih fokus untuk mencapai matlamat MALAYSIA untuk membawa pulang PIALA THOMAS ke MALAYSIA...


TAHNIAH KOREA SELATAN!!
Tahniah kepada KOREA SELATAN kerana buat pertama kalinya dapat membawa pulang PIALA UBER ke KOREA SELATAN!!


Kali pertama raih Piala Uber selepas lima percubaan pada saingan final

KOREA Selatan mematahkan ego China selepas membuat kejutan besar menewaskan juara bertahan itu 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Uber yang penuh dramatik di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Pengurus pasukan, Kim Jong-soo dan anak anak didiknya berjaya melesetkan ramalan awal betapa China terlalu unggul untuk dijinakkan apabila menukar tempelak itu menjadi satu semangat menumbangkan keangkuhan lawan untuk membawa pulang Piala Uber buat kali pertama selepas lima percubaan serta memastikan mereka menyertai kelab elit empat negara trofi keagungan berpasukan wanita itu. Kejayaan itu sekali gus memaksa Li Yongbo menelan kata-katanya sendiri selepas ketua jurulatih China itu sebelum ini dengan angkuhnya bernada yakin bahawa Korea Selatan akan tetap berputih mata pada pertemuan final keenam kedua-dua pasukan berkenaan.

Keputusan:
Bae Seung Hee mn Wang Yihan 23-21, 21-11
Lee Hyo Jung-Kim Min Jung mn Ma Jin-Wang Xiaoli 18-21, 21-12, 21-15
Sung Ji Hyun kk Wang Xin 14-21, 21-16, 7-21
Lee Kyung Won Won-Ha Jung Eun mn Du Jing-Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19.
* kredit kepada Berita Harian


TAHNIAH KOTA SETAR!!
TAHNIAH kepada Daerah Kota Setar kerana telah berjaya mendapat JOHAN PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 15 TAHUN peringkat daerah pada 15 Mei 2010 yang lalu!!! Seterusnya antara kesemua pemain yang bermain pada hari itu telah dinilai dan akan dipilih untuk ke perlawanan peringkat negeri iaitu mewakili NEGERI KEDAH DARUL AMAN....antaranya adik syu sendiri...syuzaini aka syu(WD)...

Barisan Pemain Kota Setar Bawah 15 tahun...Dari kanan:
Aifa(GS), Pain(GA), Nani(WA), Syikin(C), Syu(WD), Alia(GD), Azi(GK), Ku, Birin, Zaheerah

Keputusan:
Kota Setar lwn Kulim Bandar Bharu 22-13
Kota Setar lwn Kuala Muda Yan 14-19
Kota Setar lwn Padang Terap 27-13
Kota Setar lwn Kubang Pasu 31-19

Final : Kota Setar lwn Kuala Muda Yan 29-14


TAHNIAH SYUZANA!!
Tahniah kepada cik syuzana aka syu :) ni nak tumpang kegembiraan juga..hahaha...sebabnya, syu dah berjaya mendapatkan lesen memandu L...bagi sesetengah orang apalah sangat setakat dapat lesen L..bangga sangat dah..itu mungkin orang lain....tapi bagi syu, ni pertama kali dapat lesen wooo...orang lain dah pernah dapat lesen L untuk motor...tapi syu takde...terus kereta...selepas 5 tahun baru ada keberanian nak amik lesen kereta...itu pun sebab hujung tahun ni nak g praktikal...

Apapun TAHNIAH untuk diri syu...cikgu puji syu cepat belajar...masa teori(3jam), praktikal(3jam)...masa praktikal tadi, alhamdulillah...syu berjaya mendapat ilmu baru untuk memandu di INSTITUT MEMANDU ILMU BARU SDN BHD...sebab syu dah lepas naik bukit, berhenti diatas bukit dan parking...mula-mula tengok diorang buat ujian JPJ pagi tadi, masa naik bukit turun balik, memang takut tak lepas...tapi bila dah bawa, tau teknik, taklah sesusah yang kita tengok...cuma kena sentiasa beringat je...lepas ni mudah la bagi syu untuk belajar dan mudah untuk cikgu yang bakal mengajar syu nanti...tapi untuk 8jam seterusnya lebih mencabar sebab bawa di jalan raya...bahaya lagi di jalan raya berbanding di litar...

p/s: kepada semua pemandu-pemandu di Malaysia terutama penunggang motosikal....berlumbalah di litar, bukan di jalan raya...PANDU CERMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!!

Ujian Teori Berkomputer

salam~~

sihat ke semua hari ni?? syu sihat cuma selsema tak hilang lagi...adeh...dah dekat seminggu dah ni....alkisahnya entri kali ni mesti la mengenai Ujian Teori Berkomputer yang syu baru je selesai amik tadi.....semalam memang tak online sangat...buka kejap-kejap je internet sebab syu tak study habis pun untuk exam hari ni...kalau buka blog alamatnya memang tak membaca dah la....

syu memang malas sikit bab membaca ni...sebab tu terus jawab soalan....500 soalan dalam buku....buat sampai tertido-tido...yela dengan keadaan cuaca panas lagi cepat syu mengantok...sampai petang tak habis lagi jawab...dalam kepala dah rasa malas dah ni...so, syu langkau la terus jawab yang belakang sampai soalan ke 500 tutup buku :)

lepas magrib, syu cuba jawab soalan guna cd yang syu beli....kan nak jawab guna komputer kan..kira nak familiar la dengan soalan...masa syu jawab, dalam hati "awat suma yang aku baca tak masuk pun"....jawab lagi 4 kali....pun sama juga....adeh....sampai tengah malam....syu sebab tak baca buku sebab tu tak rasa selamat....nak cuba buat lagi soalan tu...bancuh milo ais, sambil buat soalan sampai kul berapa ntah, rasanya dalam kul 2 kot...tertido....bangun da subuh...makkkk....tak habis buat lagi...huhu...

pagi tadi mak p hantar kat cawangan institut memandu ILMU BARU SDN. BHD....so diorang la p hantar syu p tempat exam kat MYSPEED kat Jalan Teluk Wanjah...sampai pukul 8am, tak buka lagi tempat tu....syu memang bawa buku soalan....baca balik soalan yang syu tak jawab semalam....tengok sekali imbas...pukul 8.30am pintu dibuka...syu terus masuk amik nombor...no 1....awal gila...duduk tak sampai seminit no syu dipanggil....bagi ic amik gambar bayar RM10, pastu terus dia suruh masuk jawab....tak sedia lagi la oiii...adehh......

tunggu apa lagi....kena la masuk juga....tapi serius tak rasa apa pun...berdebar pun tak, takut pun tak...no feeling at all! kenapa ea??? padahal tak baca pun...jawab punya jawab punya jawab, akhirnya selepas 22minit 34saat...syu menamatkan peperiksaan syu....soalan yang keluar semua yang syu baru imbas tadi....nasib baik tengok soalan tu....agak-agak korang syu dapat berapa????? teka dalam hati je ye....

emm...perasaan tengok keputusan ni sama dengan perasaan syu masa amik result PMR...tak berperasaan....tak dak feel nak suka ke nak sedih ke....awat la aku ni....emmm...so the result is???? ALHAMDULILLAH LULUS!! syu tanya mak syu, mak syu teka 45...abah teka 47 (abah kata sebab syu pandai sikit...hehehe)....sampai rumah kaklong plak kol...dia teka 50 kira full mark.....agak-agak tekaan sapa yang mengena???? syu tak nak buat contest....nak teka suka-suki je....

meh syu nak kongsi sikit....excited sebenarnya...ada tak orang dapat full mark untuk exam ni??? ada tak?? sapa dapat 50/50 sila angkat tangan anda :)


SAYA...
~ini kucing baru lepas amik lesen berjalan dua kaki~

SAYA...
~eheh....adik dapat markah penuh sebab tu dapat no 1~

dah panjang lebar syu mengarut ni..markah syu berapa???? emm...boleh la dikatakan lulus dengan cemerlang...50/50 markah penuh..percaya ke tak???? hahaha....esok atau lusa mungkin dah boleh mula kelas praktikal...wish me all the best ye :D

p/s: kepada sesiapa yang amik lesen memandu...bacalah buku soalan anda..jangan tak baca ye

Lesen Kereta + Alonso

salam~~

alhamdulillah...syu da makin pulih dari sakit 5 serangkai....thanks kepada semua yang doakan syu dan bagi tips nak hilangkan sakit tu :) cuma still selsema lagi....hari sabtu hari tu, syu da p dengar ceramah 5 jam untuk amik lesen kereta...hari selasa ni 11 mei 2010, syu ada exam berkomputer plak...so ni tengah study la ni (macam la study sangat)...syu study k! tengah jawab soalan dalam buku latihan undang-undang jalan raya....maklumlah syu ni malas da nak baca buku...jawab soalan ingat jawapan je cepat....tapi mak aiiii....500 soalan tu....ni baru jawab soalan ke 168...

buku ni bukan boleh percaya sangat...awat syu cakap lagu tu??? habis tu ampa nak lagu apa...meh habaq mai kat cheq...cheq nak nyanyi...tekak dah ok ni...(merepek sat)

ok...ni yang betul punya ea...ada salah jawapan la dalam buku ni...syu dah la malas baca buku teks dia....ingat nak jawab soalan je tapi jawapan yang dia bagi salah la plak...adehh...syu ada beli cd contoh soalan berkomputer....esok baru nak buat...hope dalam cd tu jawapan dia betul la....syu da expert dalam exam berkomputer ni....bab hafal no 1(angkat tong golek sendiri jap (~_*))....

so sambil-sambil duk bulat-bulat jawapan ni, tengok Formula1 sekali....masa tengok tu teringat la plak kat ratu syahadah...dia ni memang minat giler kat schumacer...syu plak sokong sapa??? mesti la FERNANDO ALONSO!! ALONSO 2ND race kat Sepanyol...caya la ALONSO!!

*thumb up*

pertama kali syu tengok cara pemanduan dia, terus terpikat....jatuh hati...nak pakwe yang hebat bawa kereta laju-laju...hebat drift...(alhamdulillah dapat sorang....doakan kami berkekalan hingga ke anak cucu cicit cucut yer)....

sepanjang tengok F1 tu, mesej la dengan ratu syahadah...memang tak larat nak senyum gelak dengan ratu syahadah ni....kalau cerita bab Formula1...kebetulan syu nak amik lesen kereta, kiranya syu study la macam mana teknik pemanduan ALONSO(kononnya la kan)...hehehe...kira nanti syu amik lesen bawa kereta ala-ala ALONSO la(perasan, lesen pun tak dak lagi)...

~ini kereta ferrari Alonso~

~ini kereta yang bakal syu naik untuk test kereta~

tapi agak-agak kalau syu buat macam tu, bukan setakat tayar kereta pecah macam yang berlaku pada HAMILTON pada lap terakhir dia...rasa-rasanya apa akan jadi pada kereta kancil kalau teknik pemanduan ALONSO diguna pakai?????

**********
*********
********
*******
******
*****
****
***
**
*

~begini kah...hahaha~

ratu syahadah cakap kalau kancil memang tak boleh nak speed...tapi kalau SYLPHY, memang mantap!!! dia yang pernah bawa...dia tahu la lan...syu duduk belakang je...relaks...ahaks ;)



p/s: apapun yang pasti kalau syu bawa macam ALONSO, akan ada 2 keputusan...sama ada syu gagal atau lagi 1 kereta kancil tu hancur + gagal + digantung lesen kereta yang syu tak dapat lagi...mungkin kena black list nama syu :P

credit to abg google utk gambar :)