Kerunsingan Final Project Melanda

salam blogger~~

agak lama tak update blog ni...buka pun just cek rakan blogger yang datang melawat sambil blogwalking kejap...


kerunsingan melanda sepanjang 3 minggu ni yang sibuk dengan pemilihan tajuk dan proposal projek final...ni dah masuk minggu ke-4 dan syu masih lagi bermasalah dengan tajuk dan skop projek...berbeza dengan senior yang lepas dimana projek final mereka hanya membangunkan sistem...tapi, kali ni, perlu adanya research dan sistem....adeh....part research ni yang membuatkan proposal syu masuk kali ke-3 perlu dibuat semula....sob sob....

proposal pertama dihantar pada minggu ke-3 pada hari khamis yang lalu...pada mulanya proposal yang dicadangkan bertajuk Hostel Registration System Using Mobile SMS Application...disebabkan di UniSZA ni tidak lagi digunakan servis SMS, jadi syu cadangkan untuk buat projek ni untuk UniSZA...then supervisor tanya syu, "apakah masalahnya sehinggakan sistem ini diwujudkan??"...then syu pun buat la soal kaji selidik (questionaire) edarkan pada pelajar UniSZA adakah pendaftaran asrama melalui sistem portal bermasalah dan adakah mereka bersetuju jika sistem ini dibangunkan di UniSZA....jawapan yang positif syu dapat...then buat la proposal, tapi my supervisor cakap penyataan masalah tak cukup kuat....sebab takde benda untuk dibuat penyelidikan...

akhirnya ditukar la kepada DESIGNING MODEL/ARCHITECTURE USING MOBILE SMS FOR HOSTEL REGISTRATION....my supervisor nak syu bandingkan architecture UM SMS, UTHM SMS apakah kelemahan sistem mereka....tapi disebabkan UM dan UTHM takde pun sistem pendaftaran asrama melalui SMS, jadi macam mana nak bandingkan architecture dia kan....jadi syu just letak kat penyataan masalah dimana universiti lain sudah pun mengaplikasikan penggunaan SMS di universiti mereka, tetapi tidak pada sistem pendaftaran asrama....jadi syu pun cakap la kat my supervisor sebab ni sistem baru nak dibangunkan jadi universiti lain takde lagi, jadi syu nak buat la....dalam kelas tadi syu baru tahu rupa-rupanya tajuk syu ni sama sebijik dengan classmate syu punya projek juga...dia bawah ketua jabatan...ketua jabatan yang propose suruh dia buat sistem ni....but my supervisor sedikit "reject" la juga...macam mana tu???

my supervisor still tak berpuas hati....syu bertegas juga nak buat sistem ni....research based on concept penggunaan SMS...finally, my supervisor tukar lagi tajuk jadi Enhancement of SMS Mobile Model/Architecture in Hostel Registration....ada juga perkataan ARCHITECTURE tu kan....architecture SMS mobile ni lebih kurang sama je sebenarnya, jadi kali ni my supervisor suruh syu tambah "something" pada architecture tu...berlainan dari penggunaan SMS yang biasa...intelligent application....or something that will overcome SMS problem iaitu masalah traffic...so the question is, apakah yang boleh overcome masalah traffic semasa menggunakan sistem SMS????

malam ni baru syu nak cari ler....adeh....somebody please help me....rasanya syu sorang je yang kena buat proposal sampai 3 kali dan 3 kali tukar tajuk dan masih terpinga-pinga lagi....kalau syu ni hebat programing, takpe la...petik jari dah siap....ni pun final sem masih merangkak lagi ni....adeh....semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kami...amin....


2 comments:

  1. kamu.. all da bez oke :)
    proposal sy pon kna reject tp sy wt xkesah, go on jep.. kekekekeh

    ReplyDelete
  2. Salam,
    la cube masuk kat Idea Projek Tahun Akhir kalau nak tau pasal tajuk projek...

    BlogLeaderTalk

    ReplyDelete