hari berinai

salam~~

maaf la pada sesiapa yang masuk blog syu...syu tak sempat nak blogwalking sebab sibuk dengan bilik syu yang tak berkemas habis lagi ni :) internet pun agak slow juga...nak tunggu loading blog agak lama....insyallah bila semua dah selesai, syu akan melawat blog korang yer :)

hari ni hari kedua syu kat UniSZA...lenguh kaki dan tangan masih terasa....kejang kaki...adeh...takpe dah biasa nanti ok la kan....kali ni syu nak bercerita pasal syu pakai inai....bukan ada apa-apa majlis pun...cuma saje saje gatal tangan nak pakai....syu pakai inai hari rabu baru-baru ni :)

jom kita tengok proses pembuatan inai...syu tak pakai inai serbuk atau inai yang dah siap dalam paket...ni inai dari pokok tau....pokok inai ada 2 jenis...setakat yang syu tau la...1 pokok daun inai dia besar...1 lagi pokok inai daunnya halus...yang daun halus ni memang merah jari kalau pakai...jiran belakang rumah syu pun bertanyakan macam mana nak buat inai jadi merah sebabb inai yang dia pakai tak merah.....majlis kahwin disebelah rumah lelaki keesokkan harinya...

jom kita tengok cara menyediakan inai....

daun ini yang diambil kat pokok belakand rumah jiran....syu guna daun inai yang halus...

daun inai yang dah diasingkan dari batangnya....pastikan kalau boleh takde batang termasuk dalam daun ni...nanti inai tak cantik bila nak dipakai..

daun inai dimasukkan ke dalam blender untuk dimesin...masukkan sedikit air...campur dengan sedikit nasi untuk bagi daya lekatan lebih kuat nanti bila letak inai kat jari...
kalau orang dulu-dulu, dia gunakan penggiling nak hancurkan daun inai...ni masa zaman syu kecik-kecik guna penggiling :)

hasilnya selepas dimesin sampai lumat...sekali mesin ada la dekat 30 minit nak bagi lumat....

proses bubuh inai kat jari...jari orang yang tolong bubuh inai lagi la merah :)
kalau nak lagi merah, bila inai dah kering, basahkan dengan sedikit air...
pakai selama 5 jam yer....

hasilnya...merah kan..gambar kabur sikit...dah boleh buat majlis kahwin dah ni...hehehe

hasilnya...comot la sikit...

P/S : ditambah pulak dengan cincin dijari...mestilah dah macam orang berkahwin...takpun bertunang...takpun orang datang merisik (^_^)

2 comments:

  1. hai..kak zura kalau nk pkai inai sendiri...lekatkan salotap kat bawah lingkaran jari...jadi cuma nampak bhg yg nak diinai ja..pastu boh ja sendiri..hehe

    ReplyDelete
  2. selalunya memang letak salotap...tapi ni pakai mengejut...tak jumpa da salotap kat mana....hehehe

    ReplyDelete