Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Hari Pertama Tahun Baru

salam blogger~~

Hari ini 1st Januari 2013. Hari pertama tahun baru. Kepada sesiapa yang menyambut hari lahir pada hari ini, 01-01-2013, SELAMAT HARI LAHIR dari SYUZANALAND. Bestkan orang yang lahir awal tahun ni. Sambut hari lahir, bermulanya hidup baru semasa bermulanya tahun baru (^_^).

Dah masuk tahun baru, azam baru, target baru, kehidupan baru, diharapkan korang semua dapat mencapai apa yang korang inginkan tahun ni. 1st target syu untuk tahun baru ni nak tau tak apa?? 

*wink* *wink*


Fokus study SMART untuk final exam bermula 3 Januari 2013. Hari ni baru nak mula study sikit. Tapi mood still takde. Ni dah lepas update blog ni hopefully datang la mood study tu. Nak study dalam keadaan relax, siap boleh senyum lagi macam gambar hiasan di atas =)

Hopefully tak jadi la macam gambar di bawah ni. Stress masa study. NO NO NO!! Wajib dielakkan. Main dulu puas-puas, happy-happy dulu. Baru datang keseronokan untuk study.  Senang nak ingat, faham masa study lepas puas bermain. Ke macam mana??



Kepada semua yang bakal atau sedang menghadapi peperiksaan akhir. 

ALL THE BEST to all of you.

Sama-sama kita tempuh peperiksaan dengan jayanya (^_^)




Midterm is Coming !

salam blogger~~

short entry...bertemu lagi kita kali ini dengan tajuk yang agak stress bagi syu selepas entri yang sebelumnya....adeh..tak hilang-hilang lagi stress ni....biasala bagi final year studentkan...final sem, final midterm, final exam, final touch, final in UNISZA......semuanya dah hampir ke final destination....just for this year....esok start midterm for SMSKPP 7....starting with.....

27/09/2010, 9.00am, WEB APPLICATION SECURITY
1. Computer, Web and Network Security
2. Web Security
3. HTTPS and the Lock Icon
4. Network Security Threats
5. HTTP Cookies
6. Attacks on TCP, UDP, and IP
7. Data Validation

28/09/2010, 2.00pm, FORMAL METHOD
1. Introduction of Formal Method
2. A Review on Sets
3. A Review on Software Engineering
4. Function Introduction
5. Z Notation: schemas and specification structure
6. Z Notation : Relations
7. Model Based Specification

28/09/2010, 9.00pm, DATA MINING
1. Introduction of Data Mining
2. Data Procesing
3. Data Warehousing and OLAP Technology
4. Mining Frequent Patterns, Association and Correlations
5. Classification : Basic Concept

subjek paling digeruni....SEMUA!!! ESPECIALLY DATA MINING!! bila midterm diadakan serentak, memang demam la syu....dah demam pun ni....adeh...

what I am going to be tonight????

this?????

or

this?????

p/s : tonight STAY UP!!!! ANYBODY WANT TO STAY UP WITH ME????

Menunggu Hari Kemerdekaan

salam semua~~

hari ini hari ahad...esok hari isnin....ini bermakna, esok hari kemerdekaan tiba!! tak sabar dah ni....bukan hari kemerdekaan tanah melayu ok! ni hari kemerdekaan syuzana dari exam!!! esok last paper, ISE4042 FALAK SYARIE....

ni apa ke halnya ambil kos komputer tapi belajar falak ni???? falak ni subjek elektif luar fakulti...ambik subjek ni sebab belajar pasal bintang-bintang yang berkelip dikala malam langit cerah...fuhyooo...nak romantik sikit...ehem!! Falak ni belajar bagaimana nak menghitung waktu solat, nak tau arah utara, selatan, timur, barat....alat yang digunakan nak tengok bintang, planet....sepanjang belajar falak ni, syu sempat join 2 kali aktiviti mencerap...cerap apa??? first, cerap gerhana matahari pada 15 januari 2010...

~gerhana matahari...gambar ni diambil oleh syu guna kamera digital melalui cermin mata khas...bukan guna yang filem hitam...tapi kertas warna perak...lawa kan...macam bulan...masyaAllah~

~gerhana matahari...gambar ni diambil oleh syu guna kamera digital melalui cermin mata khas...cermin dari filem warna hitam....masyaAllah~

yang kedua cerap planet marikh dan planet zuhal waktu malam pada 4 march 2010....peehhh...memang lawa sangat planet zuhal...kekuasaan Allah SWT...gambar syu tak ambik sebab tertinggal kamera kat rumah...tapi lebih kurang macam gambar kat bawah ni la yang syu cerap masa malam tu....tak sia-sia ambil subjek ni walaupun tak de kena mengena dengan pembangunan perisian...

~planet marikh yang dilihat melalui teleskop~
*sumber: abg google*

~planet zuhal yang dilihat melalui teleskop...memang nampak gelang planet zuhal....tu yang cantik tu...rasa nak tengok lagi...tak puas ^_^~
*sumber: abg google*


so hari ni kena study untuk exam esok kul 2.30pm hingga 5.00pm....bagi sahabat yang mengambil subjek elektif SALAH FAHAM DALAM ISLAM, dah selamat sampai kat rumah...ada juga yang tunggu mak datang amik...ada juga yang tunggu kawan dia sorang ni habis exam esok...terima kasih kepada rainbowcloudy sebab sudi tunggu syu habis exam....dia syok-syok je relax-relax kat apartment dia duk blogwalking...syu kena exam T_T...barang tak kemas habis lagi ni....adeh...ada sapa-sapa nak tolong kemaskan tak??? cik rainbow, nak tolong ker ;)

~sikit-sikit je nak cerita ni...nak sambung study ni...bye..bye...~

p/s: bukan main susah nak amik gambar gerhana matahari melalui teleskop dan cermin mata khas untuk tengok gerhana matahari...