Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts

Karakter Kuih~~

salam ramadan~~

sempena bulan ramadan ni, memang time ni la kita akan jumpa dengan pelbagai jenis kuih tradisional kan...ada yang kita pernah dengar, ada yang tak...ada nama sedap, ada nama yang pelik....setiap negeri pun terkenal dengan kuih tradisional mereka sendiri.....kat bawah ni ada senarai nama kuih tradisional yang ada di Malaysia...entah sape la yang dok mereka-reka karakter kuih ni...kena pulak dengan nama dia...layan je la eaa.....


Kuih paling gangster= Lompat Tikam

Kuih paling sexy= Puteri Mandi

Kuih paling keji= Taik Itik

Kuih bajet cute= Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda= Seri Muka

Kuih paling alim= Kuih Ketayap

Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk

Kuih suka pukul= Kuih Lompang

Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Kuih Altantuya = Kuih BOM

Kuih Kena Lap Selalu = Kuih Abok-Abok

Kuih untuk para2 nelayan = Kuih Sampan

Kuih Kertu Riang Ria = Kuih keria

Kuih utk pekerja2 estet = Kuih Telinga Keling

Kuih HiasanWanita = Kuih Gelang

Kuih Paling Tajam = Kuih Gunting

Kuih Amik Dalam Zoo = Kuih Lidah Buaya

Kuih yg selalu buat 'come back' = Kuih Bangkit

Kuih yg boleh buat 'hullahoop' = Kuih Donut

kuih lagu raya = kuih & muih beraneka macam mkn lah jgn hanya dipandang..

Kuih untuk Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt

Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit

Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram = Kuih Makmur

Kuih paling lembap = Kuih Siput

Kuih sdg merusuh = almond london

Kuih paling patriotik = kuih melaka

Kuih palingkepahlawanan = kasturi

Kuih suka berdoa = agar2

sumber dari my friend kat facebook (^_^)

Koleksi Kuih Muih Tradisional

salam~~

datangnya bulan puasa ni, selalunya apabila kita berbuka, mesti cari kuih muih kan...pada sesetengah orang, termasuk syu, memang akan cari kuih untuk berbuka....kalau kat rumah memang syu jarang berbuka dengan nasi...abah pun tak berbuka puasa dengan nasi...jadi, mak akan buat kuih (syu tolong gak sikit-sikit)...abah jarang makan makanan yang dibeli di luar...mak syu memang pandai masak...tapi kepakaran mak dalam bidang memasak, tak turun kat anak dia yang sorang ni...hehehe....

selalu kalau berbuka memang akan ada kuih muih berlainan jenis setiap hari....ada buah melaka, karipap, seri muka, kuih lopez, lepat pisang, lepat liat, kuih lompang, kuih cara, kuih sagu...semua mak syu buat....sedapnya....nyum nyum....my favourite of course la karipap inti ubi...

alkisahnya, kelmarin masa syu g bazar ramadan dalam UniSZA, ada la terdengar budak-budak ni...tak tahu nama kuih tradisional ni....kuih cara dikatakan kuih akok kecik...macam mana tu??? so sambil-sambil berblogging ni, syu nak perkenalkan nama kuih tradisional kita...satu jenis kuih ni kadang-kadang ada banyak nama...ikut tempat la....jom layan....siang-siang hari berpuasa ni....

kuih seri muka

pulut panggang(isi nyok dgn ikan)
kalau pulut udang (isi nyok dgn udang)..tapi dah jarang ada

kuih lopez
teringat mak selalu buat dulu...potong kuis lopez ni guna benang bukan pisau....

kuih kasui @ kaswi @ lompang(org kedah panggil)

kuih lapis
kuih ni pun dah ada macam-macam warna dah berlapis

kuih kole kacang


kuih karipap
ada inti ubi, inti ikan, inti daging

kuih buah melaka @ onde-onde
(ada juga sejenis kuih nama onde-onde, org kedah panggil cucur bom..tapi bukan kuih buah melaka ye...kuih lain ada inti kacang hijau dalam dia...)

kuih bingka ubi

kuih bakar @ bengkang pandan

kuih cara berlauk


kuih cara


kuih pelita

kuih popia basah

kuih sagu