Showing posts with label air. Show all posts
Showing posts with label air. Show all posts

Korang makan lagi tak Ais Pop???

salam ramadan~~

zaman syu kecik-kecik dulu, memang terkenal dengan AIS POP ni...sebab murah 1...yela sekupang je..memang mampu la beli...buat penghilang dahaga...syu beli AIS POP yang keras...sebab boleh kepak (patah) dua...jimat...2 orang boleh makan...hehehe....

itu zaman 10 - 12 tahun lepas...zaman syu budak sekolah...tapi sampai sekarang pun syu masih lagi makan AIS POP...Korang makan lagi tak AIS POP ni??? tambahan pula syu sekarang ni buka kedai runcit (ayah syu la yang buka...syu keje je)...memang ada jual AIS POP...harganya masih lagi sekupang @ 10 sen...memang laku giler AIS POP ni...masih terkenal dikalangan budak-budak zaman sekarang....tapi kedai syu ni area kampung-kampung...mungkin kawasan bandar dah tak makan AIS POP ni...sekarang kan zaman Ais Cornetto, Ais Walls, Ais Magnolia....huhuhu

~ais pop sejuk~

~ais pop beku~

kat kedai syu ni ada jual AIS POP yang sejuk dan beku....kalu syu, dulu memang makan yang beku (keras)...sebab boleh kepak dua....tapi sekarang ni ramai budak lebih gemar yang sejuk...sebab boleh minum air dia terus...sehari lebih dari 10 kali ulang alik beli AIS POP...best pula tengok budak-budak ni....

masa mula-mula buka kedai ni, sekotak AIS POP habis dalam masa 2 hari....tapi sekarang, sehari perlukan 2 kotak AIS POP....memang paling laris AIS POP ni la....sekarang kena bagi ada stok 10 kotak AIS POP sekali ambik barang....

~10 kotak ais pop baru diambil siang tadi~

alhamdulillah....rezeki bulan ramadan, tetap ada...walaupun kurang sikit berbanding hari biasa, mungkin sebab bulan puasa sama...dan sini dah mula setiap hari hujan....memang la best...sejuk redup je....cuma harap-harap rak banjir je la....kalu banjir memang habis la kedaiiii...

Detoks Cara Mudah!!!

salam blogger~~

syu nak berkongsi tip kesihatan sikit harini....ramai yang tahu kan detoks ni proses pembersihan tubuh secara semula jadi....sebenarnya, bukan mudah kita nak buat sebab kita perlu minum banyak air atau makan makanan yang mungkin tak digemari seperti jus campuran sayur dan buah yang baunya kurang enak....kalau korang rasa tak nak makan makanan seperti itu, cuba tip di bawah ni...mana tahu mungkin boleh dijadikan panduan sebagai proses detoksifikasi mudah...

1) Ingat serat
-Ambil makanan yang banyak mengandungi serat seperti nasi merah, sayur dan buah-buahan segar supaya pencernaan bersih dan lancar.



2) Ambil vitamin C
-Ambil vitamin C setiap hari kerana ia boleh membantu menghasilkan sebatian hati yang mengusir racun dari dalam tubuh. Ia boleh berupa suplemen atau buah.



3) Minum banyak air
-Air akan menjaga sel-sel tubuh dan mencegah dehidrasi. Minum dua liter air setiap hari.



4) Tarik nafas panjang
-Biasakan diri dengan menarik nafas panjang dan dalam supaya lebih banyak oksigen dapat masuk ke dalam sistem tubuh. Cara ini dapat membuatkan tubuh lebih bersih.



5) Sauna
-Berpeluh di sauna boleh mnegeluarkan racun dari dalam tubuh. Mandi wap juga boleh dilakukan.


p/s : try laa~~


Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Salam Blogger~

entri sebelum ni pasal banjir je kan...yela..da sampai musim banjir, cerita pasal banjir jela...ok stop citer pasal banjir...ada benda syu nak kongsi dengan para blogger sekalian....baik lelaki mahupun perempuan....sebagai panduan syu juga...bab jodoh...hehehe...lately ni citer pasa lelaki dan perempuan la pulak...takpe..ini sebagai pengalaman juga kan....

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~sekadar bahan untuk dikongsi bersama

*kredit kepada IRARA DIRA

Krisis Air Lagi

salam blogger~~

tengah hari kelmarin bermulanya krisis air lagi...minggu pertama di UniSZA, disambut dengan ketiadaan air....then, blog lama pula takde air....blog baru ada air...syu duduk kat blog baru, apartment...blok lama asrama biasa je la....kali ni berbalik semula kepada blog baru..isu takde air....sampaikan ada student yang baru je masuk UniSZA, sanggup keluar dari UniSZA, g sambung STPM, atas alasan masalah air....manja la budak-budak sekarang ni yer...

sem ni banyak sungguh dugaan yang dihadapi....sem yang paling banyak merungut la juga...tak baik merungut...dalam hati jer :) macam selalunya, pagi subuh mesti ada air...sempat la kita nak mandi ke nak wat benda yang sepatutnya ke....tapi kali ni, tetap takde air :( nasib baik tadah air satu baldi...cukup la nak guna untuk wudhuk + nak g toilet untuk yang kecil je la....ni tengah menanti nak g mandi kat blog lama...

hari ni ada 1 kelas je...1 jam je pun...dalam hati dah terasa nak fikir samada nak g kelas ke tak ni...hehehe...dah naik tanduk lembu kat kepala dah ni :) proposal tak siap ag ni...borang kaji selidik ada lagi 100 nak kena edar ni...emmmmm....fikir fikir fikir!!! bak kata my darling, the conclusion is, tunggu hidayah bangun jap...kalau sempat mandi, g kelas....kalau tak...faham-faham je la (^_^)

yeah yeah air takde 1 UniSZA

salam~~


entri ringkas malam ni...seperti tajuk diatas, ceritanya mesti la pasal air....takde air 1 UniSZA!!!! yeah yeah!!! jangan bersedih....jom bergembira ok!! insyallah ada la air tu esok....baru 2 hari kat sini...adeh....masalah air ni memang perkara biasa sejak zaman UDM lagi....kalau dulu di blok asrama lama, memang selalu takde air....sekarang kat apartment pun air takde juga....masalahnya bagi pelajar perempuan la....kalau yang uzur tu memang teruk la jawabnya....

yang syu dengar cerita, ada perkhabaran yang menyatakan yang sarjan dah buat pengumuman cakap air takde....jadi para pelajar dikehendaki berjimat cermat menggunakan air....dengar cerita, ada masalah tangki air di kawasan Gong Badak....ini bermakna seluruh Gong Badak la kena berjimat guna air sementara tangki siap diperbaiki....

rasanya, UniSZA tutup air pada waktu malam dan akan dibuka pada awal pagi esoknya....selalunya kalau ada masalah tangki air, pihak universiti akan ambil tindakan yang macam ni....air ditutup pada waktu malam dan akan dibuka semula pada awal pagi...tapi takde dengar pun pengumuman kat blok ni???? terkilan sikit....kalau tahu, syu dah g tadah air dalam baldi....masak la syu lepas ni kalau air takde...

P/S : sama-samalah kita berdoa pagi esok ada air....kalau takde, pelajar perempuan khususnya akan jawab, "lec, kami tak masuk kelas bukan sebab tengok bola...tapi sebab takde air"