Header Baru - Syuzanaland

salam blogger~~

pada sesiapa yang pernah berkunjung ke blog syu sebelum ni, mesti perasan kan Header Aura Kasih dan bertukar kepada Header Syuzanaland. Hehehe. Suka suki je tukar header dengan nama sekali dah tukar. Syu ni tak la kreatif sangat. Boleh la setakat nak create header lepas tambah tolak darab bahagi. Maka terhasilah Header Syuzanaland


Meh nak cerita sikit maksud disebalik Header Syuzanaland ni. Konon-kononnya nak nama macam Wonderland. Tu yang jadi Syuzanaland tu. Hahaha. Macam budak-budak kan! Turut membawa maksud, blog ni Syuzana yang punya sama dengan ayat Always Be Mine, jadi intipati dalam blog ni terpulang pada syu la nak tulis apa pun. Yang mana boleh kongsi, sangat dialu-alukan untuk berkongsi. Yang mana takleh nak kongsi tu baca je la ea =)

Disebabkan background template asalnya warna pink aka merah jambu, jadi syu pun ikut je la tema dia. Memang syu suka warna pink pun. Pink kan lembut, sweet, ayu gitu. Hehehehe. Sama juga dengan warna purple aka ungu. Warna maroon tu pun syu suka. Jadi syu gabungkan warna yang suka je la kan. Dah nama pun header untuk blog syu kan =). 

Kalau tengok header tu ada Winnie the Pooh dengan Sakura (Cardcaptor Sakura). Memang kartun kegemaran syu. Menggabungkan kartun Disney dan Anime seperti syu dengan AS. Dunia syu kan =) Syu memang suka Sakura, bunga sakura pun suka. Hopefully berkesempatan untuk tengok bunga sakura kat Jepun. Boleh tak AS -_- ? 

Syu ni tak kreatif sangat. Rasa macam tak puas hati lagi dengan header ni. Macam ada yang kurang, tapi tak tahu kat mana yang kurang. Ke nampak serabut sangat ea??? Kalau korang nak bagi komen silakan. Sebelum tu nak ditegaskan ea, header ni memang so CHILDISH! Jadi jangan la bagi komen kata header ni childish ea. Bagi komen lain. Hehehe. Banyak pula permintaan. SHARING IS CARING!!

No comments:

Post a Comment