Detoks Cara Mudah!!!

salam blogger~~

syu nak berkongsi tip kesihatan sikit harini....ramai yang tahu kan detoks ni proses pembersihan tubuh secara semula jadi....sebenarnya, bukan mudah kita nak buat sebab kita perlu minum banyak air atau makan makanan yang mungkin tak digemari seperti jus campuran sayur dan buah yang baunya kurang enak....kalau korang rasa tak nak makan makanan seperti itu, cuba tip di bawah ni...mana tahu mungkin boleh dijadikan panduan sebagai proses detoksifikasi mudah...

1) Ingat serat
-Ambil makanan yang banyak mengandungi serat seperti nasi merah, sayur dan buah-buahan segar supaya pencernaan bersih dan lancar.



2) Ambil vitamin C
-Ambil vitamin C setiap hari kerana ia boleh membantu menghasilkan sebatian hati yang mengusir racun dari dalam tubuh. Ia boleh berupa suplemen atau buah.



3) Minum banyak air
-Air akan menjaga sel-sel tubuh dan mencegah dehidrasi. Minum dua liter air setiap hari.



4) Tarik nafas panjang
-Biasakan diri dengan menarik nafas panjang dan dalam supaya lebih banyak oksigen dapat masuk ke dalam sistem tubuh. Cara ini dapat membuatkan tubuh lebih bersih.



5) Sauna
-Berpeluh di sauna boleh mnegeluarkan racun dari dalam tubuh. Mandi wap juga boleh dilakukan.


p/s : try laa~~


3 comments:

  1. cik su suka minum air banyak.. cara paling senang nak detox.. hehe.. tips yang berguna.. tq for sharing

    ReplyDelete
  2. ifa : tq singgah sini :)

    cik su : yep...air memang bagus untuk tubuh kita kan...untuk kulit lembut pun minum air banyak juga...tips kesihatan la ni...

    ReplyDelete