Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Sekitar Tempat Shooting

salam blogger~

syu dah bagitau dalam entry sebelum ni pasal shooting untuk video kaunseling perkahwinan dan keluarga. Alhamdulillah video kitorang selama 30 minit tu berjaya memberi sedikit ilmu sambil menghiburkan hati classmate yang lain =). sambil-sambil kitorang shooting tu of course la sempat posing lagi. hehehe. wajib tak leh tinggal. layan je la gambar kat bawah ni ea.

ni barisan pelakon + ahli group syu
Dari kiri : Fazilah, Saiful, Kak Shima dan Syu

Tempat pertama kami shooting kat Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Kat bilik perbincangan kami buat scene sesi kaunseling menggunakan Solution Focused Therapy yang melibatkan 3 orang.

Dari kiri : Kaunselor, Suami, Isteri
Dah ada gaya bakal kaunselor dah ni..insyallah =)

Tempat kedua kami shoot kat Restoran Seri Menanti, Bangunan Canselori UKM. Tempat dia macam ala-ala buffet sikit, gaya hotel. So dijadikan sebagai scene tempat makan semasa percutian dan juga scene kak shima sebagai rakan pejabat saiful tengah menasihatla kononnya.....

scene bercerita masalah pada rakan sepejabat


Tempat ketiga kami shoot kat Danau Golf Club, UKM. Sebab ada gaya macam tempat percutian sikit kan. Sebagai penutup video pengakhiran sesi kaunseling. Happy Ending lepas melalui sesi kaunseling.


ni gambar kat Danau Golf Club. Yang kat belakang tu swimming pool UKM.

antara scene percutian dalam lakonan. Pinjam kereta yang kebetulan parking kat situ. hehehe

kami bertiga je

posing lepas shooting. Org main golf, kami bergambar plak

 Kami booking buggy car ni untuk shooting 10 minit. Lepas tu berposing la lagi. Peluang bukan datang selalu. Tak main golf belum tentu dapat naik ni =)

bawa betul ni tauuu.

sempat lagi tu...hehehe

suka suki lagi posing =)

belajar kos ni, dalam fakulti sains sosial memang best. Setiap sem kena buat lakonan. Boleh minta part time berlakon dah ni perasan bagus! Yang penting ENJOY penat-penat pun. Dapat plak group yang kepala sempoiii... Banyak pengalaman baru yang dapat. Tukar bidang untuk dapatkan ilmu baru. Wish all of us the best ye. Keluar dah ada ilmu kaunseling. Untuk diri sendiri dan orang lain juga =)



Header Baru - Syuzanaland

salam blogger~~

pada sesiapa yang pernah berkunjung ke blog syu sebelum ni, mesti perasan kan Header Aura Kasih dan bertukar kepada Header Syuzanaland. Hehehe. Suka suki je tukar header dengan nama sekali dah tukar. Syu ni tak la kreatif sangat. Boleh la setakat nak create header lepas tambah tolak darab bahagi. Maka terhasilah Header Syuzanaland. 


Meh nak cerita sikit maksud disebalik Header Syuzanaland ni. Konon-kononnya nak nama macam Wonderland. Tu yang jadi Syuzanaland tu. Hahaha. Macam budak-budak kan! Turut membawa maksud, blog ni Syuzana yang punya sama dengan ayat Always Be Mine, jadi intipati dalam blog ni terpulang pada syu la nak tulis apa pun. Yang mana boleh kongsi, sangat dialu-alukan untuk berkongsi. Yang mana takleh nak kongsi tu baca je la ea =)

Disebabkan background template asalnya warna pink aka merah jambu, jadi syu pun ikut je la tema dia. Memang syu suka warna pink pun. Pink kan lembut, sweet, ayu gitu. Hehehehe. Sama juga dengan warna purple aka ungu. Warna maroon tu pun syu suka. Jadi syu gabungkan warna yang suka je la kan. Dah nama pun header untuk blog syu kan =). 

Kalau tengok header tu ada Winnie the Pooh dengan Sakura (Cardcaptor Sakura). Memang kartun kegemaran syu. Menggabungkan kartun Disney dan Anime seperti syu dengan AS. Dunia syu kan =) Syu memang suka Sakura, bunga sakura pun suka. Hopefully berkesempatan untuk tengok bunga sakura kat Jepun. Boleh tak AS -_- ? 

Syu ni tak kreatif sangat. Rasa macam tak puas hati lagi dengan header ni. Macam ada yang kurang, tapi tak tahu kat mana yang kurang. Ke nampak serabut sangat ea??? Kalau korang nak bagi komen silakan. Sebelum tu nak ditegaskan ea, header ni memang so CHILDISH! Jadi jangan la bagi komen kata header ni childish ea. Bagi komen lain. Hehehe. Banyak pula permintaan. SHARING IS CARING!!

Sharing is Caring #1

salam blogger~~

credit to : FB awak,kalau awak marah saye jangan lame2. nanti saye rindu.

p/s: luckily, syu ada orang yang dicintai yang sentiasa menempatkan syu sebagai masa depannya... same as me =)




Hasil Dari Bengkel Adobe Photoshop ~~

salam blogger~~

hari ni syu join Bengkel Format Laptop dan Bengkel Adobe Photoshop kat Kolej Za'ba...

Sesi 1 : Bengkel Format Laptop 10am - 12pm

Sesi ni dikendalikan oleh Encik Nasrul Hazim, bekas pelajar di UKM, sekarang bekerja sebagai programmer.... dia tunjuk cara nak format dan install Windows 7.... dah mudah dah format laptop sekarang berbanding dulu.... masa syu belajar format dengan bos praktikal, Windows XP, still guna blue screen tu.... dah tu dia format tak jadi plak...aiiseyyy... ni amik ilmu balik.... dapat CD Windows 7, tapi ada Windows je la...Microsoft Office semua takde... so kena cari sendiri laaa....

Sesi 2 : Bengkel Adobe Photoshop 2.30pm - 4.30pm

Sesi petang ni tak seramai sesi pagi... masing-masing bawa laptop la sebab nak belajar guna Photoshop kan... Sesi ni dikendalikan oleh Miss Tay Li Neo, Managing Director Dzineing Inspirations... juga merupakan bekas pelajar UKM juga... buka company design sendiri ni...woowww.... majoriti orang yang join ni tak berapa pandai guna photoshop, termasuklah syuuu (sikit-sikit je tau) ^_^ .... serba sedikit ilmu yang diberikan semasa dalam sesi ni.... hasil tangan syu sendiri ni.... benda asas je kan... yang teror photoshop tu mesti kata "pejam mata pun bleh wat" ... layan je la eaaaa....

kalau sesiapa perasan, gambar pada nama syuzana tu sebenarnya gambar singa betina.
gunakan gambar wallpaper untuk dijadikan perkataan.


yang ni pula kita isolate kan warna.
asalnya, nak hasilkan satu warna, background lain akan jadi warna grey.
tapi ni syu modified sikit jadilah seperti hasil kat atas ni.
conteng-conteng je ^_^

yang ni favourite syu (^_^)
gambar seolah-olah melompat keluar dari frame gambar.
excited masa mula-mula tengok...
ni la hasil dia.
gambar tanpa frame tu syu just duplicate balik je...

~THE END~

Anak-Anak Tangga Paling Hebat Di Dunia ~~

salam blogger~~

syu nak kongsi sikit gambar-gambar tangga yang cool habis ni... Syu suka tengok reka bentuk yang unik-unik ni... jom layan je la....

Duisburg, Germany

Melk, Austria

Milan, Italy

Doha, Qatar

Greenwich, England

San Francisco, CA

Mount Rainier, WA

Abhaneri, India

Zhangjiajie City, China

Porto, Portugal

nak tau lebih lanjut mengenai tangga-tangga ni, klik Yahoo Travel!

credit to Yahoo Travel!

Kek Marble Coklat + Epal Hijau + Vanilla

salam blogger~~

harini aktiviti santai sikit... tak fikir pasal assignment ke presentation ke... otak dikosongkan hari ni.... otak kosong pun masalah juga.... ada juga kena marah =( can't help it... hari-hari pun kena marah juga... redha je la... STOP IT!! harini kita nak cerita mengenai kek... tengok tajuk post pun dah tahu kan... syu ni tak la pandai sangat buat kek.... buat kek yang mana syu makan je... hehehe... kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak.... BUT... yang paling penting... kek syu ni bukan indah khabar dari rupa yee.... don't judge a book by its cover ok!! confirm nak lagi lepas makan....

MEMPERKENALKAN.....

KEK MARBLE COKLAT + EPAL HIJAU + VANILLA

kek ni untuk setengah adunan je ye rakan-rakan....

~selepas siap dibakar....45 minit~

~RESEPI KEK MARBLE ~ Simple punya resepi.....

1 Ketul Buttercup
4 Biji Telur
1 1/2 Cawan Gula Kastor
1 sudu teh Esen Vanilla
2 cawan Tepung Gandum diayak
1 sudu teh Serbuk Penaik
1 camca besar Serbuk Koko (untuk warna)
secukup warna Serbuk Epal Hijau

Cara-cara membuatnya :
1. Pukul buttercup, telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang diayak. Pukul lagi hingga sebati.
4. Bahagikan kepada 3 adunan. (ikut berapa warna yang nak buat)
5. 1 adunan campurkan dengan serbuk koko. Gaul sebati.
6. 1 adunan campurkan dengan serbuk epal hijau. Gaul sebati.
7. 1 adunan lagi, biarkan je untuk dapatkan warna vanilla.
8. Jangan lupa panaskan dulu ketuhar dalam 10 minit pada suhu 180 darjah celcius.
9. Kemudian, tuangkan adunan-adunan tadi secara berlapis-lapis.
9. Lepas dituangkan semua adunan, ketuk-ketuk la sikit bekas kek tu. Untuk meratakan kedudukan adunan kek tadi.
10. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 - 50 minit. (boleh cek guna lidi untuk pastikan kek masak @ tak)
11. Siap untuk dihidang (^_^)

~selepas dipotong.... opsss.... coraknya...~

gambar kek diatas hasil dari SETENGAH DARI ADUNAN resepi diatas. Kesimpulannya, kalau nak buat setengah adunan kek, tak semestinya bahan resepi semua kena setengah...

tekstur tak berapa nak menarik...CUBAAN PERTAMA...BUT rasanya memang DELICIOUS!!!

~SELAMAT MENCUBA~

Korang Tension?? Sedih??

salam blogger~~

Korang Tension?? Sedih?? Hope muzik ini dapat membantu korang semua hilangkan tension, sakit kepala, kesedihan....atau susah nak tido....muzik ini sangat membantu syu untuk release tension yang sememangnya tengah serabut dengan pelbagai perkara....syu nak kongsi dengan rakan-rakan blogger semua...

DENGARKANLAH....


sememangnya ayat-ayat Al-Quran adalah yang terbaik untuk mengubati segala kesakitan dan perasaan....ini merupakan salah satu cara lain untuk memberi kita ketenangan dan hilangkan keserabutan....

TOP 5 Muzik-Muzik Separuh Akhir Minggu Pertama

salam blogger~~

baru lepas tengok MUZIK-MUZIK SEPARUH AKHIR....TAHNIAH kepada TOP 5....yang lain pun hebat-hebat gak...lagu semua sedap-sedap...cuma tak ada rezeki kali ni...lagu-lagu ini ada potensi ke Muzik-Muzik Akhir....lagu-lagu yang bakal ke FINAL akan diumumkan pada minggu ke 3 MUZIK-MUZIK SEPARUH AKHIR....jadi kita tunggu minggu depan untuk MUZIK-MUZIK SEPARUH AKHIR 2....

SENARAI LAGU TOP 5 SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK

1) ALYAH - KISAH HATI



2) NUBHAN - MATA HATI



3) 3 SUARA - BERIBU SESALAN



4) HAFIZ - AWAN NANO



5) YUNA - GADIS SEMASA

Sama Tapi Tak Serupa

salam blogger~~

alhamdulillah..midterm test untuk Pengantar Psikologi @ Psikologi Untuk Golongan Profesional dah pun selesai....walaupun sudah semestinya ada jawapan yang hentam + tembak...adat jawab exam la kan....hahaha....rasa lega...tapi yang pasti pensyarah kata, untuk budak Master, memang confirm LULUS la...jadi don't worry be happy ok!!

so sekarang kita nak happy-happy la ni....cuci mata tengok gambar nak??? SAMA KE??? SERUPA KE??? SAMA TAPI TAK SERUPA KE??? nak tauuuu??? jom tengokkkk

unik kan gambar ni...sekali tengok sama je...dua kali tengok?? sila tunggang terbalikkan screen laptop anda (^_^)

sekali tengok arnab comei-comei semua...dua kali tengok???

sahabat sejati ni....peluk-peluk lagi...."kami ni kembar lain mak lain bapak tauuu"

kami pun kembar gak....kembar warna...=)

errr....pinjam rupa...nak bagi serupaaa.....

sapa nganga lagi luassss??? serupa kannn...hehehe

opsss.....no komen....sama ke??? serupa je kottt

p/s : takde niat untuk mengaibkan sesiapa mahupun apa-apa (haiwan comei sekalian)...peace no war!!

Kucing Comeii Berbisik~~

salam blogger~~

korang nak tau tak apa kucing comeii ni tengah berbisik kat telinga kawan diaaa...


"weh weh weh...hampa nak taw tak....dia kan tak mandi kan.....busuk kan....kami tak tipu hampa...betui....weh weh dia tengok kita weh...jangan kawan dengan dia weh"

sad kitten is sad T_T

credit to Busuk (FB)

p/s : cakap ala-ala loghat kedah (^_^)

the meaning of......

salam blogger~~

syu nak kongsi skit....ni syu dapat dari my fren from facebook....just for fun ok...





we go to school, to attend CLASS.

C.L.A.S.S. = Come Late And Sleep Silently.




at home, we have to STUDY.

S.T.U.D.Y. = Sleep, Tv, Unlimited-sms, Dota, Youtube.



in class, we're given HOMEWORK.

H.O.M.E.W.O.R.K = Half Of My Energy Wasted On Random Knowledge.



while doing homework, we refer to TEXTBOOK.

TEXTBOOK = TEXTing + faceBOOK..



peace (^_^)