Halfest 2013

salam blogger~~

Halal Fiesta Malaysia, HALFEST 2013, pastinya semua tahu tentang fiesta halal ni kan. Setiap tahun memang syu tak ketinggalan nak pergi usha apa yang ada kat halafes. Tahun-tahun sebelum ni HALFEST buat di PWTC. Sambutan sangat menggalakkan. Ada banyak produk makanan halal yang terkenal di Malaysia ada kat ekspo tu.


Tapi tahun ni kurang meriah pada pandangan syu. Sebab syu dah tengok suasana yang meriah masa di PWTC tahun lepas. Tahun ni HALFEST 2013 diadakan di Pusat Pameran MINES Seri Kembangan Selangor pada 2-6 Oktober 2013. Dikatakan seramai 500 usahawan join ekspo ni. Tapi bila syu pergi tengok senarai usahawan yang terlibat, hanya seramai 391 usahawan sahaja. Kurang dari target ni. Tak tahu kenapa kurang sambutan. Mungkin sebab dah berubah tempat kot atau tapak sewa mahal? Syu ada juga bertanyakan peserta kat situ. Katanya sewa booth RM 3,000 ++. Orang ramai yang datang sebagai pelawat memang ramai. Sampai sesak jalan. Cuma kurang sambutan daripada usahawan. 

Suasana di HALFEST 2013



Antara aktiviti-aktiviti yang ada di HALFEST yang syu sempat join adalah.....

Aktiviti : RATU RESEPI
Moderator: Chef Jaafar Onn


Tapi bukan syu yang memasak kat belakang tu. Syu join juga. Tapi just jawab soalan kuiz yang Chef Jaafar Onn bagi semasa dia jadi moderator pertandingan Ratu Resipi ni. Syu dapat hadiah satu kotak barang-barang keluaran ADABI. Terima Kasih ADABI.

Aktiviti : Pertandingan Memasak Chef Norman Musa
Pengacara : Chef Norman Musa dan Izyan (MasterChef)

 nampak tak Chef Norman Musa??

Lagi sekali, bukan syu yang join pertandingan memasak ni. Syu jadi penonton je. Tapi my BFF yang volunteer jadi juri untuk rasa 8 jenis hidangan Kari menggunakan produk Kari Chef Norman Musa. Ada dua orang yang volunteer untuk jadi juri, my bff dan sorang lagi nama Hidayah. Cenderamata untuk juri ada sedozen serbuk kari Chef Norman Musa. Jenuh masa kari la hari-hari (^_^)

 2 orang juri sedang menjalankan tugas merasa makanan yang dah siap dimasak

2 juri sedang merasa makanan peserta. Chef Norman berdiri sebelah tengok je.
Gambar yang di 'smudge' kan tu my bff (dirahsiakan =p)

Aktiviti Sebelum Balik

Bergambar dengan muka letih la kejenyeeeee... ngeeee...






keadaan jalan yang jam dari MIECC menghala keluar

 syu dengan my bff masuk menggunakan pas MEDIA. 
So dapat beg ekslusif HALFEST.

No comments:

Post a Comment