Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Kek Marble Coklat + Epal Hijau + Vanilla

salam blogger~~

harini aktiviti santai sikit... tak fikir pasal assignment ke presentation ke... otak dikosongkan hari ni.... otak kosong pun masalah juga.... ada juga kena marah =( can't help it... hari-hari pun kena marah juga... redha je la... STOP IT!! harini kita nak cerita mengenai kek... tengok tajuk post pun dah tahu kan... syu ni tak la pandai sangat buat kek.... buat kek yang mana syu makan je... hehehe... kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak.... BUT... yang paling penting... kek syu ni bukan indah khabar dari rupa yee.... don't judge a book by its cover ok!! confirm nak lagi lepas makan....

MEMPERKENALKAN.....

KEK MARBLE COKLAT + EPAL HIJAU + VANILLA

kek ni untuk setengah adunan je ye rakan-rakan....

~selepas siap dibakar....45 minit~

~RESEPI KEK MARBLE ~ Simple punya resepi.....

1 Ketul Buttercup
4 Biji Telur
1 1/2 Cawan Gula Kastor
1 sudu teh Esen Vanilla
2 cawan Tepung Gandum diayak
1 sudu teh Serbuk Penaik
1 camca besar Serbuk Koko (untuk warna)
secukup warna Serbuk Epal Hijau

Cara-cara membuatnya :
1. Pukul buttercup, telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang diayak. Pukul lagi hingga sebati.
4. Bahagikan kepada 3 adunan. (ikut berapa warna yang nak buat)
5. 1 adunan campurkan dengan serbuk koko. Gaul sebati.
6. 1 adunan campurkan dengan serbuk epal hijau. Gaul sebati.
7. 1 adunan lagi, biarkan je untuk dapatkan warna vanilla.
8. Jangan lupa panaskan dulu ketuhar dalam 10 minit pada suhu 180 darjah celcius.
9. Kemudian, tuangkan adunan-adunan tadi secara berlapis-lapis.
9. Lepas dituangkan semua adunan, ketuk-ketuk la sikit bekas kek tu. Untuk meratakan kedudukan adunan kek tadi.
10. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 - 50 minit. (boleh cek guna lidi untuk pastikan kek masak @ tak)
11. Siap untuk dihidang (^_^)

~selepas dipotong.... opsss.... coraknya...~

gambar kek diatas hasil dari SETENGAH DARI ADUNAN resepi diatas. Kesimpulannya, kalau nak buat setengah adunan kek, tak semestinya bahan resepi semua kena setengah...

tekstur tak berapa nak menarik...CUBAAN PERTAMA...BUT rasanya memang DELICIOUS!!!

~SELAMAT MENCUBA~

Karakter Kuih~~

salam ramadan~~

sempena bulan ramadan ni, memang time ni la kita akan jumpa dengan pelbagai jenis kuih tradisional kan...ada yang kita pernah dengar, ada yang tak...ada nama sedap, ada nama yang pelik....setiap negeri pun terkenal dengan kuih tradisional mereka sendiri.....kat bawah ni ada senarai nama kuih tradisional yang ada di Malaysia...entah sape la yang dok mereka-reka karakter kuih ni...kena pulak dengan nama dia...layan je la eaa.....


Kuih paling gangster= Lompat Tikam

Kuih paling sexy= Puteri Mandi

Kuih paling keji= Taik Itik

Kuih bajet cute= Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda= Seri Muka

Kuih paling alim= Kuih Ketayap

Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk

Kuih suka pukul= Kuih Lompang

Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Kuih Altantuya = Kuih BOM

Kuih Kena Lap Selalu = Kuih Abok-Abok

Kuih untuk para2 nelayan = Kuih Sampan

Kuih Kertu Riang Ria = Kuih keria

Kuih utk pekerja2 estet = Kuih Telinga Keling

Kuih HiasanWanita = Kuih Gelang

Kuih Paling Tajam = Kuih Gunting

Kuih Amik Dalam Zoo = Kuih Lidah Buaya

Kuih yg selalu buat 'come back' = Kuih Bangkit

Kuih yg boleh buat 'hullahoop' = Kuih Donut

kuih lagu raya = kuih & muih beraneka macam mkn lah jgn hanya dipandang..

Kuih untuk Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt

Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit

Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram = Kuih Makmur

Kuih paling lembap = Kuih Siput

Kuih sdg merusuh = almond london

Kuih paling patriotik = kuih melaka

Kuih palingkepahlawanan = kasturi

Kuih suka berdoa = agar2

sumber dari my friend kat facebook (^_^)

~ Selamat Hari Lahir Mak ~

salam blogger~~

30 MARCH 2011

Genap usia mak syu 52 TAHUN...

~SELAMAT HARI LAHIR MAK~

SEMOGA MAK DIPANJANGKAN UMUR dan KEKAL MUDA....

semalam abah dah beli KFC nak celebrate besday mak....selalunya malam besday sesiapa pun dalam family syu, memang kami akan keluar makan malam kat luar....tapi disebabkan hujan semalam, jadi abah beli bawa balik la.....lepas gak gian nak makan KFC....beli ayam je...kentang goreng sendiri kat rumah, roti beli roti potato bun, air panas....


memang syu tak sempat nak buat kek sebab bahan buat kek pun takde.... nak kuar beli dah hujan lebat...huhuhu....tak tau la lagi kot petang ni nak g beli kek ke tak....tengok pada keadaan....takpe la...sambut besday dulu...kek kemudian....bleh kan mak???

Di Pagi Aidiladha

salam blogger~~

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua rakan blogger...pagi ni baru syu berkesempatan update blog....semalam hari yang memang sibuk.....sebab apa?? sibuk buat korban ke?? takla...kali ni kat kawasan perumahan syu tak buat korban....kawasan perumahan sebelah yang buat korban hari ni....

alkisahnya raya tahun ni, tak macam tahun-tahun yang lepas....semua makan dah get ready sehari sebelum raya....except ketupat dengan rendang ayam dan daging memang la dah siap....yela hal kemas rumah pun tak habis-habis lagi...lepas update ni nak p sambung kemas-kemas balik.....malam raya tu sibuk duk cuci almari la, cermin pintu, dapur....penat...malam tu memang tido lena tak sedar benda pun.....pagi raya baru la sibuk memasak....pagi raya biasala ketupat palas, rendang ayam, rendang daging, daging goreng....tengahari sibuk buat nasi carrot plak....keje syu pagi raya mesti la buat kek....kek marble dan kek coklat....kek coklat tak sempat nak amik gambar...adik laki syu dah bawa balik sebiji...huhuhu...

~kek marble~

adik syu plak, petang raya dan pagi raya dia buat conflakes madu.....dia yang masak...syu tolong masukkan dalam cawan kertas tu je....raya aidiladha kali ni simple je....orang datang rumah jamu ketupat palas, kek dengan conflakes madu tu.....

~conflakes madu~

petang plak g umah mak saudara syu....sampai ke malam....hujan la plak kat sini....dengar kata akan ada banjir gelombang kedua...rumah syu dalam proses pengemasan....rumah jiran yang lain, diorang tak kemas pun...takut banjir lagi kan...emm...mintak dijauhkan la dari banjir teruk kali kedua....sambung balik citer raya....then pada malamnya plak, family makcik, makteh dan paklong pulak datang rumah syu....balik je umah terus mak start memasak...syu tolong sikit-sikit je....tolong tumbuk sambal belacan guna lesung batu...tu je kepakaran syu....hehe...meriah la malam tu....adik beradik sebelah abah la....datang ramai-ramai hingaq la sikit rumah kan....dekat pukul 10.30 malam baru semua beransur balik.....kemas-kemas umah sikit pastu tido lena la....hehehe..

p/s : nak p lipat baju jap...tak leh letak baju dalam almari dah...almari dah tak bleh pakai dah....kena susun letak asing...huhuhu

Di Pagi Aidilfitri


salam aidilfitri~~

raya raya raya....aktiviti pagi raya mestilah menyediakan juadah untuk tetamu.....menu hari ni, nasi carrot...juada....resepi orang Kuala Lumpur....lupa plak nak bagitau, ramai kat rumah syu ni....tok teh dan family (adik kepada tok syu) datang beraya kat sini....diorang 3 beranak je....campur family syu dan tok serta tok wan, ada la 11 orang dalam rumah ni....meriah sikit....

kisah sepanjang minggu ni, syu tak sempat nak update blog....sibuk sikit..sibuk buat apa??? ni hah sibuk buat kuih raya, maruku, serunding, ketupat, rendang, gulai daging....bajet rajin la sangat..hehehehe.....ni la hasilnya....

~my moist chocolate cake~
~marble cake~

kuih raya buatan syu dan tok dan kaklong dan mak....

Our Very First Giveaway! ;)

salam~~

Photobucket

Ninaz Cakes bermurah hati nak beri hadiah kek dan cupcake kepada blogger (^_^)

syu join kategori B

sesiapa nak join, klik SINI yer...

tarikh tutup - 4 JULAI 2010